Terima kasih untuk perkongsian ilmu penyusuan

By | March 14, 2014

Semasa mengandungkan puteri saya, Dhia Amni passion saya kepada penyusuan susu badan sangat tinggi. Memang sudah nekad untuk menyusukan amni sepenuhnya dan sejak dalam kandungan memang saya sering menggali ilmu penyusuan. Tidak cukup dengan ilmu yang diperolehi melalui internet, pembacaan di blog dan forum, saya turut menghadirkan diri kelas penyusuan.

Malah seminggu sebelum EDD pun saya sempat hadir ke kelas penyusuan yang dikelolakan oleh Pn Farah Farhan, pemilik mysarakids.

Alhamdulillah dengan ilmu yang penuh di dada, saya berjaya dengan penyusuan dhia amni. Malah sesi menimba ilmu tetap diteruskan dengan mengikuti breastfeeding support group meeting di MomsBasic Saujana Utama.

Dengan segala ilmu yang saya ada, sangat berbesar hati untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan para pembaca dan terutamanya pelanggan Shaklee yang membeli dengan mychibibox.com

Beberapa hari lepas, saya sangat terharu dengan feedback daripada seorang pelanggan setia mychibibox. Kata-kata yang tidak dapat saya gambarkan betapa gembiranya saya kerana dapat membantu Pn Ayu.

“Atas nasihat akak, saya menyusukan Naim sehingga 2 tahun”

Petang tadi pun saya baru menerima whatsApp daripada seorang ibu yang sedang cuti bersalin berkenaan jadual pam serta pengendalian EBM yang perlu dilakukan. Beliau agak risau kerana baru berjaya mengumpul 100oz sedangkan lagi 2 minggu akan naik kerja. Nasihat saya, sentiasa berdoa dan think positive. Susun jadual pam dan amalkan power pumping.

Adakah anda juga masih mencari-cari ilmu tentang penyusuan susu badan? Jemput untuk explore blog mychibibox dan boleh dapatkan produk Shaklee daripada saya juga. Konsultasi percuma dan perkongsian tentang pengalaman saya EKSKLUSIF untuk anda sahaja, pelanggan mychibibox.

Posted via Blogaway

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge