“ Saya dah buat bermacam-macam jenis diet tapi masih tak berjaya turunkan
berat badan”
“ Saya dah ambil product A tapi kenapa orang lain turun. Saya pulak tak
turun juga”
Jujurnya saya sendiri sudah mengalami situasi di atas. Memang sangat
pantang bila nampak promosi atau iklan berkaitan product diet, pasti saya
tertarik-tarik untuk mencuba. Akhirnya saya sedari yang bukan product itu yang
menjadi punca saya gagal dalam berjaya sebaliknya adalah diri saya sendiri.
Pernahkah rakan-rakan cuba
kaji selidik mengapa anda gagal dalam berdiet. Saya yakin yang anda sudah ada
jawapannya cuma tidak mahu mengakuinya sahaja.
![]() |
| Image google |
Berikut antara perkara yang perlu anda selidiki tentang diet anda :
(1) Adakah anda disiplin dan konsisten dengan diet?
Punca utama kegagalan anda adalah disiplin yang sangat rendah. Mudah
tergoda dengan dugaan daripada rakan-rakan sekeliling. Jika anda perasan,
semakin anda ingin berdiet, ketika itulah semakin kuat dugaan yang mengajak
untuk mengadakan jamuan. Atau mungkin juadah makanan yang anda suka berada di
depan mata.
Be strong dan kejam pada diri sendiri. “Kejam” di sini bukanlah menyakiti
diri sendiri tapi belajar untuk menahan diri daripada godaan makanan di
sekeliling anda.
(2) Rakan atau keluarga yang tidak menyokong
Anda harus memberitahu keluarga anda dan rakan yang anda sedang berdiet . Mungkin
pada peringkat awalnya mereka seolah-olah memperlekehkan hasrat anda untuk
berdiet.
Jangan mudah putus asa. Jadikan kata-kata sindiran itu sebagai kata-kata
motivasi dalam diri anda. Perkara negative jika kita lihat daripada sudut
positif, akan memberikan kebaikan. Anggap kata-kata itu sebagai perangsang
untuk membukti kesungguhan untuk anda berdiet.
(3) Anda kerap menimbang berat badan
Sudah menjadi tabiat manusia untuk mengetahui perubahan dalam diri dengan
kadar segera. Akibatnya, anda mula naik penimbang setiap hari untuk melihat
hasil diet anda. Masakan anda sudah turun berat dalam masa 1 hari berdiet kan?? Ya, memang ada
yang berjaya menjadikan alat timbang sebagai alat diet.TETAPI, hampir 95% akan
menjadi tertekan dengan berat yang tidak turun sehingga anda akan menjadi putus
asa.
Timbang hanya seminggu sekali sahaja dan jangan harapkan perubahan yang
drastic dalam sekelip mata.
(4) Anda tidak mengambil ukuran badan
Ini juga antara kesalahan yang paling asas. Pemikiran yang diet bersamaan
berat badan turun perlu diperbetulkan. Selain menimbang berat badan, anda juga
perlu mengukur saiz badan anda untuk mengetahui perubahan fizikal badan sejak
berdiet.
Tahukah anda yang pola penurunan berat badan adalah berbeza mengikut
individu. Ada
yang berat badan tidak turun langsung selama hampir 1-2 bulan namun begitu
bentuk badannya sudah mula mengecil di bahagian tertentu. Di sinilah kunci
utamanya kerana jika anda hanya menimbang berat badan, sudah tentu anda akan
berhenti berdiet setengah jalan. Paling mudah dengan sediakan satu baju atau seluar yang saiz kecil daripada yang anda pakai sekarang. Gantung di tempat yang anda nampak.
(5) Pengambilan kalori yang terlampau rendah
Ramai yang apabila berdiet mula mengelak untuk mengambil nasi sedangkan
sumber karbohidrat masih diperlukan walaupun sedang berdiet. Karbohidrat adalah
sumber tenaga kepada badan anda.Ada juga yang tidak mengambil makan malam
langsung.
Jika anda mengambil kalori yang terlampau rendah daripada yang diperlukan
badan, badan anda akan mula masuk pada fasa “starvy mode”. Maknanya, badan akan
menyimpan segala kalori daripada pemakanan anda dan tidak membakar kalori
tersebut kepada tenaga kerana badan sudah menerima signal yang anda kekurangan
kalori.=kebuluran Ini yang dikatakan adverse effect iaitu makan sedikit tapi berat badan
naik.
(6) Anda skip salah satu pemakanan utama anda
Kebiasaannya ramai yang skip samada ambil sarapan pagi atau makan malam
dengan tujuan untuk mengurangkan kuantiti kalori anda. Sedangkan sarapan pagi
adalah kunci utama kejayaan diet anda. Sarapan pagi adalah wake up call kepada
badan untuk bertenaga dan bekerja sepanjang hari membakar kalori(lemak) di
dalam badan anda.
Jika risau terlebih makan, makanlah secara kerap tetapi jumlahnya sedikit.
Cuba anda lihat
punca-punca yang saya senaraikan di atas. Itu baru sedikit sebenarnya. Mungkin anda
sudah boleh nampak jalan untuk menjayakan diet anda. Harap perkongsian ini
membuka minda anda tentang cara diet yang betul serta santai.
Jom baca di sini untuk lebih banyak info berkaitan diet & weight
management
Jika ingin dapatkan shaklee product, jangan segan silu untuk bertanya saya yea..
** These statements have not
been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com
atau SMS
012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat
lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada
kami !!!












0 comments:
Post a Comment