Hadiah Pakej Umrah Shaklee untuk ibu mertua

By | May 12, 2014

Hadiah Pakej Umrah Shaklee untuk ibu mertua

Saya pasti ramai di kalangan kita yang mengimpikan untuk menghadiahkan pakej umrah kepada ibu bapa kita. Namun, kekangan kewangan adakala membataskan niat tersebut. Saya juga menyimpan hasrat untuk menghantar ibu bapa ke Tanah Suci sekali lagi. Sebagai anak, sebak hati bila mereka mengatakan rindu untuk pergi ke sana lagi. Lebih sebak mengenangkan ibu mertua saya yang masih belum berpeluang ke sana lagi.
Selama ini sekadar bermimpi dan melihat rakan-rakan lain menghantar ibu bapa mereka ke Mekah. Alhamdulillah, tahun ini saya dapat menghadiahkan pakej umrah shaklee kepada ibu mertua saya. Pakej ini ditaja sepenuhnya oleh Shaklee malah dapat hadiah luggage bag serta kelengkapan umrah sekali. Bahasa mudahnya, bawa diri dan duit belanja di sana sahaja. Persiapan lain akan diuruskan oleh Shaklee dan semestinya yang terbaik sahaja. Upline saya kongsikan semasa di Mekah, para jemaah akan bermalam di Hotel Hilton di mana pintu utama masuk ke masjid hanya lebih kurang 50 meter daripada pintu hotel. Subhanallah. Shaklee menghargai usaha kami sehingga tahap begitu sekali. 
Target awal untuk dapat 2 tiket supaya incik suami pun dapat pergi sama tapi hanya dapat 1 tiket. Cycle 2014, in sha Allah berusaha gigih untuk mendapatkan lebih tiket antarabangsa.

Hadiah Pakej Umrah Shaklee untuk ibu mertua
Semasa ibu mertua saya telefon mengucapkan terima kasih, sebaknya dalam hati sebab berjaya menggembirakan hati seorang ibu. Teringat saya betapa seronoknya semasa dapat menaja ibu bapa saya datang ke Jepun untuk menghadiri majlis graduasi saya. Walaupun sudah hampir 6 tahun berlalu, ibu bapa saya masih bercerita kepada rakan-rakan dan sanak saudara tentang pengalaman mereka melancong ke Jepun. Kali ini, ibu mertua saya bukan sahaja dapat pergi Umrah malah ziarah ke Istanbul juga.
Untuk anda semua, antara tips untuk murah rezeki adalah dengan berbakti kepada ibu bapa kita. Doa mereka untuk kita sangat penting dan mustajab kerana tiada hijab.
Semoga kita semua akan sentiasa dapat menggembirakan hati ibu bapa kita. Antara kepentingan peribadi dan berbakti kepada ibu bapa, dahulukanlah ibu bapa anda. Pasti besar hikmahnya untuk kesenangan hidup anda. Percayalah. Segalanya akan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.
Seronoknya membuat bisness shaklee kerana bukan sahaja “gaji” dibayar oleh shaklee setiap bulan, malah diberikan peluang untuk melancong ke luar negara atau memilih pakej umrah bagi yang Muslim. Shaklee sangat menghormati pengedar shaklee Muslim. 

Mahukah anda saya tunjukkan cara untuk mencapai impian dengan shaklee?

Saya bersedia membantu anda untuk mencapai impian anda dengan Shaklee.Memberikan yang terbaik untuk ibu bapa dan juga keluarga. Langkah pertama anda adalah dengan mengisi borang keahlian di bawah.
Bersama-sama kita mengejar impian dengan Shaklee. Mulakan hari ini dengan 1 klik sahaja. Anda juga boleh hadiahkan pakej umrah Shaklee untuk ibu bapa anda. Jangan tunggu hari esok untuk mula mengejar impian anda.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

3 thoughts on “Hadiah Pakej Umrah Shaklee untuk ibu mertua

  1. Hasnul Mutawif

    Alhamdulillah. Untung dapat ahli keluarga macam ni.

    Insyaallah masa kelak, anak anak kita yang akan balas semula.

    memang sunnah Allah swt.

    Bukan sebrang pakej umrah yang diberi ni. 6 bintang. Duduk depan hotel hilton

    Warga emas memang sesuai dapat layanan istimewa

    Hasnul Mutawif recently posted…Hukum Umrah Tidak Wajib Pergi ?My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge