>

Promosi Februari 2014

Promosi Februari 2014

Monday, 30 April 2012

Ajaibnya sedekah - pembuka pintu rezeki


Masih teringat saya satu kisah dimana seorang ayah ini akan meminta anaknya duit sebelum anaknya pulang ke bandar. Si ayah ini tahu anaknya bukan orang berada atau berduit, namun ayahnya tetap akan minta walau hanya RM5 sebelum si anak bertolak balik ke bandar. Siapa sangka dengan amalan itu nasib si anak berubah selepas beberapa tahun bekerja. Jika sebelum ini si anak hanya pulang menaiki bas tetapi kini gah memandu sebuah keretanya sendiri.

Credit : akuislam.com
Hakikatnya amalan memberi tidak akan membuatkan kita jatuh miskin. Kita terlalu banyak disogokkan dengan ekonomi barat yang mengatakan lebih banyak permintaan maka sumber akan berkurang. Sedangkan dalam ekonomi Islam, lebih banyak kita bersyukur maka lebih banyak rezeki hebat yang akan datang bagi menggantikan rezeki yang dibelanjakan pada jalan yang baik.

Memang benar, sedekah bukan hanya pada harta, namun amalan yang paling berat untuk kita banyak lakukan ialah sedekah dari sudut harta kekayaan. Antara amalan sedekah  

  • Maniskan muka dengan senyuman
  • Sedekah sekurang-kurangnya RM1 seminggu
  • Solat awal waktu
  • Berkata hanya yang positif atau diam 

Sedekah menambahkan harta dan kesejahteraan
Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi) 

Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yg mulia
(QS. Al-hadiid 57:58) 

Janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta di jalan Allah
(QS.Al-Baqarah 2:245) 

Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap diri sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang membutuhkan Nya
(QS.Muhammad :38) 

Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya
(HR.Muslim) 

Kita disarankan untuk memperbanyakkan amalan SEDEKAH, kerana di dalamnya terdapat banyak rahsia dan antaranya ialah  :
  1. Menyembuhkan berbagai penyakit.
  2. Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
  3. Diselamatkan dari segala keburukan.
  4. Menenangkan hati dan jiwa.
  5. Melapangkan rezeki.
Bagi ibu bapa, mereka tidak seharusnya menerima sedekah, keranya selayaknya mereka menerima HADIAH. Pemberian kepada kedua ibu bapa dianggap hadiah. Ada orang hidupnya sederhana tetapi kerana layanan baik pada kedua ibubapanya maka hidupnya aman dan sejahtera. Berbeza dengan orang yang banyak memenuhi kehendak sendiri tanpa menghiraukan kebajikan ibu bapa, hidupnya biasa dengan ujian, musibah kerana mengabaikan tanggungjawab pada yang berhak.

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi  saw  menjawab  :  Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau  takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh  untuk  bersedekah,  sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si fulan.. sekian untuk si fulan dan sekian lagi untuk si fulan ( Hadis Riwayat Al-Bukhari )


Kredit :  Anakkuwiraku


Renung-renungkanlah..Jika kita sering berdoa meminta kepada Yang Maha Esa, fikirkan sejauh mana kita membelanjakan harta pada jalan Allah. Manusia sering alpa untuk bersedekah dan mengganggap yang sedekah hanya perlu diberi apabila sudah menjadi kaya raya sedangkan SEDEKAH ITU SENDIRI ADALAH PEMBUKA PINTU REZEKI. REZEKI bukan terhad kepada wang ringgit sahaja, ianya sangat luas meliputi kesihatan diri, kesejahteraan keluarga, penyambung zuriat (anak) dan banyak lagi.

Pesanan saya:
Jika anda atau ahli keluarga anda sering sakit, hantarlah sedekah
Jika anda sukar untuk mendapat rezeki daripada perniagaan, hantarlah sedekah
Jika anda sudah berusaha namun masih belum dikurniakan zuriat, hantarlah sedekah.

Jangan dilupa untuk MEMBAYAR ZAKAT JUGA yea..


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS | whatsApp 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Friday, 27 April 2012

Tips MUDAH KURUS selepas bersalin


Kita sering memikirkan untuk kurus hanya selepas bersalin. Tapi sedarkah anda yang proses itu harus dimulakan sedari anda sedang mengandung lagi. Bukanlah bermakna anda ikat perut sampai menjejaskan kesihatan serta tumbesaran bayi di dalam kandungan anda.

Jom saya kongsi tips untuk memudahkan anda mendapat bentuk asal badan selepas bersalin. Terima kasih kepada Lyana atas perkongsian yang menarik ini.

“Sila pastikan anda mengambil vitamin C dan protein yang mencukupi semasa mengandung. Ianya penting untuk PEMBENTUKAN KOLAGEN pada kulit.dan menyokong struktur kulit anda..Jadi selepas bersalin, bentuk badan mudah kembali ke bentuk asal disebabkan keanjalan kulit yang telah anda bina sejak anda hamil”

Untuk rakan-rakan yang sedang hamil tu, bolehlah cuba dan kongsikan outcome pada saya yea..Oh, boleh juga cuba dapatkan Shaklee Protein iaitu ESP dan Vitamin C.

 
 Mudah sahaja kan?? Badan pun jadi bertenaga semasa mengandung. Selain product ini, boleh lihat banner di bawah untuk saranan product semasa hamil.


Jom kengkawan amalkan yea..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Thursday, 26 April 2012

Saya menyusukan anak, bolehkah berpuasa?? Susu berkurang tak??

Kurang daripada 100 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan untuk tahun Islam 1433. Saya rasa mungkin ramai yang sudah mula berpuasa untuk menggantikan puasa yang di’hutang’ pada tahun lepas termasuklah saya.

Bagi mereka yang baru memulakan penyusuan anak, jangan risau dan takut yang puasa akan membuat susu badan anda sedikit. Ianya tidak benar sama sekali. Walaupun kita berpuasa di siang hari, susu badan tetap ada. Apa yang perlu ibu-ibu lakukan adalah dengan meneruskan sesi pam yang konsisten seperti pada hari tidak berpuasa. Jika kebiasaannya anda pam sebanyak 3 kali, jangan culas yea..Kekalkan untuk pam 3 kali juga.

Saya beri amaran siap-siap kerana saya sudah laluinya pada bulan puasa tahun lepas. Saya ‘mengelat’ dengan pam 2 kali sahaja untuk 2 hari bekerja ( 3 hari lagi konsisten 3 kali pam). Akibatnya sendiri sedih kerana susu merudum sebulan selepas itu. Pengalaman susah payah untuk naikkan semula kuantiti susu memang saya tidak akan lupakan. Jadi, saya tidak mahu ibu-ibu sekalian juga melakukan kesilapan yang sama.

Oh, lupa pula untuk menjawab tajuk entry kali ini. Jawapannya, BOLEH BERPUASA jika tidak memudaratkan diri.Jangan paksa diri jika tidak larat yea.

Perkongsian kali ini untuk kongsikan cara saya kekalkan kuantiti susu badan yang dipam walaupun saya berpuasa. Nak tahukan?? Yang pastinya saya menggunakan product Shaklee sebagai supporter saya.


Secara asasnya, sumber protein diperlukan untuk memberikan tenaga sepanjang hari serta mengenyangkan dalam tempoh yang lama. Product yang disarankan sudah semestinya adalah Energizing Soy Protein (ESP) yang lengkap dengan 9 asid amino penting. Alternatif lain adalah Mealshake.

Minuman Isotonik pula adalah Shaklee Performance Drink. Pilihan ramai kerana mengandungi kurang gula dan tidak bergas. Yang paling penting kerana fungsinya untuk mengekalkan bendalir di dalam tubuh badan. Apa kaitannya dengan berpuasa? Dalam bahasa mudah, mengelakkan tubuh badan daripada dehidrasi. Masa puasa tidak boleh ambil air di siang hari tawwww tetapi badan kita tetap kehilangan air melalui perkumuhan serta peluh. Pengalaman saya, tekak tidak kering walaupun air tidak diambil pada siang hari.

Alfalfa merupakan sumber galactogogue yang membantu untuk menggalak penghasilan susu. Tidak faham?? Galactogogue atau lebih senang sebagai milk booster.

Bagaimana cara pengambilan bagi ketiga-tiga product ini??? Biarlah rahsia..

Oppsss, itu perlu hubungi saya atau mungkin jika anda rajin, anda boleh jumpa di entry saya sebelum-sebelum ini.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Tuesday, 24 April 2012

Setahun menjadi Ahli Shaklee

Bulan April antara bulan yang sangat saya suka semasa di Jepun dahulu. Banyak sebab yang menjadikan April sangat bermakna pada saya

Bulan di mana bunga sakura akan berkembang,
Bulan di mana bunga-bunga serta daun baru akan tumbuh setelah musim sejuk.
Warna hijau yang cantik itu sangat sejuk mata memandang.

Saya dahulu pergi ke universiti dengan berbasikal. Jadi memang akan lalu di tepi deretan pokok sakura. Subhanallah, rindunya untuk melihat kecantikan alam.

Dalam Shaklee Biz juga, April merupakan bulan saya menjadi ahli Shaklee.Hampir setahun menjadi ahli dan 9 bulan berkecimpung dalam Shaklee Biz. Alhamdulillah dengan rezeki daripada-Nya. Hati lebih lapang dan berkeyakinan.

Sepanjang menjalankan biz ini secara online, saya dapat rumuskan satu perkara.

KOMITMEN PADA APA YANG DILAKUKAN

Untuk berjaya, kita perlu memberikan sepenuh komitmen walaupun anda bercadang untuk membuat Shaklee Biz secara part time. Ingat moto masa zaman sekolah dahulu

>>> USAHA TANGGA KEJAYAAN <<<

Saya sendiri masih merasakan diri baru pandai menapak setelah bertatih sekian lama. “Tempoh” penglibatan tidak boleh dijadikan ukuran tetapi sejauh mana kita committed itu yang perlu diambil kira.

Ramai yang bertanya, “ Bolehkah saya mendapat extra income dengan Shaklee Biz?”

Jawapan saya adalah BOLEH. Yakin kepada ALLAH dan diri sendiri serta usaha beribu-ribu kali ganda. Kejayaan bukanlah datang bergolek-golek yea.

Saya sayangkan Shaklee Biz ini kerana ianya banyak mengubah gaya hidup saya serta menemukan saya dengan mereka-mereka yang sangat dikagumi.

Berminat?? Boleh hubungi saya untuk info yang lebih terperinci. 


Saya tidak janjikan yang anda akan mendapat 5 angka dengan hanya menjadi ahli Shaklee tetapi ianya bukanlah mustahil jika anda tahu serta berada di dalam kumpulan yang betul.
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Sunday, 22 April 2012

Testimoni : Morning Sickness berkurang dengan Shaklee Mealshake**

Selama ini mungkin ada yang beranggapan yang Mealshake hanyalah untuk kanak-kanak sahaja. Walaupun Shaklee juga meletakkan Mealshake di bawah kategori Children Health, namun sebenarnya orang dewasa juga boleh mengambilnya.

Saya memang galakkan ibu hamil terutamanya mereka yang mengalami morning sickness yang teruk di awal kehamilan. Saya sendiri sudah laluinya. Badan hampir macam sayur, lembik tidak bermaya kerana saya tidak boleh mengambil makanan sebarangan.Apa yang saya makan, semua akan muntah balik. Sampai satu tahap, saya jadi takut untuk makan kerana tidak mahu terseksa dengan muntah-muntah. Minum air kosong pun boleh jadi muntah. Saya hanya boleh mengambil nasi dengan telur masin serta ikan kering sahaja. Sangatlah tidak berkhasiat untuk tumbesaran baby kan???

Untuk kehamilan kedua (yang tidak tahu bila lagi), saya akan pastikan Mealshake sebagai salah satu supplement wajib saya nanti. Kenapa??

Inilah jawapannya kerana mealshakes dilengkapi dengan multivitamin serta protein yang dapat menampung lubang-lubang nutrisi yang lopong**. Sangat sesuailah untuk ibu hamil yang mengalami morning sickness yang teruk atau mungkin boleh panggil "all day n nite sickness". 

Jom lihat testimoni terbaru daripada rakan saya, Pn S yang sedang hamil anak ketiganya.



"Salam. Nk bg testi mealshake ni.HIDE NAMA I ek.Actually bli mealshake ni sbb nk jaga kulit muka.pregy this time kulit mmg bmyk gile + jerawat. Tp yg plik fr day 1 mkn mealshake wit air kosong early mrng B4 bfast i dh tsgt2 kurg muntah. Fyi I klu pregnn mmg tsangat trk muntah dr bgn tido hingga nk tdo mlm. Kire all day n nite sickness. Mmg rasa plik gile. After day 4 je today br prcaya n bg testi. Syukur alhmdilah sgt2. Cume mlm kdang2 munth la gak tp sgt kurg. Plus asyik lapar pas mkn mealshake. Hope x gemuk. Cume niat asal utk kulit blum nmpk lg kesan +ve nye. tq tuty intro mealshake kat i. Ni yg tgoda nk bpntg dgn shaklee nnt."


Terima kasih Pn S untuk testimony ini...Insya Allah tidak gemuk dengan pengambilan Mealshake ini kerana protein yang terdapat di dalam Mealshake akan memberikan keanjalan pada kulit badan di mana ianya membantu penurunan berat badan selepas bersalin.


Jemput baca kisah Pn Fiza yang juga sedang mengandung dan telah mengamalkan Shaklee Mealshake :
Ingin mengetahui tentang Shaklee Mealshake lebih lanjut? Jangan segan silu untuk hubungi kami.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Friday, 20 April 2012

Motivasi : Pramugari yang menyusukan anaknya.


Adakah anda seorang ibu yang bekerjaya?
Adakah anda menjadikan suasana kerja yang sibuk menyebabkan jadual pam anda tidak konsisten?
Adakah anda merasakan anda tidak mampu menyusukan anak anda kerana pekerjaan anda yang memerlukan anda berada di luar pejabat?

Jika anda tergolong dalam salah satu di atas, saya kongsikan kisah Pn Aini yang berkerja sebagai pramugari serta cekal untuk menyusukan anaknya. Beliau sentiasa perlu terbang ke sana sini. Diharapkan perkongsian ini akan memberikan anda semangat serta kesedaran bahawa segalanya terletak pada diri kita.

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”

Keluarkan diri daripada zon selesa dan berusahalah untuk anak anda.Terima kasih rin dan Aini untuk kisah yang hebat ini.

--------------------------------------------------------------

Saya selalu kagum dengan ibu-ibu yang berjauhan dengan anak mereka, tapi masih berjaya menyusukan anak-anak mereka. Sering saya berdoa semoga diketemukan dengan salah seorang ibu yang berjiwa cekal ini. Kenapa saya katakan cekal?Sebab ia bukan mudah. Even myself yang mengadap anak tiap-tiap hari ada masanya pun  rasa nak ‘give up’.Alhamdulillah, doa saya diperkenankan Allah.

Inilah ibu cekal tu. Aini Wardiah namanya, Seorang pramugari. Kerja sebagai pramugari tak semudah yang disangka tau. Ya, saya pun rasa macam mudah je keje ni. Berpeluang berjumpa face to face dengan Aini tahun lepas menyedarkan saya bahawa kerja sebagai pramugari tak semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi bagi pramugari yang menyusukan anaknya!

Semasa bertemu dengan Aini, saya ajukan soalan ” Dalam flight pump kat mana?” Aini jawab ” Dalam toilet..tu pun kena tunggu turn takut ramai orang. Or kadang-kadang tak dapat pump sebab toilet kotor.” Cerita Aini lagi, kadang-kadang jika terlalu busy (yes it’s not easy tau jadi pramugari..bukan kena lawa-lawa je), dia tak sempat pump sehingga berjam-jam. Sampai bengkak! Penat? Memang penat… Dan saya berfikir, Aini sanggup mengepam di dalam toilet demi anaknya, tapi saya walaupun ada tempat yang agak selesa pun kadang-kadang rasa malas.

Tapi itu bukan penghalang untuk Aini tetap mengepam susu untuk si hensem Areef. Well done my dear.Lebih mengharukan bila Aini bagitau yang Areef dijaga oleh neneknya. Meaning walaupun Aini off day jika off day nya cuma 1-2 hari dia still tak dapat jumpa Areef. Cekal? Yes this is cekal....

Saya tanyakan lagi kepada Aini, “Kenapa nak bf..keja mcm u ni susah skit” 
 Jawab Aini “This is the best i can give to my son”  Y

You are right my dear. Aini cerita lagi walaupun Areef lama tak jumpa, tapi bila Aini balik dia tau itu ammi nya… Hm…baby susu ibu memang rapat dengan ibu kan? Macam mana pun dia tau, itu ibunya.. Sungguh indah dan ajaib ciptaan Allah.Subhanallah…

Cara Aini packing susu nak bawak balik kampung untuk lil Areef:)
Agaknya masa scan orang tu tanya eh apa benda ni? Hehehe…
Kerja sebagai pramugari macam yang saya katakan (setelah Aini explain bagaimana), memang memenatkan. Dengar cerita Aini, kerja Aini lagi penat dari kerja saya di hotel..Hahhah...So untuk terus bertenaga, cantek (mestila cantek dah namanya pramugari kan) dan yang paling penting terus dapat membekalkan susu kepada lil Areef, Anis consume Euphoria Set B.

Kata Aini lagi, “Pump mesti konsisten..Tapi vitamin helps me a lot. Sebab terus bertenaga. Baru dapat buat stok. Bila rasa susu drop kena buat power pumping”. Mendengar cerita Aini membuatkan saya ‘malu’. Yelah, kadang-kadang saya pun skip pump. Malas buat power pumping walaupun mempunyai kesempatan untuk buat.

Ini stok Areef untuk setengah bulan je tau. Sometimes saya rasa kelakar bila chat dengan Aini bila dia bagitau yang dia tengah mengepam susu di hotel Kota Kinabalu..Bila chat lagi pada malam harinya, dia tengah pam susu di hotel Manila! Wah, terbang sana sini ebm Areef ye



So mommies out there, jika anda rasa down untuk meneruskan penyusuan bayi anda, fikirkan tentang Aini. Bagaimana cekalnya dia demi Areef.  :)

Jom follow  our proud  Stewardess who breastfeed her Areef here. Im so proud of you babe.. Semoga perjalanan menyusukan Areef dipermudahkan Allah.  Amin..


Credit : dazzlingmoms.com

--------------------------------------------------------
Jika rakan-rakan mula rasa "malas mengepam", fikirkan tentang ibu lain yang sanggup bersusah payah untuk anak mereka tanpa menjadikan perkerjaan sebagai alasan. Yakin boleh pada diri sendiri. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Thursday, 19 April 2012

Kenapa Mealshake bagus untuk kulit??**

Kita sedia maklum untuk set kecantikan anda boleh mengambil Vitamin C, B Complex dan Vitamin E. Hasilnya akan lebih ‘segera’ nampak jika anda menambah protien di dalam set ini. Ya, ESP adalah pilihan yang paling baik. 

Kenapa protien perlu?
Sel-sel tubuh badan kita mengambil masa 90-120 hari untuk proses baik pulih dan penggantian, tanpa protein yg cukup proses baik pulih kurang effecient dan mengakibatkan fungsi sel terganggu, kulit kusam, kulit tidak rata, kurang keanjalan, kuku dan tumit merekah dan macam-macam lagi.

Tetapi bagaimana pula jika anda seperti saya yang amat payah nak telan pil banyak-banyak?Saya ada penyelesaian mudah untuk anda..Ambillah MEALSHAKE kerana Mealshake mengandungi :

  • Complete Nutrients – Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
  • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
  • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.
Lengkapkan? 

KENAPA MEALSHAKE BERKESAN UNTUK KULIT?
Kerana ia mengandungi PROTIEN!

~PROTEIN~
  1. Protein berfungsi untuk membentuk sel baru bagi menggantikan sel mati atau sel yang telah rosak.
  2. Protein digunakan untuk membina tisu penghubung pada ligamen, tendon dan otot.
  3. Protein digunakan untuk mensistesiskan antibodi bagi mempertahankan badan daripada penyakit.
  4. Protein berfungsi untuk mensintesiskan hormon bagi koordinasi badan
  5. Sel2 tubuh badan kita mengambil masa 90-120 hari untuk proses baik pulih dan penggantian, tanpa protein yg cukup proses baik pulih kurang effecient dan mengakibatkan fungsi sel terganggu, kulit kusam, kulit tidak rata, kurang keanjalan, kuku dan tumit merekah dan macam-macam lagi.
  6. Sel yang sihat dapat menyerap nutrient dengan lebih baik dan efektif barulah proses kimia tubuh dapat berlaku dengan sempurna.
Ambillah bersama Vitamin E untuk hasil yang lebih efektif.

 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Tuesday, 17 April 2012

Kenapa saya gagal untuk kuruskan badan??

“ Saya dah buat bermacam-macam jenis diet tapi masih tak berjaya turunkan berat badan”
 “ Saya dah ambil product A tapi kenapa orang lain turun. Saya pulak tak turun juga”

Jujurnya saya sendiri sudah mengalami situasi di atas. Memang sangat pantang bila nampak promosi atau iklan berkaitan product diet, pasti saya tertarik-tarik untuk mencuba. Akhirnya saya sedari yang bukan product itu yang menjadi punca saya gagal dalam berjaya sebaliknya adalah diri saya sendiri.

Pernahkah rakan-rakan cuba kaji selidik mengapa anda gagal dalam berdiet. Saya yakin yang anda sudah ada jawapannya cuma tidak mahu mengakuinya sahaja.

Image google
 Berikut antara perkara yang perlu anda selidiki tentang diet anda :

(1) Adakah anda disiplin dan konsisten dengan diet?
Punca utama kegagalan anda adalah disiplin yang sangat rendah. Mudah tergoda dengan dugaan daripada rakan-rakan sekeliling. Jika anda perasan, semakin anda ingin berdiet, ketika itulah semakin kuat dugaan yang mengajak untuk mengadakan jamuan. Atau mungkin juadah makanan yang anda suka berada di depan mata.

Be strong dan kejam pada diri sendiri. “Kejam” di sini bukanlah menyakiti diri sendiri tapi belajar untuk menahan diri daripada godaan makanan di sekeliling anda.

(2) Rakan atau keluarga yang tidak menyokong
Anda harus memberitahu keluarga anda dan rakan yang anda sedang berdiet . Mungkin pada peringkat awalnya mereka seolah-olah memperlekehkan hasrat anda untuk berdiet.

Jangan mudah putus asa. Jadikan kata-kata sindiran itu sebagai kata-kata motivasi dalam diri anda. Perkara negative jika kita lihat daripada sudut positif, akan memberikan kebaikan. Anggap kata-kata itu sebagai perangsang untuk membukti kesungguhan untuk anda berdiet.

(3) Anda kerap menimbang berat badan
Sudah menjadi tabiat manusia untuk mengetahui perubahan dalam diri dengan kadar segera. Akibatnya, anda mula naik penimbang setiap hari untuk melihat hasil diet anda. Masakan anda sudah turun berat dalam masa 1 hari berdiet kan?? Ya, memang ada yang berjaya menjadikan alat timbang sebagai alat diet.TETAPI, hampir 95% akan menjadi tertekan dengan berat yang tidak turun sehingga anda akan menjadi putus asa.

Timbang hanya seminggu sekali sahaja dan jangan harapkan perubahan yang drastic dalam sekelip mata.

(4) Anda tidak mengambil ukuran badan
Ini juga antara kesalahan yang paling asas. Pemikiran yang diet bersamaan berat badan turun perlu diperbetulkan. Selain menimbang berat badan, anda juga perlu mengukur saiz badan anda untuk mengetahui perubahan fizikal badan sejak berdiet.

Tahukah anda yang pola penurunan berat badan adalah berbeza mengikut individu. Ada yang berat badan tidak turun langsung selama hampir 1-2 bulan namun begitu bentuk badannya sudah mula mengecil di bahagian tertentu. Di sinilah kunci utamanya kerana jika anda hanya menimbang berat badan, sudah tentu anda akan berhenti berdiet setengah jalan. Paling mudah dengan sediakan satu baju atau seluar yang saiz kecil daripada yang anda pakai sekarang. Gantung di tempat yang anda nampak.

(5) Pengambilan kalori yang terlampau rendah
Ramai yang apabila berdiet mula mengelak untuk mengambil nasi sedangkan sumber karbohidrat masih diperlukan walaupun sedang berdiet. Karbohidrat adalah sumber tenaga kepada badan anda.Ada juga yang tidak mengambil makan malam langsung.

Jika anda mengambil kalori yang terlampau rendah daripada yang diperlukan badan, badan anda akan mula masuk pada fasa “starvy mode”. Maknanya, badan akan menyimpan segala kalori daripada pemakanan anda dan tidak membakar kalori tersebut kepada tenaga kerana badan sudah menerima signal yang anda kekurangan kalori.=kebuluran Ini yang dikatakan adverse effect iaitu makan sedikit tapi berat badan naik.

(6) Anda skip salah satu pemakanan utama anda
Kebiasaannya ramai yang skip samada ambil sarapan pagi atau makan malam dengan tujuan untuk mengurangkan kuantiti kalori anda. Sedangkan sarapan pagi adalah kunci utama kejayaan diet anda. Sarapan pagi adalah wake up call kepada badan untuk bertenaga dan bekerja sepanjang hari membakar kalori(lemak) di dalam badan anda.

Jika risau terlebih makan, makanlah secara kerap tetapi jumlahnya sedikit.

Cuba anda lihat punca-punca yang saya senaraikan di atas. Itu baru sedikit sebenarnya. Mungkin anda sudah boleh nampak jalan untuk menjayakan diet anda. Harap perkongsian ini membuka minda anda tentang cara diet yang betul serta santai.

Jom baca di sini untuk lebih banyak info berkaitan diet & weight management

Jika ingin dapatkan shaklee product, jangan segan silu untuk bertanya saya yea..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Monday, 16 April 2012

Sampai bilakah perlu pam susu??

Semalam saya hadiri satu seminar berkaitan online marketing. Bukan seminar itu yang ingin saya ceritakan tetapi kisah di surau semasa waktu rehat tengahari yang mencuit hati saya. Saya membawa 3 beg semalam : 1. Beg tangan 2. Beg pam susu 3. Beg Notebook. Jadinya memang kiri kanan sangat penuh la. Selalunya hujung minggu saya memang sentiasa bersama dengan lil Amni so saya tidak mengepam. Tetapi kerana tempoh seminar itu lebih kurang waktu bekerja, perlulah untuk saya mengepam.

Semasa sampai di bilik seminar, saya ditegur oleh seorang peserta lain yang bertanya samada saya membawa beg pam ke. Nampak sangat lah beg pam medela Fr**st**e ni memang dah terkenal. Sekali pandang pun sudah tahu bagi mereka yang menyusukan anak. Beliau kagum kerana saya masih mengepam walaupun Amni sudah berusia 1 tahun 1 bulan. Beliau berhenti mengepam ketika anaknya berusia 11 bulan dek kerana susu sedikit. Nasib baik saya tidak berceramah di situ tentang kesalahannya berhenti mengepam. Hehe.
Image google
Oh, saya kagum dengan seorang ibu ni. Mulanya saya seorang sahaja yang mengepam. Kemudian datang lagi seorang ibu yang juga mengepam. Terpaku saya apabila beliau menyatakan anaknya sudah berusia 1 tahun 7 bulan dan beliau masih MENGEPAM yea kengkawan.Anak sulungnya tidak berjaya disusukan dan beliau berusaha keras untuk anak keduanya itu.

Apa yang saya cuba sampaikan daripada kisah di atas??

1. Susu kita akan mula merudum (drop) dan kering apabila kita tidak menjaga “demand”.Salah satu cara yang diketahui umum adalah dengan jadual pam yang konsisten. Jangan hilang semangat apabila susu merudum sebaliknya usahakan untuk lebih banyak sesi pam.

2. Walaupun anak kita sudah berusia setahun ke atas, susu badan masih ada jika tetap teruskan pengepaman seperti biasa.

3. Tekad yang tinggi akan membuat kita lebih berusaha untuk menjayakan penyusuan anak. Semangat serta pemikiran positif perlu sentiasa ada di dalam diri ibu.

Untuk rakan-rakan yang sedang mengandung dan berniat untuk menyusukan anak, saya nasihatkan untuk cari ilmu penyusuan sebanyak mungkin. Jika berkesempatan, hadiri kelas penyusuan bersama-sama dengan suami kerana sokongan suami sangat penting.

Untuk rakan-rakan yang sedang berpantang, yakin dan berfikiran positif dengan susu badan anda. Jangan mudah melatah untuk memberikan susu formula kerana risau susu badan sedikit. Kerapkan penyusuan bersama anak secara terus untuk meningkatkan “demand”. Susu badan kita berkadar terus dengan tumbesaran anak dan jangan sedih jika susu hanya keluar 1-2 titik pada hari pertama hingga ketiga bersalin kerana memang itulah kolostrum serta kuantiti yang anak anda perlukan

Untuk rakan-rakan yang anak sudah mula makan, teruskan penyusuan anak anda. Jaga jadual pam anda dan jika perlu, lakukan POWER PUMPING.

Untuk rakan-rakan yang anak sudah berusia setahun, susu badan bukanlah lagi sumber pemakanan utama anak anda. Anda sudah boleh perkenalkan pelbagai jenis jus serta makanan kepada anak anda kerana mereka perlukan khasiat daripada pemakanan. Namun begitu, susukanlah anak anda dengan susu badan sehingga usianya 2 tahun.

Untuk diri saya, teruskan perjuangan saya dan semoga saya dapat membantu lebih ramai ibu-ibu di luar sana walaupun medium perhubungan kita secara alam maya.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Friday, 13 April 2012

Langkah berjaga-jaga untuk elakkan cyst & fibroid berulang

Anda mungkin sering mendengar mengenai pesakit kanser yang telah menjalani pembedahan bagi membuang tumor namun ianya berulang semula selepas satu ketika samada bertahun-tahun selepas pembedahan atau segera. Begitu juga dengan keadaan mereka yang menghidapi cyst atau fibroid di mana pertumbuhan semula itu juga berlaku. Walaupun telah dibedah untuk membuang cyst tersebut, kebarangkalian untuk cyst tersebut tumbuh semula masih ada.

Mentor saya, Pn Norita adalah bekas pesakit twisted ovarian cyst semasa mengandungkan anak sulungnya. Alhamdulillah ianya tidak berulang dengan izin Allah serta pengamalan vitamin yang berkenaan. Perkongsian daripada Pn Norita yang diharapkan dapat membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama.

--------------------------------------------------------
Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Masih ingat lagi dengan seorang kawan yang melalui 3 kali operation membuang cyst. Ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

Apa dia radikal bebas?
Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik karena radikal bebas diperlukan antioksidan.

Image googled




Untuk bahasa mudah yang saya fahami, pertumbuhan sel yang tidak normal boleh mengakibatkan ketumbuhan atau lebih teruk dikenali sebaga kanser kerana ianya merebak dengan sangat cepat.
Bagaimana nak kawal radikal bebas ini? 
Ianya boleh dikawal melalui pengambilan antioksidan yang boleh didapati dalam makanan harian kita. Antara makanan yang kaya dengan antioksidan ialah anggur hitam, vitamin C, buah beri, strawberi dan banyak lagi. Namun kandungan antioksidan dalam setiap buah adalah berbeza antara setiap satunya.
Apabila saya ditemukan ALLAH dengan seorang wanita yang melalui pembedahan sebanyak 3 kali untuk membuang cyst, maka saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pengambilan supplement yang tinggi antioksidan. 

Apakah vitamin yang kaya dengan antioksidan? 
Saya gunakan formula ACE iaitu vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Selain itu pengambilan GLA juga sangat membantu.


Credit : Pn Norita
---------------------------------------------------
Bagi anda yang mengalami masalah ovarian cyst atau endometriosis. jemput untuk membaca pengalaman rakan euphoria yang lain dalam entry berikut :


Sesungguhnya segalanya adalah dengan izin daripada-Nya dan tidak salah untuk kita berusaha dengan cara pengambilan vitamin semulajadi.
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

MyCHibiBox Vitamin StoRe Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon