Motivasi : Pentingnya Matlamat serta Penggantungan pada Yang Maha Esa

By | May 31, 2012
MATLAMAT / TARGET adalah perkara yang mula-mula perlu dilakukan sebelum kita melangkah lebih jauh. Sejak zaman sekolah lagi, secara tidak sedar hidup kita telah ditentukan matlamat dengan peperiksaan wajib iaitu UPSR, PMR dan SPM. Apabila masuk ke Universiti, kita tetapkan untuk tamat pengajian dengan Ijazah.
Namun apabila kita mula bekerja, adakala kita seperti hilang punca. Pergi bekerja sekadar memenuhi tanggungjawab tanpa ada matlamat yang jelas dalam kerjaya. Sebenarnya, diri kita ini agak manja kerana sebelum ini orang lain yang menentukan matlamat hidup kita. Saya sendiri semasa mula berkerja sebagai jurutera di sebuah syarikat P, rutin harian adalah untuk memastikan production berjalan lancar dan setiap hari berhadapan dengan masalah produk serta kualiti.Berkerja tanpa kira masa dan adakala hujung minggu juga perlu datang ke pejabat. Am I workaholic?? Mungkin juga..Hehehe..
Sebenarnya selepas bergelar “PEKERJA” ni, saya agak hilang matlamat sehinggalah selepas berkahwin dan DHIA AMNI lahir.Mulalah saya letakkan target untuk menyusukan lil Amni sehingga usianya 2 tahun.Usaha saya mulakan daripada masa mengandung dengan mencari ilmu sebanyak mungkin. Alhamdulillah, ilmu yang diperolehi samada melalui pembacaan mahupun kelas penyusuan sangat membantu saya terutama ketika menghadapi masalah susu merudum. Bila ada matlamat ni, saya dapat rasakan momentum diri yang tinggi untuk memenuhi matlamat itu.
Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee Biz dan juga kumpulan Euphoria. Matlamat saya yang terbaru adalah untuk menjadi Work At Home Mom (WAHM).Mesti ada yang cakap, “ Belajar jauh sampai ke Jepun tapi duduk rumah jadi surirumah”..SILAP TU YEA..Saya masih akan bekerja cuma daripada rumah dan sedang berusaha ke arah itu. Zaman bujang dan student dulu, saya hairan kenapa ramai jurutera wanita yang bertukar career untuk menjadi Pensyarah. Bila saya sendiri dah ada anak, lil Amni baru saya tahu perasaan untuk mempunyai lebih banyak masa dengan anak. Semoga perjalanan ini akan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa..Sayu je hati bila pagi-pagi hantar Amni ke rumah pengasuh dan Amni pandang dengan muka “Mama janganlah tinggal Amni”..
Apa yang saya nak sampaikan kali ini adalah, dalam apa jua yang ingin anda lakukan MATLAMAT mesti ada. Mungkin anda boleh renungkan balik yang ada kala kita inginkan sesuatu tapi tidak tercapai. Ini kerana badan kita tidak bergerak seiring dengan impian/ matlamat kita itu.
>>SET N HIT THE TARGET<<
1. Letakkan TARGET / MATLAMAT anda dengan jelas dan nyata.
2. Usaha untuk realisasikannya. Cakap mulut apa pun tak jadi yea..
3. Berdoa kepada Yang Maha Memberi. Jaga amalan kita seperti solat, zakat dan sedekah.
Percayalah apabila usaha kita disertakan dengan penggantungan sepenuhya kepada Allah, kita akan lebih tenang dan tidak mudah melatah. Ingat yea, Kun Faya Kun..Jika Allah tidak mengizinkan, walaubagaimana sekali kita berusaha ianya tidak akan berhasil.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge