Sejajar dengan perkembangan positif ini, semakin ramai juga
ibu-ibu yang ingin mendapatkan supplement untuk menjayakan penyusuan mereka. Malah
ada yang mahu mengambil supplement sejak daripada hamil bagi memudahkan proses
penyusuan mereka. Bukanlah saya maksudkan atau memberi jaminan yang KALAU AMBIL
SUPPLEMENT, KOMPEM NANTI SUSU KELUAR MENCURAH-CURAH. Segalanya perlu kembali
kepada konsep asas penyusuan iaitu supply vs demand serta pergantungan kita
kepada Allah. Jangan lupa yea..Susu badan juga rezeki daripada Allah.
Saya kongsikan satu testimony daripada Puan Farah yang
merupakan seorang guru dan baru sahaja mula bekerja setelah mengambil 3 bulan
cuti bersalin. Beliau mengambil set breastfeeding bersama-sama dengan ESP dan
OsteMatrix ketika bayi berusia sebulan.
“Slm tuty sy da start mengajar 2hb..alhamdulillah skang ni
sy pam kat sek..sblh ja da bole dpt 4-5oz..yg sblh lg adalaa 2-4 oz.agaknya da start keja br dpt
byk mgkn bby da xda ngan kita kot.aritu dlm 3 mggu sy wat stok dptla dlm 200 oz
gak
Anak tuty sehr bg pengasuh bp oz ya smpi ptg.sy yg amik pkl
2 ptg dia minum 12-15 oz.huuhu cm byknya..abis la btl yg berisi 3 oz dlm 4-5
btl.kalo smpi pkl 6 ptg xtau la bp oz plak”
Jom saya kupas sikit tentang testimony di atas. Saya sering
mendapat pertanyaan daripada ibu yang sedang cuti bersalin atau berpantang
kenapa mereka dapat sedikit sahaja apabila mula mengepam susu. Ada yang dapat 0.5 oz, ada juga yang dapat
sehingga 2 oz. Apa yang ibu-ibu ini lupa adalah sepanjang tempoh tersebut,
mereka bersama-sama dengan bayi sepanjang masa dan penyusuan juga banyak
dilakukan secara direct feeding dan proses pam itu hanyak sekadar untuk
mengosongkan lagi payudara bagi meningkatkan demand.
Cuba
fikirkan. Jika anda sudah susukan anak ( READ : berapa banyak bayi minum tu
susah nak ditentukan) kemudian pam pula, memanglah kuantiti yang anda pam itu akan
sedikit sahaja kerana anda sudah membahagi di antara direct feeding dan
pengepaman.
Berbalik pada kisah Puan Farah ini, apabila beliau mula
bekerja sudah tentulah bayi tiada bersama kan?? Alhamdulillah, beliau mampu mendapat
kuantiti yang banyak sekali sesi pam lebih kurang 7-8 oz bagi kedua-dua
payudara kerana sepanjang tempoh 3 bulan bersama-sama dengan bayinya, demand
sentiasa ada di siang hari.
PERINGATAN MESRA : Sila pastikan anda konsisten dalam jadual
pam anda yea. Walaupun anda mengambil supplement, susu badan masih boleh
berkurang jika demand berkurang. Ye la kan,
masa pantang baby sentiasa melekat. Bila kita berkerja, baby tiada bersama-sama
dan demand perlu dikekalkan dengan sesi pam minimum 3 kali di pejabat selama
tempoh 8 jam bekerja. Sesi pam itu yang membantu badan kita menerima signal
yang susu badan masih perlu dihasilkan seolah-olah bayi ada bersama kita untuk
penyusuan.
Oppss..terpanjang pula huraian saya kali ini.
Soalan Pn Farah yang berkenaan EBM handling itu agak sukar
untuk saya jawab kerana setiap bayi adalah berbeza. Anda perlu buat eksperimen
dengan bayi anda untuk mengetahui berapa jumlah susu yang diperlukan sepanjang
tempoh anda bekerja. Saya dahulu hantar 6 botol berisi 3oz setiap satu.
Komen yang terakhir tu membuatkan saya rasa terharu..I lap u...
“tq ya tuty psl sblm ni byk petua, nasihat n perangsang yg
diberikan”
Insya Allah, saya akan cuba berikan konsultasi terbaik untuk semua pelanggan dan bakal pelanggan mychibibox. Tidak semestinya berkenaan supplement sahaja, saya sedia membantu jika ibu-ibu mempunyai persoalan berkenaan breastfeeding. Saya bukanlah pakar Laktasi bertauliah namun segalanya berdasarkan pengalaman saya.
Jika anda mula terasa down, segeralah bangkit dan kembali kepada Allah, Yang Maha Memberi.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!












0 comments:
Post a Comment