Testimoni : Sakit Gigi, Bengkak Gusi berkurang dengan bawang putih

By | February 7, 2014
Anda pernah alami sakit gigi?
Pada saya, sakit gigi sangat rasa terseksa dan tertekan berbanding sakit demam mahupun selsema. Bila sakit gigi, makan pun tidak lalu dan paling teruk sehingga bukan sahaja gigi yang berdenyut-denyut malah merebak ke kepala. Segalanya tidak kena dibuatnya.
Kebiasaanya bila sakit gigi dahulu, saya akan ambil ponstan/panadol untuk menahan rasa sakit. Tapi ianya tidak berkekalan, hanya hilang sementara sakit dan datang semula.
Sakit gigi ketika mengandung
Saya sendiri termasuk dalam golongan yang sering sakit gigi ketika mengandung. Semasa mengandungkan anak pertama, dhia amni malah kandungan kedua sekarang juga saya alami sakit gigi pada trimester pertama. Memang terguling-guling menahan sakit. Mahu ambil panadol pun bimbang akan kandungan.
Hari ini saya mahu kongsikan testimoni “mak shaklee” saya yang mengalami bengkak gusi ketika mengandung. Alhamdulillah dengan izinnya, sakit gigi beliau beransur hilang dengan mengambil bawang putih.Mesti ada yang dah mula kembang tekak mengenangkan bau bawang putih apatah lagi jika diambil secara mentah.

Bagaimana bawang putih mengubati sakit gigi?
Kebanyakan website luar negara menyarankan pengambilan bawang putih sebagai antibiotik semulajadi untuk masalah sakit gigi. Gigi kita sakit disebabkan penghasilan bakteria yang menyerang gusi. Kandungan alisin di dalam bawang putih memainkan peranan penting untuk membunuh bakteria terbabit.
Namun harus diingat, bawang putih hanya membantu melegakan sakit gig buat sementara waktu. Jika kesakitan berulang, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan lanjutan.

Erk, Shaklee ada supplement untuk bawang putih?
Saya yakin ramai yang tidak sanggup untuk makan bawang putih mentah. Jangan risau, Shaklee mempunyai supplement yang dikenali sebagai Shaklee Garlic Complex yang memberikan khasiat sama seperti bawang putih mentah.
Risau mulut berbau bawang putih? Mari lihat feedback Master Arnie tentang bau tablet SHAKLEE GARLIC COMPLEX.
Garlic complex – bersaiz kecil, harga murah dan berkesan. Harus dibawa sentiasa di dalam beg tangan anda.

Awas !!!
Bawang putih juga berfungsi mencairkan darah. Bagi ibu mengandung, pengambilan Garlic Complex di awal kehamilan dan juga mereka yang mempunyai masalah pendarahan tidak digalakkan.
Hubungi saya di 012 738 3040 ( Tuty) melalui sms/whatsApp untuk mendapatkan garlic complex anda.

Posted via Blogaway

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge