Seingat saya,
abah hanya pastikan saya wajib ambil kurma semasa sahur dan juga berbuka. Tiada
istilah pancing duit raya dalam keluarga kami. Namun mungkin kerana trend yang
semakin moden, ramai yang mula menjanjikan hadiah duit raya mengikut jumlah
hari yang si kecil berpuasa. Walaupun niatnya mungkin sudah lari, tidak salah
pada saya kerana kanak-kanak memang sukakan habuan.
Salah satu
inisiatif lain untuk kita menyokong latihan berpuasa si kecil adalah dengan
menyediakan juadah berbuka serta sahur yang menjadi kegemaran mereka. Para ibu juga semestinya sibuk di dapur untuk menepati
janji pada si kecil. Selain itu, apa kata kita bantu proses puasa si kecil
dengan memberikan product yang berkhasiat atau bahasa mudahnya minuman bertenaga
semasa sahur terutamanya.
Saya tersenyum
sambil menulih entry ini kerana teringatkan sepupu saya yang merengek-rengek minta
untuk berbuka puasa daripada mama nya kerana kehausan yang amat. Tambahan pula
bila bulan Ramadhan ini, iklan-iklan makanan banyak pula ditayangkan di kaca
televisyen. Lagilah menggugat keimanan si kecil walaupun iklan yang sama sering
di lihat selain pada bulan puasa. Bila perut sudah berbunyi dan tekak berasa
dahaga, iklan coklat kitkat di TV pun kelihatan sedap sangat.
Para ibu-ibu dan bapa-bapa, jom sokong usaha anak untuk
berpuasa dengan memberikan mereka segelas mealshake dan performance drink
ketika sahur dan berbuka. RASA LAPAR dan DAHAGA sudah semestinya akan tetap
dirasai cuma ianya insya Allah mampu membantu anak-anak kita untuk rileks
sepanjang hari.
Jom baca
pengalaman Puan Mai melatih anak sulungnya untuk berpuasa. Terima kasih untuk perkongsian menarik ini.
“ Salam GBS,
saya nak kongsi pengalaman anak saya yang baru 6 tahun belajar berpuasa. Makan sahur
dan berbuka mcm biasa makan nasi dan lauk yang saya masak.cuma saya beri
makanan tambahan freshmilk+mealshake+kurma (blended) ketika berbuka,
PD+Mealshakes masa sahur. Alhamdulillah dapat puasa penuh dan dia nampak cool
je puasa..tak merengek cakap lapar or dahaga. Sepanjang puasa semalam siap
aktif menyakat adik dan main2x kat halaman rumah..bukannya tidur sepanjang
hari.Syabas anakku! Semoga dapat teruskan puasa penuh tahun ini. InsyaALLAH”
Apa yang anda perlu tahu mengenai Shaklee Mealshake dan Performance Drink??
Apa yang anda perlu tahu mengenai Shaklee Mealshake dan Performance Drink??
Menyediakan nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral
dan zat perlu termasuk asid amino. Nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan
seharian dan diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran,
kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.
Membantu tumbesaran anak dengan mengandungi asid folik,
biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang
dan sel-sel untuk proses tumbesaran. Rasanya yang lazat berperisa vanilla yang
sungguh yummy sesuai diambil bersama dengan fruktos semulajadi. Tidak
mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
Dilengkapi dengan rumusan optiCarb yang sudah dipatenkan. Ujian
klinikal membuktikan ianya dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali
ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.
Selain itu, PD
membantu mencegah penyahhidratan bagi mengurangkan rasa haus serta melembapkan
kulit. Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat bagi menggantikan air
yang hilang sewaktu aktiviti fizikal.
Sangat disarankan untuk mereka yang tinggal di kawasan
tropika dan yang aktif dalam kerja harian.
Sumber : Buku Panduan Nutrisi
Jom dapatkan product ini daripada mychibibox untuk si kecil anda menjalani ibadah puasa. Tentu seronok tengok anak kita berpuasa dengan cergas dan tidaklah melepek di atas sofa menjelang waktu asar.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!





















