Suka duka menyusukan Amni selama setahun

Hanya satu perkara yang dapat menggambarkan perjalanan penyusuan my lil Amni selama setahun ini.
“ Alhamdulillah dan syukur kepada Yang Maha Esa kerana masih dikurniakan rezeki susu badan untuk Dhia Amni.”
Banyak yang saya lalui daripada zaman susu meriah kemudian susu merudum. Stok EBM yang penuh dalam freezer sampai jadi kosong terus. Zaman saya pam hari ini untuk bekalan hari esok ( Sekarang pun sama juga) . Fasa berusaha untuk kembalikan susu badan dan dapat buat stok EBM sedikit.
Amni 1yo 225x300 Suka duka menyusukan Amni selama setahun
Fasa paling saya rasa agak tertekan ketika usaha untuk naikkan semula kuantiti EBM saya setiap hari. Saya berikan semangat pada diri sendiri dengan yakinkan diri yang susu badan saya cukup dan saya tidak perlu top up dengan susu formula. Tidak mungkin saya lupakan satu minggu yang saya hanya mampu bekalkan Amni dengan 3 botol EBM sahaja setiap hari. Hampir menitik air mata saya.
Alhamdulillah kerana sekarang saya mampu bekalkan susu Amni sebanyak 4-5 botol sehari..Sebotol mengandungi 3oz. Walaupun Amni sudah makan tapi saya masih menghantar kuantiti yang sama.
Oh, usaha saya bukanlah dalam sekelip mata yea.. Berminggu-minggu dan berbulan-bulan sebab susu merudum pun kerana salah saya sendiri. Jadinya perlulah perbetulkan balik keadaan tu.
Sedikit tips yang saya praktikkan
  1. Saya susun semula jadual pam untuk 3 kali sehari semasa waktu bekerja.
  2. Saya tambah sesi tambahan untuk buat Power Pumping. Waktu terbaik adalah antara pukul 12malam hingga subuh. TETAPI, saya tahu tentang diri saya jadi saya pilih waktu pulang bekerja setiap hari untuk lakukan Power Pumping. Kata kunci untuk PP adalah konsisten setiap hari pada waktu yang sama. Minimum 2 minggu untuk nampak kesannya
  3. Saya amalkan membaca surah-surah amalan setiap sesi pam untuk memberikan rasa tenang serta mengelakkan diri sentiasa memerhatikan botol susu.
  4. Saya minum segelas air suam sebelum sesi pam untuk memudahkan pengaliran susu badan.
  5. Air kosong minum lebih daripada 3 liter sehari
Paling penting adalah DIRI KITA SENDIRI. Buktikan dengan perbuatan bukan sekadar di mulut sahaja.
Jika rakan-rakan mula merasakan susu berkurang, tanya diri sendiri dan cari apa punca masalahnya. Kebanyakannya berpunca daripada masalah yang sama.
  1. Periksa samada jadual pam yang tidak menentu atau hanya pam 1-2 kali sahaja di pejabat
  2. Pengambilan air kosong yang kurang sangat-sangat sedangkan air adalah antara komponen penting dalam penghasilan susu badan.
  3. Adakah anda sedang datang bulan kerana kandungan kalsium yang berkurang dalam darah sebelum kedatangan darah haid
  4. Mungkin anda mengandung kerana ketika ini hormon prolaktin menjadi rendah kerana peningkatan hormon estrogen
Saya baru sampai separuh jalan dan sedang meniti pada fasa kedua..Semoga saya berjaya menyusukan Amni sehingga usianya 2 tahun. 
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 thoughts on “Suka duka menyusukan Amni selama setahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge