Pernahkah anda dapat hasil perahan seperti
gambar di bawah??
Saya salah seorang yang sentiasa mendapat sebegitu setiap
kali sesi pam. Perkara ini bukanlah baru sahaja berlaku tapi sedari saya mula
masuk kerja selepas cuti bersalin. Mungkin anda juga pernah mengalami dan
tercari-cari apakah jalan penyelesaiannya.
Saya ada jawapannya kerana secara tidak sedar memang itu
yang saya lakukan sejak melahirkan my lil Amni. Amni memang sejak kecil lebih
gemar untuk menyusu daripada payudara kanan berbanding kiri kerana masalah puting
kiri yang pendek serta menyukarkan si kecil untuk menghisap. Lama kelamaan,
kekerapan penyusuan di belah kanan lebih banyak berbanding belah kiri dan
secara tidak langsung mengurangkan penghasilan susu di belah kiri.
Cuba renungkan balik situasi anda dengan saya?? Mesti ada persamaan kan??
Cuba renungkan balik situasi anda dengan saya?? Mesti ada persamaan kan??
Nampak tak kaitan antara supply vs demand tu??Jadi apa yang
saya lakukan sekarang adalah untuk meningkatkan kekerapan Amni menyusu pada
sebelah kiri. Ini antara langkah-langkah yang saya lakukan
- Saya akan mula sesi penyusuan dengan belah kiri dahulu. Semasa tu perlu pastikan anak tidak menangis yea..Kalau amni dah mula menangis, memang saya suakan belah kanan terus..Mungkin amni lebih selesa menyusu daripada kanan sedangkan samaje intipati susu kiri dan kanan ni.
- Semasa saya gunakan single pump, saya akan pump belah kiri lebih lama berbanding kanan dalam 2-3 minit perbezaan.
Walaupun anak anda hanya suka menyusu daripada salah satu payudara sahaja, anda masih perlu pam kedua-dua belah payudara supaya payudara kurang dihisap itu tetap mengeluarkan susu badan yea..
Apa yang saya lakukan hanyalah kembali pada konsep asas penyusuan untuk tingkatkan demand pada payudara yang kurang anak menyusu. Kenapa boleh jadi pemilihan itu bukanlah disebabkan kata-kata orang lama yang sebelah itu nasi, sebelah itu air yea.Sudah terbukti yang payudara kanan dan kiri menghasilkan komposisi susu yang sama.
Jom baca entry ini :
Semoga berjaya dengan usaha untuk meningkatkan kuantiti susu sebelah lagi..
Oh sebelum terlupa, jika sebelum pergi kerja anda susukan anak di sebelah kiri, LOGIKLAH jika kuantiti breast kiri kurang daripada breast kanan kan???? Jangan mudah melatah..Penyusuan susu ibu itu indah dan mudah jika anda faham betul-betul asas penyusuan.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com atau SMS | whatsApp 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!












0 comments:
Post a Comment