Selamatkah menyusukan anak ketika mengandung

By | February 6, 2014
Sebelum ini saya sering memberi konsultasi untuk ibu-ibu mengandung yang masih menyusukan anak mereka. Ramai juga yang mengalami situasi ini dan saya sendiri telah mendapat peluang itu untuk kehamilan kedua ini. Cabaran itu memang sangatlah banyak kerana ianya tidak semudah yang disangkakan.
Dhia Amni sudah hampir berusia 2 tahun 3 bulan ketika saya disahkan mengandung. Pada peringkat awal, memang sangat terasa sakit di kawasan sekitar aerola. Walaupun penyusuan amni tidak sekerap dulu, rasa sakit itu masih terasa. Saya bercadang untuk bercerai susu dengan amni. Nampak gayanya, mama amni yang tidak kuat.
Untuk ibu mengandung yang masih menyusukan anak, perkara pertama adalah untuk mendapatkan nasihat dan konsultasi daripada doktor anda. Kebanyakannya akan menasihatkan untuk menghentikan penyusuan kerana proses penyusuan akan menimbulkan kontraksi kepada rahim anda. Namun begitu, jika tahap kesihatan anda berada pada kondisi “tip top”, tidak menjadi masalah untuk anda meneruskan penyusuan anda.
Jika doktor telah memberikan arahan “Doctor Stop”, sila hentikan penyusuan anda. Sesetengah ibu yang mempunyai masalah kesihatan dan disahkan berada di dalam keadaan fragile, utamakanlah kandungan bayi anda.

Cabaran 1st trimester
Untuk diri saya, saya mempunyai masalah HB rendah di samping alahan yang dialami. Jadinya saya perlu pastikan kesihatan pada tahap optimum supaya badan tidak terlalu lembik seperti sayur. Alhamdulillah, fasa pertama dilalui dengan jayanya dan lebih seronok saya dapat berpuasa penuh. Jujurnya, pengambilan set ibu mengandung Shaklee seawal kandungan 6 minggu banyak membantu diri saya lebih bertenaga.
Jika diimbau kenangan mengandungkan Amni untuk 1st trimester, memang mimpi ngeri sebab menjelang asar sahaja, kaki saya menjadi berat dan akan merasa sesak nafas.
Syukur alhamdulilah untuk kandungan kali ini, walaupun masih ada alahan tetapi saya masih mampu makan. ( Dulu tekak saya hanya boleh menerima nasi kosong dengan telur masin dan ikan kering, sangat TIDAK berkhasiat untuk ibu mengandung)

Supplement yang disarankan
Saya hanya mengamalkan set ibu mengandung shaklee yang asas iaitu Vitalea with iron formula, Bcomplex, Vitamin C dan Ostematrix. Untuk bantu penyusuan dan elakkan masalah kurang air di dalam badan, ESP + Performance Drink adalah pilihan saya. Bancuhan air oren sunquick / ribena + Performance drink yang disejukkan di dalam peti ais, memang super dooper yummie.
Untuk anda yang masih menyusukan bayi anda, in sha Allah shaklee dapat membantu dalam proses kehamilan serta penyusuan anda. 2 in 1 kan..
Jom hubungi saya di 012 738 3040 (Tuty) untuk konsultasi dan set shaklee anda pada harga murah dan tertawan.
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 thoughts on “Selamatkah menyusukan anak ketika mengandung

  1. Pingback: Kebaikan Set Penyusuan Shaklee | Atasi Susu Merudum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge