Penyusuan susu ibu dan ibu bekerjaya – Mission Impossible??

By | May 21, 2012

Semalam saya menyertai satu Breastfeeding Support Group Meeting (SGM) di Momsbasic, Saujana Utama dan tajuk yang diperbincangkan juga sangat menarik iaitu menjayakan penyusuan susu ibu bagi ibu bekerjaya. Perkongsian yang menarik daripada ibu yang berkerja daripada pelbagai jenis bidang. Antaranya seorang doktor, jurutera, akauntan, pegawai bank, inspector kesihatan dan sector kerajaan. Bagi menjayakan penyusuan anak mereka, banyak yang perlu dikorbankan dan pada masa yang sama menjaga imej rakan sekerja terhadap penyusuan untuk mengelakkan pandangan negative.
Saya rumuskan antara cabaran yang perlu dihadapi oleh rakan-rakan ini.
(1) Waktu kerja yang tidak menentu dan panjang
Waktu kerja yang panjang dan perlu stayback walaupun selepas waktu bekerja. Ada yang sehingga pukul 10-11 malam. Ada yang perlu menyertai operasi pemeriksaan kebersihan di restoran atau tempat makan yang sudah tentunya di waktu malam. Seorang doktor yang perlu on call sehingga suami dan anak berkorban datang duduk di hospital sekali. Seorang auditor yang masa bekerja lebih lama daripada masa dirumah sehingga anak sulungnya mengalami nipple confusion dan reject direct feeding pada usia 10 bulan.
(2) Jadual pam yang lari daripada kebiasaan serta tempat mengepam
Jika berada di pejabat, kebanyakannya masih boleh mengikuti jadual pam yang ditetapkan. Namun apabila perlu bekerja di luar pejabat, ibu-ibu akan mengangkut pam sebagai extra baggage dan perlu mencari tempat pam yang selesa. Adakalanya masa untuk mencari ruang mengepam itu agak payah dan memaksa ibu untuk mengepam walau di mana berada. Samada di dalam kenderaan dan jika berkesempatan pergi ke surau berdekatan.
(3) Majikan dan rakan sekerja
Mendapat kerjasama daripada majikan adalah sangat penting. Permasalahan timbul apabila majikan tidak faham dengan situasi kita sebagai ibu bekerjaya dan keperluan untuk mengepam. Ada yang sanggup menawarkan gaji tambahan supaya ibu itu boleh membeli SUSU FORMULA. Masalah sebenar adalah majikan tidak mahu ibu itu mengambil masa yang lama untuk lari daripada workstation. Usikan daripada rakan sekerja yang kebanyakannya lelaki dan agak sedikit 18sx kerana mereka juga sebenarnya mengalami culture shock dengan fenomena ibu menyusu yang mengepam susu.
Alternatif yang boleh dilakukan adalah ibu menggunakan pam yang membolehkan beliau mengepam di workstation. Bagi rakan sekerja itu, abaikan sahaja kerana lama kelamaan mereka akan mula lali dan menghargai pengorbanan kita itu.
3 perkara di atas adalah antara cabaran besar yang perlu dihadapi oleh ibu bekerjaya walau di dalam bidang apa pun yang anda terlibat.
  • Jika malas mengepam, paksa diri untuk pam.
  • Jika tertinggal sesi pam, paksa diri untuk buat power pumping.
  • Jika jadual pam sekarang mengganggu kerja, cari alternative seperti beli double pump atau usahakan untuk pam di workstation. ( Read : Boleh wat freestyle dan buat kerja sambil mengepam)
  • Jika menghadapi tekanan majikan, ubahsuai jadual pam seperti gabungkan masa pam dan masa rehat yang disediakan.
Tiada yang mustahil kerana segalanya terletak pada diri kita sendiri.Tabahkan hati dan jangan bagi alasan pada diri sendiri. Push yourself to the limit.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge