Bengkel Nutrisi Untuk Pengedar Shaklee 2014

By | May 26, 2014

Bengkel Nutrisi Untuk Pengedar Shaklee 2014

Sabtu lepas, 24 Mei seramai 400 orang pengedar Shaklee daripada seluruh negara telah berkumpul di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur untuk sesi menimba ilmu nutrisi daripada pakar-pakar nutrisi shaklee. Memang bersemangat kerana mereka yang hadir bukan sahaja daripada kawasan Lembah Klang, malah ada yang datang daripada Johor, Kedah, Terengganu dan juga Perlis. Sebenarnya ini adalah kelas kedua yang saya sertai. Pertama kali dulu di Hotel Seri Malaysia, Melaka. Sangat teruja untuk datang bengkel nutrisi ini lagi kerana pada saya sebagai seorang pengedar shaklee, ilmu nutrisi sentiasa perlu diperolehi dan refresh supaya dapat berkongsi dengan para pembaca serta pelanggan mychibibox.com.

Sneak Peak Bengkel Nutrisi

Ilmu Nutrisi Untuk Pengedar Shaklee

Dalam kelas ini, pengedar shaklee semua didedahkan tentang setiap produk serta fakta-fakta produk yang penting untuk memudahkan proses konsultasi kami. Memang sangat seronok kerana pelbagai tips telah dikongsikan. Antaranya tips untuk masalah jerawat, tips untuk masalah kolestrol, tips untuk kenali tanda strok, tips untuk ibu mengandung kawal berat badan, tips untuk kurus dan tidak lupa juga tips untuk tambah susu badan. Kelas selama sehari itu dirasakan tidak cukup kerana ilmu yang diberikan sangat banyak sehingga ramai yang tidak pergi ke tandas sehingga waktu rehat kerana takut terlepas info-info penting.

Kelas kali ini, saya datang bersama-sama dengan baby Shaklee saya, Afiq dan anak shaklee saya, Pn Nai yang merupakan seorang SURIRUMAH SHAKLEE. Pn Nai membawa anak kecilnya dan si kakak berusia 7 tahun juga fokus kepada kelas dan sibuk ingin tahu samada beliau juga boleh ambil produk atau tidak. Ini bermakna, kanak-kanak juga memahami kepentingan untuk mengambil supplement dalam keadaan persekitaran serta pemakanan kita yang semakin tidak sihat. Memang kelakar sebab sebelum waktu rehat, Ms Celine bercerita tentang Ayam yang disuntik hormon untuk mempercepatkan tumbesaran. Bila waktu rehat, anak-anak ini walaupun asal sangat suka makan ayam, mereka tidak mahu lagi. Kanak-kanak memang bijakkan??

Perkongsian Tentang Testimoni Dari Kacamata Seorang Pengedar Shaklee

Alhamdulillah, pada bengkel nutrisi kali ini saya telah diberi peluang untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee selama 3 tahun ini. Sangat teruja dan gementar pada mulanya kerana kali pertama berucap di hadapan hampir 400 orang pengedar Shaklee. Satu penghormatan kerana terpilih untuk berkongsi. Pada mulanya tidak tahu mahu berkongsi kisah yang mana kerana saya menggunakan hampir semua produk shaklee dan memang menggemarinya. Akhirnya, saya putuskan untuk bercerita mengenai pengalaman saya dengan baby shaklee saya. 100% menggunakan produk shaklee sahaja daripada untuk mengandung, semasa mengandung, setelah bersalin dan sekarang penyusuan baby shaklee. In sha Allah, anda boleh hubungi saya untuk kisah-kisah menarik ini kerana paling saya teruja adalah BERJAYA KAWAL BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG DENGAN SHAKLEE.

Ilmu Nutrisi Untuk Pengedar Shaklee

Ilmu Nutrisi Untuk Pengedar Shaklee

Ujian Nutrisi Untuk Pengedar Shaklee

Selepas makan tengahari, Ms Celine ada menyatakan tentang ujian nutrisi sebelum kami diberikan sijil bengkel. Memang saya ingatkan Ms Celine hanya bergurau. Di akhir sesi lebih kurang pukul 4 lebih, kertas ujian disebarkan. Wahhh, memang mencabar minda sebab di sinilah kita akan diuji samada benar-benar faham tentang produk shaklee atau tidak. Tambahan pula di pertengahan kelas saya agak sibuk melayan baby shaklee saya, jadi fokus lari sebentar. Memerah otak untuk mengingatkan balik segala ilmu produk untuk menjawab soalan. Ada 25 soalan semuanya. Mulanya sangat yakin akan dapat FULL MARK 25 markah, tetapi manusia sering leka kan?? Pengajaran kali ini, untuk soalan yang mudah pastikan membaca habis soalan dan segala pilihan jawapan. Saya dapat 23/25 markah kerana salah 2 soalan mudah yang jawapannya adalah semua pilihan di atas. Rugikan?? Seronoknya disebabkan markah tertinggi adalah 23, jadi semua perserta yang mendapat 23 markah mendapat hadiah daripada Shaklee.

Ilmu Nutrisi Untuk Pengedar Shaklee

Sijil Bengkel Nutrisi dan Hadiah

Memang saya super dooper excited bila dapat hadiah produl DTX Complex. Ini adalah produk Shaklee yang saya tidak pernah cuba lagi. Siap dapat 2 botol lagi yang bernilai RM310. Memang untung besar. Sebotol kerana menjadi speaker jemputan untuk testimonial talk dan sebotol lagi untuk hadiah top scorer dalam ujian nutrisi.DTX Complex adalah produk yang penting untuk membantu regenasi sel-sel hati terutamanya untuk mereka yang mempunyai masalah hempedu. Paling penting juga, saya sudah mendapat SIJIL BENGKEL NUTRISI sebagai bukti yang saya merupakan pengedar shaklee yang bertauliah dengan ilmu nutrisi produk.

Oh, antara intipati yang menarik tentang bengkel nutrisi pengedar shaklee ini adalah kami berpeluang untuk mencuba produk shaklee secara PERCUMA. Selalunya di refreshment corner, pihak penganjur akan menyediakan kopi dan teh, Uniknya shaklee, kami dihidangkan dengan 2 produk shaklee iaitu Performance Drink dan juga Shaklee ESP ( Energizing Soy Protein) untuk refreshment.. Memang bertenaga sepanjang harilah. Selain itu, dapat 3 Vitamin Shaklee yang superb iaitu Vitalea ( Multivitamin), Vitamin E ( Antioksidan ) dan Cinch Tea Mix ( Diet ) secara PERCUMA. Serta peluang mencuba masker COLLAGEN POWDER. Memang mudah diserap oleh badan sebaik disapu di tangan. Shaklee terkenal dengan kajian dan penyelidikan yang terbaik untuk setiap produk dan kami ditunjukkan dengan demonstrasi bagaimana Vitalea dan Bcomplex melarut di dalam air dengan cepat kurang daripada 10 minit selepas kita ambilIt is very amazing. Shaklee walk the talk.

Siapa yang berpeluang untuk menyertai bengkel nutrisi ini?

Bengkel nutrisi ini boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja yang bergelar PENGEDAR SHAKLEE. Maknanya, anda perlu menjadi ahli shaklee dahulu untuk layak menyertai BENGKEL EKSKLUSIF ini. Bengkel ini diadakan oleh Shaklee di seluruh negara mengikut jadual yang disediakan. Anda masih belum menjadi AHLI SHAKLEE ? Boleh klik borang di bawah untuk mendaftar sebagai ahli shaklee di bawah jaringan mcb team yang bernaung di bawah GenkiMomma Team, Master Arnie dan Euphoria Team oleh Pengasas Shaklee Online, Master Norita. 

Jadi Pengedar Shaklee

Borang Pengedar Shaklee

Tidak sabar saya untuk berkongsi ilmu nutrisi dengan anda yang menjadi pengedar shaklee di bawah team saya. Mulakan langkah anda pada hari ini.

4 thoughts on “Bengkel Nutrisi Untuk Pengedar Shaklee 2014

  1. Pingback: Bengkel Nutrisi Shaklee 2014 Yang Sangat Fun! | Miracle Vitamins

    1. mychibibox Post author

      Sya pun mesti pernah cuba shaklee juga yea..Tahniah untuk adik ipar sya memilih menjadi keluarga shaklee

      Reply
  2. Pingback: 5 Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee | Kerja Dari Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge