Adakah anda seorang ibu yang bekerjaya?
Adakah anda menjadikan suasana kerja yang sibuk menyebabkan jadual pam anda
tidak konsisten?
Adakah anda merasakan anda tidak mampu menyusukan anak anda kerana
pekerjaan anda yang memerlukan anda berada di luar pejabat?
Jika anda tergolong dalam salah satu di atas, saya kongsikan kisah Pn Aini
yang berkerja sebagai pramugari serta cekal untuk menyusukan anaknya. Beliau
sentiasa perlu terbang ke sana
sini. Diharapkan perkongsian ini akan memberikan anda semangat serta kesedaran
bahawa segalanya terletak pada diri kita.
“Hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih”
Keluarkan diri daripada zon selesa dan berusahalah untuk anak anda.Terima
kasih rin dan Aini untuk kisah yang hebat ini.
--------------------------------------------------------------
Saya selalu kagum dengan ibu-ibu yang berjauhan dengan anak mereka, tapi
masih berjaya menyusukan anak-anak mereka. Sering saya berdoa semoga
diketemukan dengan salah seorang ibu yang berjiwa cekal ini. Kenapa saya
katakan cekal?Sebab ia bukan mudah. Even myself yang mengadap anak tiap-tiap
hari ada masanya pun rasa nak ‘give up’.Alhamdulillah, doa saya
diperkenankan Allah.
Inilah ibu cekal tu. Aini Wardiah namanya, Seorang pramugari. Kerja sebagai
pramugari tak semudah yang disangka tau. Ya, saya pun rasa macam mudah je keje
ni. Berpeluang berjumpa face to face dengan Aini tahun lepas menyedarkan saya
bahawa kerja sebagai pramugari tak semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi bagi
pramugari yang menyusukan anaknya!
Semasa bertemu dengan Aini, saya ajukan soalan ” Dalam flight pump kat
mana?” Aini jawab ” Dalam toilet..tu pun kena tunggu turn takut ramai orang. Or
kadang-kadang tak dapat pump sebab toilet kotor.” Cerita Aini lagi,
kadang-kadang jika terlalu busy (yes it’s not easy tau jadi pramugari..bukan
kena lawa-lawa je), dia tak sempat pump sehingga berjam-jam. Sampai bengkak!
Penat? Memang penat… Dan saya berfikir, Aini sanggup mengepam di dalam toilet
demi anaknya, tapi saya walaupun ada tempat yang agak selesa pun kadang-kadang
rasa malas.
Tapi itu bukan penghalang untuk Aini tetap mengepam susu untuk si hensem
Areef. Well done my dear.Lebih mengharukan bila Aini bagitau
yang Areef dijaga oleh neneknya. Meaning walaupun Aini off day jika off day nya
cuma 1-2 hari dia still tak dapat jumpa Areef. Cekal? Yes this is cekal....
Saya tanyakan lagi kepada Aini, “Kenapa nak bf..keja mcm u ni susah skit”
Jawab
Aini “This is the best i can give to my son” Y
You are right my dear. Aini
cerita lagi walaupun Areef lama tak jumpa, tapi bila Aini balik dia tau itu
ammi nya… Hm…baby susu ibu memang rapat dengan ibu kan? Macam mana pun dia tau, itu ibunya..
Sungguh indah dan ajaib ciptaan Allah.Subhanallah…
Cara Aini packing susu nak bawak balik kampung untuk lil Areef:)
Agaknya masa scan orang tu tanya eh apa benda ni? Hehehe…
Kerja sebagai pramugari macam yang saya katakan (setelah Aini explain
bagaimana), memang memenatkan. Dengar cerita Aini, kerja Aini lagi penat dari
kerja saya di hotel..Hahhah...So untuk terus bertenaga, cantek (mestila cantek
dah namanya pramugari kan)
dan yang paling penting terus dapat membekalkan susu kepada lil Areef, Anis
consume Euphoria Set B.
Kata Aini lagi, “Pump mesti konsisten..Tapi vitamin helps me a lot. Sebab
terus bertenaga. Baru dapat buat stok. Bila rasa susu drop kena buat power
pumping”. Mendengar cerita Aini membuatkan saya ‘malu’. Yelah, kadang-kadang
saya pun skip pump. Malas buat power pumping walaupun mempunyai kesempatan
untuk buat.
Ini stok Areef untuk setengah bulan je tau. Sometimes saya rasa kelakar bila
chat dengan Aini bila dia bagitau yang dia tengah mengepam susu di hotel Kota Kinabalu..Bila chat
lagi pada malam harinya, dia tengah pam susu di hotel Manila! Wah, terbang sana sini ebm Areef ye
So mommies out there, jika anda rasa down untuk meneruskan penyusuan bayi anda, fikirkan tentang Aini. Bagaimana cekalnya dia demi Areef. :)
Jom follow our proud Stewardess who breastfeed her Areef here. Im so proud of you babe.. Semoga perjalanan menyusukan Areef dipermudahkan Allah. Amin..
Credit : dazzlingmoms.com
--------------------------------------------------------
Jika rakan-rakan mula rasa "malas mengepam", fikirkan tentang ibu lain yang sanggup bersusah payah untuk anak mereka tanpa menjadikan perkerjaan sebagai alasan. Yakin boleh pada diri sendiri. ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
















0 comments:
Post a Comment