MATLAMAT / TARGET adalah perkara yang mula-mula perlu dilakukan sebelum
kita melangkah lebih jauh. Sejak zaman sekolah lagi, secara tidak sedar hidup
kita telah ditentukan matlamat dengan peperiksaan wajib iaitu UPSR, PMR dan
SPM. Apabila masuk ke Universiti, kita tetapkan untuk tamat pengajian dengan
Ijazah.
Namun apabila kita mula bekerja, adakala kita seperti hilang punca. Pergi
bekerja sekadar memenuhi tanggungjawab tanpa ada matlamat yang jelas dalam
kerjaya. Sebenarnya, diri kita ini agak manja kerana sebelum ini orang lain yang menentukan matlamat hidup kita. Saya
sendiri semasa mula berkerja sebagai jurutera di sebuah syarikat P, rutin
harian adalah untuk memastikan production berjalan lancar dan setiap hari
berhadapan dengan masalah produk serta kualiti.Berkerja tanpa kira masa dan
adakala hujung minggu juga perlu datang ke pejabat. Am I workaholic?? Mungkin
juga..Hehehe..
Sebenarnya selepas bergelar “PEKERJA” ni, saya agak hilang matlamat
sehinggalah selepas berkahwin dan DHIA AMNI lahir.Mulalah saya letakkan target
untuk menyusukan lil Amni sehingga usianya 2 tahun.Usaha saya mulakan daripada
masa mengandung dengan mencari ilmu sebanyak mungkin. Alhamdulillah, ilmu yang
diperolehi samada melalui pembacaan mahupun kelas penyusuan sangat membantu
saya terutama ketika menghadapi masalah susu merudum. Bila ada matlamat ni,
saya dapat rasakan momentum diri yang tinggi untuk memenuhi matlamat itu.
Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee Biz dan juga kumpulan
Euphoria. Matlamat saya yang terbaru adalah untuk menjadi Work At Home Mom
(WAHM).Mesti ada yang cakap, “ Belajar jauh sampai ke Jepun tapi duduk rumah
jadi surirumah”..SILAP TU YEA..Saya masih akan bekerja cuma daripada rumah dan
sedang berusaha ke arah itu. Zaman bujang dan student dulu, saya hairan kenapa
ramai jurutera wanita yang bertukar career untuk menjadi Pensyarah. Bila saya
sendiri dah ada anak, lil Amni baru saya tahu perasaan untuk mempunyai lebih
banyak masa dengan anak. Semoga perjalanan ini akan dipermudahkan oleh Yang
Maha Esa..Sayu je hati bila pagi-pagi hantar Amni ke rumah pengasuh dan Amni
pandang dengan muka “Mama janganlah tinggal Amni”..
Apa yang saya nak sampaikan kali ini adalah, dalam apa jua yang ingin anda
lakukan MATLAMAT mesti ada. Mungkin anda boleh renungkan balik yang ada kala
kita inginkan sesuatu tapi tidak tercapai. Ini kerana badan kita tidak bergerak
seiring dengan impian/ matlamat kita itu.
1. Letakkan TARGET / MATLAMAT anda dengan jelas dan nyata.2. Usaha untuk realisasikannya. Cakap mulut apa pun tak jadi yea..3. Berdoa kepada Yang Maha Memberi. Jaga amalan kita seperti solat, zakat dan sedekah.
Percayalah apabila usaha kita disertakan dengan penggantungan sepenuhya
kepada Allah, kita akan lebih tenang dan tidak mudah melatah. Ingat yea, Kun
Faya Kun..Jika Allah tidak mengizinkan, walaubagaimana sekali kita berusaha
ianya tidak akan berhasil.
** These statements have not
been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com
atau SMS
012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat
lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada
kami !!!




















