Semalam saya hadiri satu seminar berkaitan online marketing.
Bukan seminar itu yang ingin saya ceritakan tetapi kisah di surau semasa waktu
rehat tengahari yang mencuit hati saya. Saya membawa 3 beg semalam : 1. Beg
tangan 2. Beg pam susu 3. Beg Notebook. Jadinya memang kiri kanan sangat penuh
la. Selalunya hujung minggu saya memang sentiasa bersama dengan lil Amni so
saya tidak mengepam. Tetapi kerana tempoh seminar itu lebih kurang waktu
bekerja, perlulah untuk saya mengepam.
Semasa sampai di bilik seminar, saya ditegur oleh seorang
peserta lain yang bertanya samada saya membawa beg pam ke. Nampak sangat lah
beg pam medela Fr**st**e ni memang dah terkenal. Sekali pandang pun sudah tahu
bagi mereka yang menyusukan anak. Beliau kagum kerana saya masih mengepam
walaupun Amni sudah berusia 1 tahun 1 bulan. Beliau berhenti mengepam ketika
anaknya berusia 11 bulan dek kerana susu sedikit. Nasib baik saya tidak
berceramah di situ tentang kesalahannya berhenti mengepam. Hehe.
![]() |
| Image google |
Oh, saya kagum dengan seorang ibu ni. Mulanya saya seorang
sahaja yang mengepam. Kemudian datang lagi seorang ibu yang juga mengepam.
Terpaku saya apabila beliau menyatakan anaknya sudah berusia 1 tahun 7 bulan
dan beliau masih MENGEPAM yea kengkawan.Anak sulungnya tidak berjaya disusukan
dan beliau berusaha keras untuk anak keduanya itu.
Apa yang saya cuba sampaikan daripada kisah di
atas??
1. Susu kita akan mula merudum (drop) dan kering apabila
kita tidak menjaga “demand”.Salah satu cara yang diketahui umum adalah dengan
jadual pam yang konsisten. Jangan hilang semangat apabila susu merudum
sebaliknya usahakan untuk lebih banyak sesi pam.
2. Walaupun anak kita sudah berusia setahun ke atas, susu
badan masih ada jika tetap teruskan pengepaman seperti biasa.
3. Tekad yang tinggi akan membuat kita lebih berusaha untuk
menjayakan penyusuan anak. Semangat serta pemikiran positif perlu sentiasa ada
di dalam diri ibu.
Untuk rakan-rakan yang sedang mengandung dan berniat untuk
menyusukan anak, saya nasihatkan untuk cari ilmu penyusuan sebanyak mungkin. Jika
berkesempatan, hadiri kelas penyusuan bersama-sama dengan suami kerana sokongan
suami sangat penting.
Untuk rakan-rakan yang sedang berpantang, yakin dan
berfikiran positif dengan susu badan anda. Jangan mudah melatah untuk
memberikan susu formula kerana risau susu badan sedikit. Kerapkan penyusuan
bersama anak secara terus untuk meningkatkan “demand”. Susu badan kita berkadar
terus dengan tumbesaran anak dan jangan sedih jika susu hanya keluar 1-2 titik
pada hari pertama hingga ketiga bersalin kerana memang itulah kolostrum serta
kuantiti yang anak anda perlukan
Untuk rakan-rakan yang anak sudah mula makan, teruskan
penyusuan anak anda. Jaga jadual pam anda dan jika perlu, lakukan POWER
PUMPING.
Untuk rakan-rakan yang anak sudah berusia setahun, susu
badan bukanlah lagi sumber pemakanan utama anak anda. Anda sudah boleh
perkenalkan pelbagai jenis jus serta makanan kepada anak anda kerana mereka
perlukan khasiat daripada pemakanan. Namun begitu, susukanlah anak anda dengan
susu badan sehingga usianya 2 tahun.
Untuk diri saya, teruskan perjuangan saya dan semoga saya
dapat membantu lebih ramai ibu-ibu di luar sana walaupun medium perhubungan kita secara
alam maya.
** These statements have not
been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com
atau SMS
012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat
lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada
kami !!!












0 comments:
Post a Comment