Amalan mudah bersalin

By | February 12, 2014
Dalam menghitung hari untuk bersalin, semakin kerap pula adik baby mengeras dalam perut. Sabar yea.
Hari ini saya nak kongsi 2 amalan yang saya amalkan untuk memudahkan proses bersalin. Alhamdulillah, saya mudah bersalin untuk anak pertama. Dengan 2 kali teran, anak perempuan saya selamat lahir ke dunia. Bila diingatkan memang agak lawak sebab saya masih sibuk meneran kerana tidak sedar si kecil sudah selamat lahir.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak.
(1) Minum minyak kelapa dara seawal kandungan 7 bulan. 

Ambil setiap hari. Minyak kelapa dara dikatakan bertindak sebagai pelincir dan bayi anda pun akan bersih sahaja. Alhamdulillah, amni memang tidak ada masalah kerak kepala dan sebagainya.

(2) Amalkan membaca ayat bismillah enam untuk membuat air selusuh

Bacakan ayat bismillah 6 sebanyak 7 kali. Setiap kali habis bacaan hembuskan ke dalam air minuman / air mandian. Maknanya 7 kali bacaan bersamaan 7 kali hembusan. Sebelum mulakan bacaan, bacalah surah yaasin dan  berselawat ke atas nabi.

Boleh diamalkan ketika kandungan mencecah 7 bulan setiap hari khamis malam jumaat. Air boleh dibuat minum mahupun mandian.
In sha Allah dengan izin-Nya, anda tidak mengalami sakit kontraksi yang lama.
Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang bakal bersalin seperti saya juga.

Posted via Blogaway

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge