Rahsia awet muda wanita Jepun

By | September 26, 2012
Sepanjang saya belajar di Jepun, kecantikan wanita Jepun sangat mencuit hati saya. Walaupun sudah berusia mencecah 50-60 tahun, kulit mereka masih kemerah-merahan. Adakala tertipu juga dengan penampilan mereka sehingga saya menyangka baru berusia sekitar 40-an. Selain itu, tubuh badan mereka sangat segar serta cergas. Tuan rumah saya merangkap seperti mak angkat saya berusia 66 tahun dan masih bekerja seawal pukul 7 pagi. Memandu ke sana sini.
Actress Hitomi Kuroki , 52 Tahun
Ingin tahu rahsia mereka ini? Jangan tidak tahu yang kaum wanita Jepun merupakan golongan yang berumur paling panjang di dunia yea. Ini adalah daripada pemerhatian saya dan pengalaman selama 6 tahun di bumi matahari terbit itu.
Rahsia terbesar mereka adalah pola pemakanan yang sering mereka amalkan.
(1) Pengambilan buah-buahan setiap hari
Jepun adalah negara 4 musim dan pelbagai buah-buahan yang sedap dipetik sepanjang tahun. Setiap musim diserikan dengan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan bagi mencantikkan kulit mereka.
(2) Makan kacang soya
Natto
Pelbagai jenis makanan dihasilkan daripada kacang soya seperti tauhu lembut. Tahukah anda tauhu lembut itu sekadar dikukus dan kemudian dicicah dengan kicap sahaja. Malah mereka gemar mengambil “NATTO” di waktu sarapan. Natto adalah kacang soya yang telah diperam dan diproses. Baunya mungkin kurang digemari namun khasiatnya tidak dapat disangkal
(3) Mengamalkan minuman panas bersama-sama hidangan utama
Bagi setiap hidangan set makanan jepun, pasti disertakan dengan sup miso yang diperbuat daripada kacang soya. Selain itu, mereka selalunya akan mengambil minuman seperti teh hijau ataupun olong tea sebagai minuman.
(4) Cara masakan
Masakan jepun kebanyakannya menggunakan kaedah panggang, rebus dan kukus. Kaedah ini dapat memastikan nutrisi makanan tidak hilang berbanding kaedah gorengan yang sering kita amalkan.
(5) Setiap hidangan adalah nutrisi seimbang
Dalam satu hidangan, segala kumpulan nutrisi adalah penting. Mereka sering mengambil sayur-sayuran dalam bentuk salad.
(6) Mengamalkan peminuman teh
Pilihan teh yang pelbagai
Jika anda berpeluang pergi ke Jepun, perhatikan terdapat pelbagai jenis teh yang dijual di rak minuman kedai. Ada teh hijau, teh gandum, Oolong tea dan banyak lagi.. Saya boleh katakan yang masyarakat Jepun sangat sukakan teh dan menjadi minuman harian mereka.
Jom mulakan gaya hidup sihat untuk menjadi muda seperti wanita jepun.
Sebelum terlupa, anda perlu hubungi kami jika mahu tahu rahsia kulit cantik dengan Supplement Shaklee. Tahukan bagaimana??
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS/whatsApp 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge