Testimoni : Pam sebelah dapat 4-5 oz dan tq untuk petua, nasihat dan perangsang**

Seronok bila ramai ibu-ibu yang mula menyedari kepentingan untuk menyusukan anak mereka. Kita juga sudah dapat melihat iklan berkenaan penyusuan susu ibu di kaca tv serta drama-drama yang menyelitkan kisah ibu bekerjaya yang berusaha untuk susukan anak mereka seperti drama mahabbah. Syukur sesangat.

Sejajar dengan perkembangan positif ini, semakin ramai juga ibu-ibu yang ingin mendapatkan supplement untuk menjayakan penyusuan mereka. Malah ada yang mahu mengambil supplement sejak daripada hamil bagi memudahkan proses penyusuan mereka. Bukanlah saya maksudkan atau memberi jaminan yang KALAU AMBIL SUPPLEMENT, KOMPEM NANTI SUSU KELUAR MENCURAH-CURAH. Segalanya perlu kembali kepada konsep asas penyusuan iaitu supply vs demand serta pergantungan kita kepada Allah. Jangan lupa yea..Susu badan juga rezeki daripada Allah.
Saya kongsikan satu testimony daripada Puan Farah yang merupakan seorang guru dan baru sahaja mula bekerja setelah mengambil 3 bulan cuti bersalin. Beliau mengambil set breastfeeding bersama-sama dengan ESP dan OsteMatrix ketika bayi berusia sebulan.
Farah Testi set b 8.5.12 203x300 Testimoni : Pam sebelah dapat 4 5 oz dan tq untuk petua, nasihat dan perangsang**

 

“Slm tuty sy da start mengajar 2hb..alhamdulillah skang ni sy pam kat sek..sblh ja da bole dpt 4-5oz..yg sblh lg  adalaa 2-4 oz.agaknya da start keja br dpt byk mgkn bby da xda ngan kita kot.aritu dlm 3 mggu sy wat stok dptla dlm 200 oz gak
Anak tuty sehr bg pengasuh bp oz ya smpi ptg.sy yg amik pkl 2 ptg dia minum 12-15 oz.huuhu cm byknya..abis la btl yg berisi 3 oz dlm 4-5 btl.kalo smpi pkl 6 ptg xtau la bp oz plak”
Jom saya kupas sikit tentang testimony di atas. Saya sering mendapat pertanyaan daripada ibu yang sedang cuti bersalin atau berpantang kenapa mereka dapat sedikit sahaja apabila mula mengepam susu. Ada yang dapat 0.5 oz, ada juga yang dapat sehingga 2 oz. Apa yang ibu-ibu ini lupa adalah sepanjang tempoh tersebut, mereka bersama-sama dengan bayi sepanjang masa dan penyusuan juga banyak dilakukan secara direct feeding dan proses pam itu hanyak sekadar untuk mengosongkan lagi payudara bagi meningkatkan demand.
Cuba fikirkan. Jika anda sudah susukan anak ( READ : berapa banyak bayi minum tu susah nak ditentukan) kemudian pam pula, memanglah kuantiti yang anda pam itu akan sedikit sahaja kerana anda sudah membahagi di antara direct feeding dan pengepaman.
Berbalik pada kisah Puan Farah ini, apabila beliau mula bekerja sudah tentulah bayi tiada bersama kan?? Alhamdulillah, beliau mampu mendapat kuantiti yang banyak sekali sesi pam lebih kurang 7-8 oz bagi kedua-dua payudara kerana sepanjang tempoh 3 bulan bersama-sama dengan bayinya, demand sentiasa ada di siang hari.

PERINGATAN MESRA : Sila pastikan anda konsisten dalam jadual pam anda yea. Walaupun anda mengambil supplement, susu badan masih boleh berkurang jika demand berkurang. Ye la kan, masa pantang baby sentiasa melekat. Bila kita berkerja, baby tiada bersama-sama dan demand perlu dikekalkan dengan sesi pam minimum 3 kali di pejabat selama tempoh 8 jam bekerja. Sesi pam itu yang membantu badan kita menerima signal yang susu badan masih perlu dihasilkan seolah-olah bayi ada bersama kita untuk penyusuan.
Oppss..terpanjang pula huraian saya kali ini.
Soalan Pn Farah yang berkenaan EBM handling itu agak sukar untuk saya jawab kerana setiap bayi adalah berbeza. Anda perlu buat eksperimen dengan bayi anda untuk mengetahui berapa jumlah susu yang diperlukan sepanjang tempoh anda bekerja. Saya dahulu hantar 6 botol berisi 3oz setiap satu.
Komen yang terakhir tu membuatkan saya rasa terharu..I lap u…
“tq ya tuty psl sblm ni byk petua, nasihat n perangsang yg diberikan”
Insya Allah, saya akan cuba berikan konsultasi terbaik untuk semua pelanggan dan bakal pelanggan mychibibox. Tidak semestinya berkenaan supplement sahaja, saya sedia membantu jika ibu-ibu mempunyai persoalan berkenaan breastfeeding. Saya bukanlah pakar Laktasi bertauliah namun segalanya berdasarkan pengalaman saya.
Jika anda mula terasa down, segeralah bangkit dan kembali kepada Allah, Yang Maha Memberi.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge