Cara beri anak cerewet makan sayur

By | February 8, 2014
Ramai ibu yang pening dengan kerenah anak yang memilih makanan. Ada yang hanya mahu makan nasi dengan telur goreng. Ada yang suka makan ayam goreng sahaja. Anak saya, dhia amni juga tidak terkecuali. Walaupun amni makan apa sahaja yang diberikan tapi agak sukar untuk saya pastikan amni makan sayur-sayuran sedangkan semasa memulakan Solid Food untuk amni saya sering sediakan puree sayur-sayuran seperti lobak merah, brokoli dan juga labu. Memang licin dimakannya.
Kebelakangan ini saya mula berfikir cara untuk memberi amni sayur-sayuran. Syukur alhamdulillah amni tiada masalah sembelit kerana dia suka minum air kosong berbanding air manis. Jika sekadar sayur yang dipotong-potong kecil, amni terus luakkan sebaik masuk ke dalam mulut.
Namun dengan kaedah yang ini, amni mula makan sayur terutamanya lobak merah. Ibu perlu menjadi kreatif dalam penyediaan makanan anak.

Apakah kaedah itu??
Saya parut lobak merah menjadi halus dan letakkan di dalam masakan. Mulanya saya tidak perasan tetapi satu hari saya sediakan popia sayur dengan inti lobak merah dan sengkuang. Kedua-duanya di sagat dan amni makan dengan banyak dan gembira.
Kemudian saya cuba letak di dalam telur dadar dan nasi goreng jugas lobak merah yang disagat halus. 
Waaah, berjaya juga. Amni makan dengan berselera.
Anda pun boleh cuba kaedah ini. Adakala saya letakkan di dalam cucur tepung juga termasuk kentang yang dipotong kiub.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Jangan berputus asa. Sepanjang saya perhatikan anak saya, apa sahaja yang saya masak walaupun sekadar ikan goreng dan nasi, amni makan dengan berselera berbanding lauk yang dibeli di kedai. Mungkin air tangan seorang ibu itu memberikan rasa yang berlainan pada masakan di samping dengan rahsia penyedap rasa, kasih sayang seorang ibu.

Posted via Blogaway

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge