Set Penjagaan Kulit – Kulit berseri secara alami

By | February 20, 2014
Set Penjagaan Kulit Shaklee – Selama ini saya sering bercerita tentang supplement Shaklee sahaja. Sebenarnya, shaklee juga mempunyai pelbagai rangkaian produk yang lain termasuk set pencuci muka, set shampoo serta set penjagaan rumah.Kali ini saya ingin memperkenalkan set penjagaan kulit shaklee yang menjadi topik hangat perbualan di group whatsApp kami. Saya sendiri rasa seronok dengan set ini sebab bukan jenis yang suka tepek banyak-banyak dan yang pasti memang tidak suka pakai solekan.

Sangat mengujakan perkongsian daripada pengguna tegar set ini. Yang pasti ramai yang serasi dan pelbagai jenis kulit muka juga sesuai memakainya. Paling best, set ini berbaloi dengan RM yang anda keluarkan dan 1 set lengkap tahan untuk kegunaan lebih daripada 6 bulan. 

Sebelum bercerita panjang, mari lihat testimoni daripada pengguna


Set Penjagaan Kulit Shaklee
Gambar ini adalah Pn Mai yang menggunakan set ini selama 3 tahun. Sebelum menggunakan produk Shaklee, beliau adalah pengguna tegar jenama Shi***do dan juga SKtut.
Testimoni Set Penjagaan Kulit Shaklee

“Paling istimewa Set Natural Glow ini gabungan 3 produk paling best yg akk pernah pakai. So tak perlu pening kepala nak pilih yg mana satu. Ini hasil kajian saya selama 3 tahun jadi pengguna tegar NW dan Enfuselle

Apa pula kata pengguna yang lain?

Testimoni Set Penjagaan Kulit Shaklee
Pn Isa – “Dah ramai puji kulit mek making glowing,,NW terbaik & sesuai utk my skin yg sensitif ni”
Pn Yana – “Sesuai utk ai yg mls nk belek muka tp almost seharian dok dlm ekon je..Kulit pun lembab                   x kering

Eh, yang tukang tulis entry ini tidak gunakan ke?? Sudah semestinya saya juga menggunakan set yang sama. Memang sangat mengujakan kesan penggunaan set penjagaan kulit ini. Jujurnya saya memang tidak rajin untuk menjaga kulit wajah tetapi memandangkan usia yang semakin meningkat, selain pengambilan supplement untuk kesihatan dalaman , penjagaan luaran juga sangat penting. Almaklum kulit kita sentiasa terdedah kepada sinaran UV yang menjadi punca penghasilan jeragat.

Saya sering bermasalah untuk mencari produk penjagaan yang sesuai dengan kulit saya. Jenis sensitif , berminyak di sekitar T-zone dan adakala kering jika kekurangan air kosong. Jadi saya bersyukur sesangat dipertemukan dengan set shaklee ini. Semasa di Jepun pun, saya menggunakan khidmat pakar perunding kulit untuk mencuba set yang sesuai. Antara yang saya gunakan adalah jenama Avene yang diperbuat daripada Thermal Spring Water dan kemudian bertukar kepada Menard. Malangnya setelah kembali ke Malaysia, saya tidak jumpa jenama Menard ini.

Set Penjagaan Kulit Shaklee
Klik gambar untuk mendapatkan penerangan lengkap set natural glow skincare
Tiga langkah mudah untuk anda juga mendapatkan kulit yang glowing . Silap-silap orang asyik tegur muka sahaja tau.
Langkah pertama:Cuci muka dengan NUTRIWHITE Gentle Deep Foaming Cleanser
Langkah kedua : Sapu toner NUTRIWHITE Soothing Radiance Whitening Softoner

Langkah ketiga : Sapu krim pelembap Enfuselle Balancing Moisturizer

Kebanyakan orang akan langkah step kedua sebab saya pun begitu juga satu masa dahulu. Puncanya kerana kebanyakan toner di pasaran tidak sesuai dengan kulit saya yang sensitif. Perkongsian daripada Pn Mai menyedarkan saya kepentingan menggunakan toner. Rupa-rupanya selepas mencuci muka, pori-pori di muka kita akan terbuka dan toner diperlukan untuk menutup balik pori-pori yang terbuka tadi. Jadi jika kita terus sapu krim pelembap ataupun terus pakai bedak, kotoran akan terkumpul dalam pori-pori terbuka tadi.

Tengok tu.. Setiap perkara memerlukan ilmu kan?? Kalau tidak, selama ni suka hati I je. Insaf di situ.

Siapa yang boleh mencuba set ini ?

(1) Mereka yang mempunyai masalah tona kulit tidak sekata

(2) Meraka yang mempunyai kulit sensitif
(3) Mereka yang bekerja seharian di dalam bilik berhawa dingin
(4) Mereka yang sering terdedah kepada matahari
(5) Mereka yang bakal menjadi pengantin
(6) Mereka yang tidak suka memakai make up tebal
(7) Mereka yang menggemari natural beauty

Ingin dapatkan SET NATURAL GLOW SKINCARE anda sekarang juga ?? SMS/WhatsApp ke 0127383040 ( Tuty) . 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS/whatsApp 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge