Tips atasi masalah bengkak susu (engorgement)

By | March 8, 2012
Ramai yang salah anggap bengkak susu adalah penanda aras samada susu badan banyak atau tidak. Ada yang menunggu payudara berasa bengkak, barulah mahu mengepam susu. Saya sendiri seboleh-bolehnya ingin mengelakkan berlakunya bengkak susu. Pada yang tidak pernah mengalaminya, payudara anda terasa sangat tegang dan urat-urat biru boleh kelihatan. Jika keadaan lebih teruk, anda boleh sampai mengalami demam.
Saya alami bengkak susu pada hari ke 3 berpantang. Sakit yang berdenyut-denyut dan badan mula terasa seram sejuk sebagai tanda-tanda awal untuk demam. Tambahan pula apabila bengkak susu, BAYI AKAN SUSAH UNTUK LATCH ON dengan betul.Apabila payudara menerima stimulasi untuk merangsang penghasilan susu dan berlakunya masalah oversupply, payudara akan mudah mengalami bengkak susu.
Oh, sebenarnya saya ingin bercerita mengenai bengkak susu kerana pagi tadi saya mengalaminya di kala Amni menganjak usia 1 TAHUN. Puncanya kerana tidak bangun menyusu pada malam hari. Saya memang suka Amni bangun untuk menyusu walaupun 2-3 kali kerana saya tidak mampu untuk pam pada waktu dinihari. Lega rasanya selepas mengepam kerana bengkak susu sudah reda.

Image google
Bagaimana untuk mengelakkan atau mengurangkan bengkak susu??
(1)  Susukan bayi sekerap mungkin sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24jam. Jangan langkau sesi penyusuan walaupun di waktu malam
(2)   Susukan bayi berdasarkan baby’s cues ( on demand). Jika bayi terlalu mengantuk, kejutkan bayi setiap 2-3 jam. Anda bole jarakkan dalam 4-5 jam pada waktu malam
(3)   Biarkan bayi untuk minum pada sebelah payudara dahulu sebelum menyusukan pada sebelah yang lain. Tukar payudara selepas bayi melepaskan sendiri puting atau selepas tidur. Jangan hadkan masa untuk bayi melekap pada payudara.
(4)   Pastikan bayi melekap dengan betul dan posisi penyusuan yang betul.
(5)   Jika bayi tidak menyusu dengan sempurna, pam susu secara konsisten dan kerap untuk mengekalkan penghasilan susu badan serta meminimumkan bengkak susu.
Oh, saya sudah kena bengkak susu. Apa yang perlu saya lakukan??
Sebelum Penyusuan
(1) Urut payudara dengan lembut daripada arah luar payudara ke arah puting
(2) Tuam payudara dengan tuala panas untuk memudahkan pengaliran susu keluar.
(3) Jika bayi sukar untuk latch on, cuba pam keluar susu dahulu samada menggunakan tangan atau breastpump.
Semasa Penyusuan
(1) Urut payudara dengan lembut semasa penyusuan dapat mengurangkan rasa bengkak
(2) Setelah menyusukan bayi beberapa minit dan payudara mulai lembut, anda boleh membetulkan lekapan bayi anda semula.
Antara sesi penyusuan :
(1) Jika anda merasakan payudara anda tidak kosong sepenuhnya selepas menyusukan bayi atau di antara sesi penyusuan, anda boleh memerah susu untuk memberikan keselesaan pada payudara supaya tidak menjadi terlebih penuh.
  • Pam dengan tangan boleh membantu dengan mengelakkan ketulan susu berkumpul
  • Ibu boleh menggunakan manual pam atau pam elektrik pada paras terendah tidak lebih 10 minit ( tisu payudara yang bengkak mudah rosak)
  • Urutan daripada arah luar payudara ke puting dapat membantu sebelum dan semasa proses pam.
  • Tidak bagus membiarkan payudara menjadi terlampau penuh dan anda juga tidak mahu melakukan terlampau banyak pumping kerana ianya akan menggalakkan lebihan susu. Jika anda perlu mengepam, tingkatkan sesi pam sedikit demi sedikit. Jika tidak boleh, cuba kurangkan tempoh pam bagi satu sesi.
(2) Gunakan teknik penyejukan ( ice pack yang dibalut dengan kain) di antara sesi penyusuan. Letak ice pack di payudara selama 20 minit, dan rehatkan selama 20 minit. Ulang balik jika perlu
(3) Penggunaan daun kobis juga dikatakan dapat membantu
(4) Elakkan memakai bra yang ketat. Berikan kelegaan kepada payudara. Bra yang terlampau ketat boleh menjadi punca duktus tersumbat ( plugged duct) dan juga mastitis.
Sumber tips daripada Kellymom.com
Tips lain : Anda boleh urut dengan menggunakan SIKAT daripada dada ke arah puting dalam pusingan 360 darjah.
Jika anda mengalami bengkak susu dan hanya mendapat sedikit sahaja selepas, cuba amalkan tips-tips di atas. Periksa juga puting susu kerana mungkin ada lubang susu yang tersumbat dengan kerak susu. Sekiranya masalah anda tidak selesai, sila berjumpa dengan pakar laktasi atau doctor kerana anda mungkin mengalami masalah yang lebih serius seperti mastitis.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 thoughts on “Tips atasi masalah bengkak susu (engorgement)

  1. nadia

    Salam. Sye baru lepas keguguran 17weeks 3hari lepas. Hari kedua keguguran, sye rasa payudara sye bengkak, padat n berdenyut2. Sye dah cuba tuam dgn tuala panas n urut bg susu kelua. Tp takde pun susu yg kelua. Sye nak pakai bra pun jd tak selesa sebab terlalu padat n sakit bila banyak bergerak. Ada tak cara lain utk sye atasi masalah ni?

    Reply
    1. mychibibox Post author

      Waalaikumsalam nadia, dah cuba tuam sejuk panas x? Mula2 guna tuala panas, lepas tu Ais.. Urut tu urut sendiri atau dengan bidan? Kalau ada vitamin E dan lecithin, boleh ambil untuk kurangkan bengkak..

      Tips lain, sikat breast daripada arah luar ke nipple dalam 360darjah.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge