Sembelit ketika berpantang memang mengerikan

By | March 4, 2014
Sembelit ketika berpantang memang mengerikan – Alhamdulillah, saya sudah selamat melahirkan bayi kedua kami pada 28 Februari yang lalu dan bermulalah episod saya berpantang dengan Set Bersalin Shaklee. Oh, sehingga hari ke 5 berpantang saya sudah melalui pengalaman merbahayanya set bersalin shaklee sehingga amaran ke 3.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang trauma yang dialami semasa berpantang anak pertama saya. Satu-satunya masalah yang saya hadapi ketika itu adalah MASALAH SEMBELIT. Saya TRAUMA kerana tidak berani untuk membuang air besar hampir 2 minggu selepas bersalin. Walaupun dibekalkan dengan ubat laxative daripada hospital dan doktor menyatakan luka saya tidak teruk, saya tidak dapat membuang air besar dengan lancar. Gesaan di perut itu memang ada tapi saya tidak berani untuk meneran kerana risau jahitan akan terbuka. Akhirnya, saya dapat juga membuang selepas mengambil sebekas buah prune. 

Saya memang mengamalkan set bersalin shaklee juga ketika itu tetapi cuma yang asas sahaja tanpa mengetahui sebenarnya ada 1 product Shaklee yang sangat membantu dalam masalah sembelit bagi ibu bersalin.


Berdasarkan pengalaman lalu dan juga testimoni pelanggan-pelanggan mychibibox, saya mencuba sendiri product tersebut. Memang saya akui sepanjang tempoh mengandung, masalah sembelit saya tiada lagi. Cuma apabila masuk fasa berpantang, trauma luka jahitan terbuka apabila meneran membuatkan saya was-was juga pada mulanya. 

Testimoni saya : Sembelit Tiada, Proses pembuangan lancar**

Hari ke 4 berpantang, nurse datang melawat dan memeriksa luka jahitan. Kali ini luka bersalin agak panjang dan hampir ke kawasan dubur. Jadi nurse nasihatkan untuk jangan kuat meneran ketika membuang kerana dikhuatiri jahitan akan terbuka. Pihak hospital juga tidak membekalkan sebarang ubat julap kali ini. Memandangkan sudah hari ke 4 dan saya pun mula merasa gesaan untuk membuang, saya ambil produk ini sebelum tidur semalam. Tepat pukul 6 pagi perut saya mula memulas dan perlu segera ke tandas. Dalam hati risau juga. 

Amazing ! Superb ! Proses pembuangan sangat lancar dan tidak perlu meneran. Syukur sesangat dan perut sangat lega. Tidak perlu risau lagi dengan masalah sembelit semsa berpantang selepas ini dengan izin-Nya. Malah saya tidak berasa sakit di bahagian luka jahitan.

Produk apa yang dimaksudkan oleh saya ?
Tidak lain tidak bukan ialah Shaklee OsteMatrix atau lebih dikenali sebagai shaklee kalsium. Eh, pasti ada tertanya-tanya bagaimana kalsium membantu masalah sembelit ketika berpantang pula. Mari saya jelaskan dengan lebih terperinci.
Shaklee OsteMatrix diformulasi dengan gabungan Kalsium, Magnesium, Vitramin D, Mangan, Copper dan beberapa enzim yang lain. Dalam masalah sembelit ini, Magnesium merupakan mineral yang memainkan peranan penting.
Sembelit ketikaBerpantang

Bagaimana Magnesium membantu dalam masalah Sembelit ketika berpantang ?
Kesan julap oleh magnesium bertindak dalam 2 mekanisma berbeza. Magnesium melegakan otot di dalam usus yang membantu untuk memberikan pergerakan yang lebih lancar.Selain itu, magnesium juga menyerap air. Kandungan air di dalam kolon berfungsi untuk melembutkan najis dan menjadikan najis lebih mudah untuk dibuang. Sumber : IBS
Testimoni pengguna lain :
Testimoni Set Bersalin Shaklee
” Selalu pas bersalin mesti sembelit. Saya mengalami sembelit yg sgt teruk sbb dlm pantang sy amalkan ubat farmasi. Bile berenti mkn ubat terus jd sembelit yg teruk..Smpai menagis2 & ambik masa yang lama dlm toilet..Jadi solution sy,,sy kembali ambik zinc dan ostematrik..Hanya 4 hari saje sy pulih dr sengsara sembelit..ALhamdulillah dgn izin Allah sy x mengalami mimpi ngeri lg”

Jika anda juga seperti saya yang pernah mengalami trauma sembelit semasa berpantang atau lebih teruk sehingga mengalami masalah buasir, pastikan anda dapatkan Shaklee OsteMatrix untuk set bersalin anda. Bukan sahaja membantu masalah sembelit malah badan terasa cergas dan in sha Allah membantu masalah kekejangan kaki serta sakit belakang serta memberikan tidur yang lena.
Selingan untuk anda yang tertanya-tanya, ini adalah Set Bersalin Shaklee yang saya amalkan. Ini adalah pakej lengkapnya. Jika mahu tambahan untuk diet, boleh dapatkan konsultasi penuh daripada saya dengan setiap pembelian daripada mychibibox.
Set Bersalin Shaklee
Dapatkan Set Bersalin Shaklee anda hari ini juga. Mungkin juga hadiah untuk si isteri yang bakal melahirkan zuriat anda.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge