Adakah anda tunggu sehingga bayi anda menangis baru kelam
kabut untuk menyusukannya? Jika jawapan anda adalah YA, itu adalah antara
KESILAPAN BESAR yang telah anda lakukan.
Bagi bayi yang baru lahir berusia kurang daripada 8 minggu,
MENANGIS adalah salah satu baby cues atau signal daripada bayi untuk
memberitahu dirinya sedang dalam kelaparan dan memerlukan makanan iaitu SUSU.
TETAPI, jika anda seorang ibu menyusu tentu anda perasan yang SUKARNYA untuk
menyusukan anak apabila bayi anda menangis. Ada kala tangisan bayi boleh membuat ibu
berasa stress terutama di dalam pantang.
Saya perhatikan my lil Amni juga begitu. Amni memang menolak
untuk menyusu apabila sudah menangis sedangkan saya tahu yang Amni sedang
kelaparan dan perlukan susu. Maka saya perlu memujuk Amni dengan meredakan
tangisannya sebelum cuba
menyusukan dirinya kembali. Jangan pula terus ambil mudah dengan membuat
kesimpulan yang BAYI MENOLAK UNTUK DIRECT FEEDING yea dan terus menyumbat bayi
anda dengan SUSU FORMULA di dalam botol susu.
MENANGIS sememangnya adalah tanda bayi lapar tapi itu adalah SIGNAL TERAKHIR daripada bayi anda.Sebenarnya, bayi sudah memberikan signal yang
menunjukkan mereka lapar dan jika anda tahu apakah signal tersebut, anda sudah
dapat menyusukan bayi anda dengan tenang.
Jom saya kongsi tanda-tanda hunger cues daripada website breastfeeding-problems.com
Pergerakan mulut, bibir atau lidah seperti :
·
menghisap bibir
·
membuka dan menutup mulut
·
mengeluarkan lidah
Mula mencari-cari payudara
· Bayi anda mula menggerakkan kepala ke kiri dan
kanan seolah-olah mencari sesuatu. Ini dinamakan rooting reflex
·
Jika anda sentuh kepala bayi dan bayi
bertindakbalas dengan mengalihkan kepala ke arah itu, maknanya bayi anda sedang
kelaparan.
Refleksi tangan ke mulut
Bayi memasukkan tangan ke dalam mulut dan mula menghisap.
ATAU mungkin menghisap mainanan dan
juga pakaian.
Aktif bergerak dan peka
Bayi menggerakkan kaki dan tangan serta membuat bunyi
Pergerakan mata ketika tidur
Jika anda lihat bayi yang tidur lena dan mula menggerak-gerakkan
mata, ini adalah masa terbaik untuk menyusukan terutama bila bayi sudah lama
tidak menyusu.
"Saya dah perhatikan tapi saya tak pasti samada bayi benar-benar mahu menyusu atau tidak". Tips yang saya amalkan semasa Amni baru lahir.
Letakkan jari anda pada bibir bayi dan perhatikan samada bayi hisap jari anda atau tidak. Jika dihisap, jangan berlengah untuk menyusukan bayi anda kerana itu adalah tanda awal bayi sudah lapar dan mahukan susu.
** These statements have not
been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com
atau SMS
012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat
lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada
kami !!!












0 comments:
Post a Comment