5 Tips Untuk Wanita Yang Bekerja Dari Rumah

By | May 17, 2014

5 Tips Untuk Wanita Yang Bekerja Dari Rumah

Setahun yang lalu, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan kerjaya baru sebagai wanita yang bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah tidak bermaksud seseorang itu boleh goyang kaki. Malah tugasnya lebih berat kerana meliputi segala tanggungjawab sebagai seorang ibu, seorang surirumah dan seorang yang bekerja. Mungkin ada yang menyangka wanita yang bekerja dari rumah ini lebih mudah berbanding mereka yang bekerja di pejabat. Sebenarnya setiap satunya mempunyai kelebihan masing-masing.
Di sini saya ingin kongsikan panduan untuk wanita yang memilih untuk menjadi wanita yang berkerja dari rumah atau nama glamour sebagai Work-At-Home-Mom (WAHM).

5 Tips Untuk Wanita Yang Bekerja Dari Rumah

(1) Sediakan Ruang Kerja Anda
Anda perlu sediakan satu ruang kerja atau SOHO ( Small-Office-Home-Office) di dalam rumah anda supaya kerja anda akan menjadi teratur. Kewujudan SOHO secara tidak langsung akan memberikan anda perasaan yang anda masih perlu bekerja walaupun di dalam rumah anda sendiri.
(2) Jadual Kerja Yang Fleksible
Jika sebelum ini anda perlu hadir di pejabat untuk lebih kurang 8 jam, pastikan anda menyediakan jadual kerja anda juga. Masa kerja adalah fleksible berdasarkan rutin harian anda di rumah. Untuk yang masih mempunyai anak kecil, pasti sukar untuk anda fokus apabila anak anda sedang aktif. Saranan saya adalah untuk menggunakan masa tidur anak anda sebagai waktu kerja anda. 
Saya susun jadual kerja untuk bangun di awal pagi lebih kurang pukul 4-5 pagi dan menyiapkan segala kerja di SOHO sehingga waktu anak saya bangun daripada tidur sekitar pukul 9 pagi. Anda perlu bijak “mencuri” masa.
(3) Disiplin dan komitmen
Bila kita bekerja sendiri, kita adalah BOSS dan kita juga adalah PEKERJA. Penting untuk anda mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dengan jadual yang telah anda tetapkan. Sentiasa fokus supaya anda tidak membuang masa sehingga kerja anda terbengkalai. Duduk di rumah bukanlah tiket untuk anda bersenang-lenang bergoyang kaki.
(4) Kurangkan masa senggang
Bekerja di rumah menyebabkan anda mudah terpikat untuk melihat televisyen atau melayari internet terutamanya mereka yang berniaga secara online. Kurangkan masa senggang anda dan fokus. Untuk peniaga online, tutup FACEBOOK supaya anda dapat menyiapkan kerja dengan cepat.
(5) Sediakan To-Do-List
Setiap hari, anda perlu menyenaraikan tugasan yang perlu anda lakukan termasuk untuk urusan membeli belah barangan dapur. Jika anda perlu memasak untuk keluarga, masukkan di dalam senarai to-do-list anda. Ambil masa dalam setengah jam untuk periksa jadual harian anda dan susun priority untuk to-do-list anda.
Itu adalah 5 panduan untuk wanita yang berkerja dari rumah yang dapat saya kongsikan. Jujurnya, saya juga masih dalam fasa menyesuaikan diri kerana boleh dikatakan “culture shock” apabila bekerja dari rumah. Bezanya saya jadi kurang stress kerana tidak perlu lagi keluar seawal pagi dan balik ke rumah ketika waktu hampir maghrib. 
TIME FREEDOM sudah saya kecapi. Kini, saya dalam proses ke arah FINANCIAL FREEDOM. Doakan impian saya akan tercapai dalam masa terdekat. Saya YAKIN ianya akan tercapai dan terima kasih kepada Shaklee untuk peluang saya menjadi seorang surirumah yang berpendapatan sendiri. Malah ianya lebih besar nilai daripada gaji terakhir saya di sebuah syarikat perdagangan Jepun.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS/whatsApp 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

One thought on “5 Tips Untuk Wanita Yang Bekerja Dari Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge