Tips atasi alahan semasa mengandung atau morning sickness

By | February 24, 2014
Anda alami alahan semasa mengandung ?? Atau bahasa omputihnya adalah Morning Sickness. Alahan mengandung adalah perkara biasa dialami oleh seorang ibu yang sedang mengandung. Menurut doktor amni dahulu, seseorang yang mengalami alahan adalah tanda positif yang kandungannya sedang membesar bagai juara.

Pengalaman setiap individu itu berbeza. Malah alahan mengandung yang dialami juga berbeza bagi setiap anak yang dikandung. Untuk yang “lucky” seperti saya, saya mengalami alahan sepanjang hari jadi saya namakannya sebagai All Day Sickness. Suka hati cipta terma sendiri je.

Semasa mengandungkan amni, alahan saya berlarutan sehingga kandungan cecah 5 bulan. Paling sadis, memang tidak lalu makan atau senang cakap, saya FOBIA untuk makan kerana apa yang saya makan akan saya muntahkan semula tidak sampai beberapa minit selepas makan. Akhirnya saya hanya lalu untuk makan nasi putih dengan kuah tanpa rasa seperti sayur lemak, ikan masin dan telur masin sahaja. Memang sangat tidak berkhasiat dan badan juga menjadi lemau. Segala makanan yang berunsurkan rempah ratus atau sambal cili memang saya tidak boleh ambil.

Untuk kandungan kedua ini, saya masih mengalami alahan tetapi boleh dikatakan “kurang teruk” berbanding dengan semasa mengandungkan my lil amni. Berdasarkan pengalaman lalu, saya sudah tahu bagaimana untuk mengawal rasa loya yang dialami.

Antara tips-tips untuk atasi alahan mengandung yang saya amalkan : 

(1) Ketahui makanan yang menjadi trigger kepada rasa loya

Anda perlu tahu makanan / minuman apa yang akan menyebabkan tekak anda menjadi loya dan kembang yang seterusnya membawa kepada aksi muntah.

Untuk saya, saya merupakan penggemar minuman berasaskan soya dan susu. Namun semasa mengandung, saya tidak boleh menerima rasa kedua-dua produk ini. Jadi saya elakkan untuk ambil sebarang minuman berasaskan susu dan soya. Jika saya ambil, 100% saya akan muntah balik segala makanan yang saya telah makan.

(2) Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
Untuk anda yang sering muntah, saya sarankan untuk makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Perut yang kosong dalam tempoh yang lama akan menyebabkan angin berkumpul dan memberikan rasa tidak selesa. Kekerapan makan akan membantu perut sentiasa berisi dengan makanan.

(3) Mencium bau-bauan berunsurkan sitrus
Untuk diri saya, tips ini memang menjadi. Saya sentiasa pastikan ada buah oren di rumah. Bukan untuk makan tapi untuk saya cium baunya. Malah saya sampai bawa ke bilik tidur dan letak di sebelah bantal. Apabila rasa tekak loya, saya akan mencium bau buah oren tersebut dan alhamdulillah memberikan rasa lega.

(4) Mengambil minuman panas / air suam / air limau
Amalkan peminuman air limau yang suam atau air masak kosong untuk melegakan tekak. Elak minum air kosong sejuk ketika perut sedang kosong tanpa makanan
Itu sedikit sebanyak tips yang saya amalkan. Di samping itu, saya juga jalankan beberapa eksperimen menggunakan product Shaklee. Alhamdulillah, set yang akan saya perkenalkan inilah yang banyak membantu saya.

Set ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.
(1) Performance Drink
Saya ambil sepanjang hari untuk pastikan badan tidak hilang air yang keterlaluan. Untuk ibu-ibu mengandung yang all day muntah-muntah, badan kita akan hilang air melalui muntah dan menyebabkan kita jadi sangat lesu.Sangat sedap diminum bancuh dengan air oren sunquick.
(2) Peppermint Ginger Plus 
Memberikan kelegaan kepada perut yang sebu dan rasa loya. Sepanjang pemerhatian saya, saya akan muntah sebaik sahaja bersarapan dan teori saya adalah sepanjang tempoh kita tidur, angin sudah berkumpul di dalam perut dan apabila makan, angin akan menolak keluar balik makanan yang diambil tanpa sempat dihadam. Jadi pengamalan 1-2 biji Peppermint Ginger Plus sebelum makan sangat membantu mengurangkan masalah saya itu.
(3) Chewable Vita-C Plus
Rasa masam-masam manis dan saiz tablet yang kecil membuatkan saya terus menerus mengunyah product ini. Berbanding dengan asam masin yang pada saya sebenarnya kurang berkhasiat, lebih baik saya ambil chewable Vita-C yang juga memberikan rasa masam sebagai ganti asam masin saya. Bila rasa loya sahaja tekak, terus ambil sebiji dan kemam. Sangat superb !!! Oh, masa amni dulu, makan asam pun saya muntah balik tau.
Sedikit sebanyak perkongsian saya untuk tips atasi alahan mengandung. Semoga ianya bermanfaat dan jika anda mahukan produk dalam set morning sickness ini, hubungi saya di 012 738 3040 ( Tuty ). 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge