Badan berangin??Jom cuba peppermint ginger plus.

By | July 19, 2012

Saya baru menambah satu lagi product Shaklee di rak vitamin saya. Namanya pun macam best nak sebut PEPPERMINT GINGER PLUS. Kalau masyarakat Cina, Ginger / Halia memang terkenal untuk memanaskan badan serta membuang angin dalam badan. Rakan pejabat saya pun bercerita yang mereka akan ambil halia dalam setiap hidangan ketika berpantang selepas bersalin untuk mengelakkan angin masuk dalam badan.

Saya memang jenis yang badan banyak angin..Bukan pemarah yea..Saya ni baik hati..Angkat bakul sendiri kejap.Masa dulu, saya sangat pelik dengan rakan yang bila urut badan sikit atau tarik rambut terus keluar angin yang banyak. Mungkin sebab asyik fikirkan maka Allah pun berikan saya pengalaman yang saya. Saya ini kalau jenis berurut badan, kalau sejam berurut maka selama sejam lah saya akan keluar angina..Oppss..Atas yea..segan pulak nak ikut bawah (bukan pengotor yea). Paling tak best bila urut-urut sikit badan orang.Mesti saya pulak yang dok burrpp..Massage amni pun boleh keluar angin.
My biz partner, kak siti zaleha di Pekan ada bercerita yang pakciknya mengamalkan peppermint ginger plus untuk masalah badan berangin. So bila ada pelanggan saya yang lain order product ini, saya pun ambil kesempatan untuk beli sebotol. Nak tengok betapa power nya..
Peppermint Ginger Plus ini dalam bentuk tablet yea..Buka botol je terus bau daun pudina..Nyaman je..Belum masuk perut lagi tu..Saya larutkan 2 biji dalam HOT TEA dan bau peppermint tu memang harum semerbak..Sedap sungguh rasanya bila di minum..Jadilah Peppermint Ginger Tea..Rasa halia tu tidak terlalu menyengat tekak..Saya pernah beli serbuk teh halia dan memang terasa tersekat-sekat di tekak untuk menelannya. Halia ini pada saya hanya sekadar pemberi rasa dalam makanan dan bukan untuk dimakan.
Kesannya: Sejak malam tadi saya minum teh peppermint tu, sampai siang hari ni saya masih burppp keluar angin..Nampak berkesan ini. Bolehlah untuk jadi minuman saya sekali sekala untuk syuhh angin dalam badan ni.Lepas ni tak payah nak beli peppermint tea lagi.Guna je teh di rumah dah campakkan tablet peppermint ginger plus ke dalam nya.

Sekilas fakta product

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan
Siapa yang disarankan untuk ambil PEPPERMINT GINGER PLUS?
  • Anda yang badan penuh angin macam saya
  • Anda yang sering muntah-muntah dan loya
  • Anda yang ingin menjaga kebersihan usus 
  • Anda yang suka minum teh pudina
  • Anda yang sering alami perut kembung
Baru pertama kali cuba saya dah teruja dengan product ini. Saya jamin anda tidak menyesal. Jika anda tidak suka halia dan ingin dapatkan khasiatnya, mungkin boleh cuba product ini.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge