Baby hunger cues – Jangan tunggu bayi anda menangis untuk susukan

Adakah anda tunggu sehingga bayi anda menangis baru kelam kabut untuk menyusukannya? Jika jawapan anda adalah YA, itu adalah antara KESILAPAN BESAR yang telah anda lakukan.
Bagi bayi yang baru lahir berusia kurang daripada 8 minggu, MENANGIS adalah salah satu baby cues atau signal daripada bayi untuk memberitahu dirinya sedang dalam kelaparan dan memerlukan makanan iaitu SUSU.TETAPI, jika anda seorang ibu menyusu tentu anda perasan yang SUKARNYA untuk menyusukan anak apabila bayi anda menangis. Ada kala tangisan bayi boleh membuat ibu berasa stress terutama di dalam pantang.
Saya perhatikan my lil Amni juga begitu. Amni memang menolak untuk menyusu apabila sudah menangis sedangkan saya tahu yang Amni sedang kelaparan dan perlukan susu. Maka saya perlu memujuk Amni dengan meredakan tangisannya sebelum cuba menyusukan dirinya kembali. Jangan pula terus ambil mudah dengan membuat kesimpulan yang BAYI MENOLAK UNTUK DIRECT FEEDING yea dan terus menyumbat bayi anda dengan SUSU FORMULA di dalam botol susu.
MENANGIS sememangnya adalah tanda bayi lapar tapi itu adalah SIGNAL TERAKHIR daripada bayi anda.Sebenarnya, bayi sudah memberikan signal yang menunjukkan mereka lapar dan jika anda tahu apakah signal tersebut, anda sudah dapat menyusukan bayi anda dengan tenang.

Jom saya kongsi tanda-tanda hunger cues daripada website breastfeeding-problems.com
Pergerakan mulut, bibir atau lidah seperti :
·        menghisap bibir
·        membuka dan menutup mulut
·        mengeluarkan lidah
puckering lips 300x200 Baby hunger cues   Jangan tunggu bayi anda menangis untuk susukan

Mula mencari-cari payudara
·    Bayi anda mula menggerakkan kepala ke kiri dan kanan seolah-olah mencari sesuatu. Ini dinamakan rooting reflex
·        Jika anda sentuh kepala bayi dan bayi bertindakbalas dengan mengalihkan kepala ke arah itu, maknanya bayi anda sedang kelaparan.
Refleksi tangan ke mulut
Bayi memasukkan tangan ke dalam mulut dan mula menghisap. ATAU mungkin menghisap mainanan dan juga pakaian.
Aktif bergerak dan peka
Bayi menggerakkan kaki dan tangan serta membuat bunyi
Pergerakan mata ketika tidur
Jika anda lihat bayi yang tidur lena dan mula menggerak-gerakkan mata, ini adalah masa terbaik untuk menyusukan terutama bila bayi sudah lama tidak menyusu.

“Saya dah perhatikan tapi saya tak pasti samada bayi benar-benar mahu menyusu atau tidak”. Tips yang saya amalkan semasa Amni baru lahir.

Letakkan jari anda pada bibir bayi dan perhatikan samada bayi hisap jari anda atau tidak. Jika dihisap, jangan berlengah untuk menyusukan bayi anda kerana itu adalah tanda awal bayi sudah lapar dan mahukan susu.

Setelah bayi anda berusia 2 bulan ke atas, jika masih menghisap jari atau mainannya, bukanlah bermakna lapar pula yea..Itu adalah salah satu peringkat pertumbuhan bayi..Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa sebab kita perlu perhatikan dan cuba memahami bahasa bayi. Saya sekarang pun kekadang tidak faham apa yang cuba my lil Amni sampaikan. Cuma penyusuan lebih mudah sebab Amni akan selak sendiri baju saya bila dia nak susu.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge