Tips persediaan penyusuan semasa hamil

By | September 20, 2012

Saya teringat satu dokumentari yang saya lihat di Jepun di mana mereka telah menjalankan satu eksperimen untuk melihat reaksi orang ramai. Di dalam eksperimen itu, terdapat satu barisan manusia yang beratur panjang. Apabila ditanya pada orang yang terakhir, “ Mengapa beratur?”. Jawapannya mudah, “ Saya tengok ramai beratur, saya pun beratur sebab mesti ada yang menarik di hadapan sana”. Kesimpulan daripada eksperimen itu adalah, manusia ini mudah terpengaruh walaupun tidak tahu hujung pangkalnya mereka terus mengikut tanpa tujuan yang nyata.
Saya nyatakan situasi ini kerana melihat ramai yang mula mengambil supplement untuk penyusuan sebagai trend dan apabila tidak mendapat result seperti diharapkan, mula menyalahkan yang supplement tidak bagus. Supplement BUKANLAH JAMINAN yang susu badan anda akan melimpah ruah. Semuanya perlu berbalik pada konsep asas penyusuan dan bagaimana anda melihat kepentingan supplement dalam membantu penyusuan si comel anda.
Setelah hampir 1 tahun setengah menyusukan Dhia Amni dan sebagai ibu bekerjaya, saya kongsikan serba sedikit tips berdasarkan pengalaman saya.
Tips persediaan penyusuan ketika hamil
(1) Hadiri kelas penyusuan / antenatal class yang dianjurkan oleh pihak hospital. Hadir bersama-sama dengan suami supaya incik suami juga mempunyai idea mengenai penyusuan susu ibu kerana anda akan memerlukan sokongan padu daripada mereka setelah bayi lahir.
Ada juga butik-butik yang menjual barangan penyusuan yang menganjurkan kelas penyusuan. Antaranya adalah yang dianjurkan oleh Pn Farah Farhan daripada SarahKids.
(2) Sertai forum ataupun kumpulan penyusuan secara online mahupun offline bagi menambah ilmu pengetahuan tentang dunia penyusuan terutamanya dengan masalah-masalah yang bakal anda hadapi. Penyusuan bukan semudah menyebut ABC yea..Secara teori mungkin anda faham tapi secara praktikal anda pasti akan menghadapi cabaran.
Fahami konsep supply vs demand dengan betul supaya anda tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah dalam penyusuan.
(3) Jika anda ibu bekerjaya, mula survey breastpump yang anda ingin gunakan. Saya memilih pam elektrik untuk menjimatkan masa pam ketika bekerja. Semakin ramai juga yang memilih untuk membeli pam medela freestyle walaupun harganya mencecah 4 angka kerana pelaburan itu adalah sangat berbaloi. Anda boleh survey seller yang menyediakan program pembelian secara installment dan merancang sepanjang kehamilan ini.
(4) Sekiranya anda sudah disahkan untuk bersalin secara pembedahan, jangan risau dan panic. Saya sarankan untuk menyediakan nursing pillow untuk menyokong berat badan bayi anda ketika menyusukannya. Penggunaan Nursing Pillow akan membantu mengurangkan tekanan pada luka pembedahan anda.
(5) Cari bidan yang boleh membantu untuk mengurut payu dara anda dalam tempoh seminggu kelahiran bayi. Proses urutan ini dapat melancarkan liang susu serta membuka lubang susu pada payudara anda.
(6) Amalkan pemakanan seimbang dan tinggi protein. Pemakanan yang sihat dapat membantu dalam pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu bagi memudahkan penghasilan dan pengaliran susu badan sebaik melahirkan bayi.
(7) Lakukan urutan payudara serta bahagian puting.
Bagi anda yang sememangnya berniat untuk menyusukan bayi anda, saya nasihatkan untuk melakukan persediaan semasa dalam tempoh kehamilan dan anda boleh amalkan tips-tips yang saya kongsikan di atas.Pengambilan supplement semasa proses kehamilan juga sedikit sebanyak membantu diri saya terutama ketika hari bersalin. Badan yang segar bugar walaupun setelah berperang untuk melahirkan my lil Amni memudahkan lagi proses penyusuan saya.
Persediaan mental dan fizikal sangat memainkan peranan penting kerana anda perlu menjadi seorang SUPERMOM bagi menyuntik keyakinan serta sentiasa POSITIF semasa berpantang. Insya Allah saya akan kongsikan tips-tips bagaimana untuk mengumpul stok EBM semasa berpantang dalam entry yang lain.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge