Masih teringat saya satu kisah dimana seorang ayah ini akan
meminta anaknya duit sebelum anaknya pulang ke bandar. Si ayah ini tahu anaknya
bukan orang berada atau berduit, namun ayahnya tetap akan minta walau hanya RM5
sebelum si anak bertolak balik ke bandar. Siapa sangka dengan amalan itu nasib
si anak berubah selepas beberapa tahun bekerja. Jika sebelum ini si anak hanya
pulang menaiki bas tetapi kini gah memandu sebuah keretanya sendiri.
![]() |
| Credit : akuislam.com |
Hakikatnya amalan memberi tidak akan membuatkan kita jatuh miskin. Kita terlalu
banyak disogokkan dengan ekonomi barat yang mengatakan lebih banyak permintaan
maka sumber akan berkurang. Sedangkan dalam ekonomi Islam, lebih banyak kita
bersyukur maka lebih banyak rezeki hebat yang akan datang bagi menggantikan
rezeki yang dibelanjakan pada jalan yang baik.
Memang benar, sedekah bukan hanya pada harta, namun amalan yang paling berat
untuk kita banyak lakukan ialah sedekah dari sudut harta kekayaan. Antara amalan
sedekah
- Maniskan muka dengan senyuman
- Sedekah sekurang-kurangnya RM1 seminggu
- Solat awal waktu
- Berkata hanya yang positif atau diam
Sedekah menambahkan harta dan kesejahteraan
Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah…
bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi)
Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah
akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yg mulia
(QS. Al-hadiid 57:58)
Janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta di jalan Allah
(QS.Al-Baqarah 2:245)
Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan
(hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang
kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap diri sendiri. Dan Allah lah yang
Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang membutuhkan Nya
(QS.Muhammad :38)
Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong
saudaranya
(HR.Muslim)
Kita disarankan untuk memperbanyakkan amalan SEDEKAH, kerana di dalamnya
terdapat banyak rahsia dan antaranya ialah :
- Menyembuhkan berbagai penyakit.
- Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
- Diselamatkan dari segala keburukan.
- Menenangkan hati dan jiwa.
- Melapangkan rezeki.
Bagi ibu bapa, mereka tidak seharusnya menerima sedekah, keranya selayaknya
mereka menerima HADIAH. Pemberian kepada kedua ibu bapa dianggap hadiah. Ada orang hidupnya sederhana
tetapi kerana layanan baik pada kedua ibubapanya maka hidupnya aman dan
sejahtera. Berbeza dengan orang yang banyak memenuhi kehendak sendiri tanpa
menghiraukan kebajikan ibu bapa, hidupnya biasa dengan ujian, musibah kerana
mengabaikan tanggungjawab pada yang berhak.
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu
bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi
saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat
sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan
kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah,
sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu
bersedekah untuk si fulan.. sekian untuk si fulan dan sekian lagi untuk si
fulan ( Hadis Riwayat Al-Bukhari )
Renung-renungkanlah..Jika kita sering berdoa meminta kepada Yang Maha Esa, fikirkan sejauh mana kita membelanjakan harta pada jalan Allah. Manusia sering alpa untuk bersedekah dan mengganggap yang sedekah hanya perlu diberi apabila sudah menjadi kaya raya sedangkan SEDEKAH ITU SENDIRI ADALAH PEMBUKA PINTU REZEKI. REZEKI bukan terhad kepada wang ringgit sahaja, ianya sangat luas meliputi kesihatan diri, kesejahteraan keluarga, penyambung zuriat (anak) dan banyak lagi.
Pesanan saya:
Jika anda atau ahli keluarga anda sering sakit, hantarlah sedekah
Jika anda sukar untuk mendapat rezeki daripada perniagaan, hantarlah sedekah
Jika anda sudah berusaha namun masih belum dikurniakan zuriat, hantarlah sedekah.
Jangan dilupa untuk MEMBAYAR ZAKAT JUGA yea..
** These statements have not
been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com
atau SMS | whatsApp 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat
lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada
kami !!!













0 comments:
Post a Comment