Tolong!!!!!Susu merudum selepas cuti raya yang lama.

By | August 28, 2012

Tolong Susu Merudum Selepas Cuti Raya Yang Lama – Hari raya kali ini terasa sungguh lama. Manakan tidak hampir 10 hari bercuti. Kami sekeluarga pulang ke Kelantan memandangkan Kak Ipar akan berkahwin di hari raya. Bagi saya seorang ibu menyusu, sepanjang tempoh itu jugalah saya gantung pam dan hanya menyusukan my lil amni secara direct feeding. Memandangkan amni dah berusia 1 tahun 5 bulan, susu badan bukanlah lagi menu utama.

Alhamdulillah, memang nampak sungguh perbezaannya selepas naik bekerja ini berbanding syawal tahun lepas. Saya hampir menangis sebab susu badan saya turun tahap maksimum sehingga hanya mampu bekalkan 3 botol sahaja ke ruma pengasuh sedangkan amni perlukan 5 botol x 3oz..Masa tu memang silap saya la..Siapa suruh malas mengepam masa bulan Ramadhan. Seminggu tu ada 2-3 kali saya ponteng pam sesi ke 3. Naik cuti raya sahaja, sendiri terimalah akibatnya.
Pengajaran daripada pengalaman tahun lepas semasa susu merudum membuatkan saya lebih disiplin pada Ramadhan yang baru berlalu. 3 kali pam di pejabat saya cuba penuhi sehabis baik.Walaupun sekali sekala adalah datang penyakit malas tu, tapi saya tetap teguh demi my lil Amni. Kejayaan sememangnya memerlukan pengorbanan.
Hasilnya saya dapat lihat minggu ini. Alhamdulillah susu saya yang memang sekarang hanya 9oz sehari tetap dapat dibawa pulang kuantiti yang sama setiap hari. Saya tidaklah ralat dengan kuantiti susu saya sekarang sebab sememangnya itu adalah jumlah yang diperlukan oleh my lil Amni. Ingat, anak saya dah berumur 17 bulan..Bukan bayi di bawah 6 bulan lagi.
Bagi anda-anda yang sudah mula susah hati dengan production susu masing-masing dek cuti raya yang panjang sangat, saya sarankan untuk bertenang dan kosongkan fikiran. Jangan stress sebab makin kita tertekan, makin seganlah susu badan tu mahu keluar. Rileksss..Saya share sedikit intipati daripada entry saya setahun lepas.

Bagaimana saya kembalikan susu badan yang merudum???

Formula yang paling mudah : Konsisten dengan set Tripple M + Teknik Power Pumping
  1. Saya tambah sesi pam di rumah. Selama ni saya pam di pejabat sahaja kerana Amni memang sentiasa mengempeng di rumah.
  2. Saya lakukan sesi POWER PUMPING.
  3. Saya banyakkan minum AIR SUAM KOSONG.
  4. Saya pastikan pengambilan vitamin SHaklee yang konsisten.
  5. Saya lakukan segala TIPS & TRICKS yang saya tahu. *wink – customer saya boleh dapatkan daripada saya yea..
Jangan susah hati k..Saya boleh membantu, Insya Allah. Perkara paling utama sekarang adalah untuk anda tetap cekal dan gigih. Jika ingin dapatkan product Shaklee, jangan segan silu yea..

 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge