Tips untuk ibu menyusu elak susu merudum di bulan puasa

By | August 3, 2012

Hampir separuh bulan perjalanan Ramadhan tahun ini. Macamana dengan puasa kita tahun ini? Adakah sekadar menahan dahaga dan lapar?Atau dilakukan seiring dengan amalan-amalan seperti sedekah, solat terawikh dan sebagainya.Semoga amalan-amalan yang kita lakukan ini akan menjadi berganda-ganda dalam bentuk saham akhirat dan juga rezeki.
Bagi ibu menyusu, bulan puasa adalah salah satu lagi cabaran yang WAJIB dilalui dalam menjayakan penyusuan si manja. Ada yang tersenyum lebar kerana sudah membuat persediaan dengan stok EBM yang mencukupi jika susu merudum ketika Ramadhan. Ada juga yang menangis kerana semakin lama susu semakin berkurang dan mula berkira-kira samada untuk meneruskan ibadah berpuasa atau tidak.Sememangnya di dalam Islam ada diberikan kelonggaran untuk ibu menyusu sekiranya dengan berpuasa akan mengganggu penyusuan bayi. Namun pada saya, ianya berbalik pada diri kita sendiri. Mungkin ada petua-petua atau product yang dapat membantu diri ibu menyusu melalui ramadhan sambil berpuasa.
Alhamdulillah saya sendiri masih menyusukan my lil Amni yang berusia 1 tahun 4 bulan. Bermakna sudah 2 ramadhan yang saya lalui. Bezanya keperluan my lil Amni untuk susu badan sepenuhnya sudah berkurang di samping boleh ditampung dengan pemakanan serta minuman-minuman lain.
Saya kongsikan sedikit sebanyak tips ketika berpuasa bagi mengelakkan susu merudum.
(1) Pam secara konsisten mengikut jadual pam yang sama seperti sebelum Ramadhan
Mungkin ada yang mengatakan saya tidak larat untuk pam kerana penat dan jika pam pun susu saya nampak sangat berkurang. Fikirkan kembali. Badan kita tidak mengenal samada anda sedang berpuasa atau tidak. Apa yang penting dalam penghasilan susu badan adalah demand (permintaan) untuk menghasilkan susu yang berpanjangan dan konsisten. Bayangkan jika sebelum ini anda pam sebanyak 3 kali di pejabat dan mendapat 4 oz setiap sesi dan selama sebulan di bulan puasa, hanya pam sekali atau 2 kali sahaja. Sudah tentu lama kelamaan demand akan berkurang dan susu badan pun akan merudum.
Nasihat saya : Jangan MALAS untuk pam ketika berpuasa kerana kesannya selepas bulan puasa nanti.
(2) Bersahur dengan minuman berserat tinggi, berprotein dan juga kurma
Pengambilan protein ketika bersahur akan membantu untuk mengekalkan tenaga yang berpanjangan. Penat di siang hari mungkin menyumbang kepada rasa malas anda untuk mengepam. Kalau kekal bertenaga, mesti badan pun segar dan tidak lemah kan?? Selain itu, KURMA adalah makanan penggalak susu kerana kandungan serat yang tinggi serta kandungan glukosa yang turut menyumbang kepada tenaga anda.
(3) Elakkan untuk mengambil kaffein semasa waktu sahur
Pengambilan kaffein seperti the dan kopi semasa waktu sahur akan menyumbang kepada kesan deuratik di mana anda pundi kencing akan cepat penuh dan anda kerap membuang air kencing. Akibatnya badan akan kehilangan air dengan kadar yang cepat dan anda mengalami dehidrasi. Badan pun akan mula letih dan melepek sahaja.
(4) Pengambilan air secara berdikit-dikit semasa malam hari
Ramai yang silap dengan minum air secara banyak ketika waktu sahur yang kononnya untuk mengelakkan badan kehilangan air sedangkan tindakan itu memberikan kesan deuratik sama seperti pengambilan kaffein. Apa yang perlu anda lakukan adalah minum secara berdikit-dikit air kosong daripada waktu berbuka sehingga waktu sahur.
Tips : Sediakan 2 botol Air kosong di dalam bekas 1.5 liter sebagai penanda aras dan mula minum selepas berbuka. Letak sebotol di tepi katil dan minum setiap kali anda bangun menyusukan anak anda.
(5) Pengambilan supplement yang membantu kekal cergas
Walaupun kita berpuasa, tidak bermakna kita hanya perlu baring tidur atau duduk sahaja tanpa perlu membuat kerja. Aktiviti harian masih perlu dilakukan seperti biasa dan untuk memberikan tenaga. Pengambilan supplement sangat-sangat membantu saya untuk bertenaga di samping mengekalkan penghasilan susu badan.
Jika anda sudah mula risau dengan production susu anda, cuba lalukan tips-tips yang saya kongsikan di atas. Sebenarnya saya selalu juga tertumpas untuk bangun sahur awal dan santapan saya hanyalah kurma dan MINUMAN SAHUR EKSPRESS saya. Hendak tahu apa itu sahur ekspress?? Hubungilah saya.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge