[ Motivasi ] Cabaran Keluar Dari Zon Selesa

By | May 16, 2014

[ Motivasi ] Cabaran Keluar Dari Zon Selesa

Setiap daripada kita mempunyai zon selesa masing-masing. Sungguh selesa sehingga kita menjadi TAKUT untuk keluar dari zon selesa itu. Ianya bukanlah satu perkara yang mudah kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku apabila melangkah keluar dari zon selesa. Akhirnya, kebanyakan daripada kita hanya membiarkan diri kita tinggal terus di zon selesa walaupun zon itu tidaklah berapa “selesa” seperti yang diperkatakan.
Saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri. Sejak kecil lagi, saya TIDAK SUKA untuk makan PERIA. Rasanya ramai juga seperti saya yang kurang meminati peria. Saya tidak suka kerana rasanya yang pahit dan saya pasti mengeluh jika mak masak lauk sayur peria. Sudah menjadi kebiasaan saya untuk makan sekurang-kurangnya dengan 2 jenis lauk iaitu lauk utama seperti ikan, daging, ayam dan lauk sampingan iaitu sayur. Bila mak saya masak peria, saya tetap makan dalam paksa rela tetapi hanya cebisan kecil sahaja. 
[ Motivasi ] Cabaran Keluar Dari Zon Selesa
Situasi ini berlarutan sehingga saya meningkat dewasa. Segala makanan atau minuman yang PAHIT, memang saya akan tolak ke tepi. MENCUBA pun saya tidak mahu. 
Semasa saya di Jepun, rancangan televisyen sering memperkatakan tentang khasiat PERIA. Manfaatnya kepada badan kita dan ada satu masakan yang terkenal , “GOYA CHAMPO” yang sering mendapat perhatian. Di kaca TV memang nampak sedap sangat tambahan dengan komen yang diberikan membuatkan saya mahu mencuba. Jadi saya pergi ke supermarket lalu membeli peria putih yang dikatakan kurang pahit berbanding yang hijau. Antara petua untuk mengurangkan rasa pahit peria adalah dengan merendamkan peria yang telah dipotong dalam air garam. Malangnya, fikiran saya yang tertumpu kepada rasa pahit yang bakal saya rasai menyebabkan lauk goya champo itu tidak saya makan langsung.
Ironiknya, semasa saya mengandungkan Dhia Amni, saya menjadi SUKA untuk makan peria. Walaupun masih terasa PAHIT di tekak tapi saya semakin suka dan jika makan di kedai, pasti lauk peria goreng telur menjadi pilihan saya. Fikiran saya lebih tertumpu kepada KHASIAT peria berbanding rasanya. Sekarang, saya sendiri memasak lauk  peria goreng di rumah dan makan dengan sangat berselera.
Apa yang saya cuba sampaikan dengan kisah saya dan peria ini adalah, selama ini saya TIDAK MAHU MAKAN PERIA kerana rasanya yang pahit dan ketika itu saya umpama di zon selesa sendiri. Tidak mahu mencuba langsung. Semasa mula memaksa diri memakan peria, saya sudah mula keluar dari zon selesa saya dan mengubah persepsi saya dari RASA PAHIT peria kepada KHASIAT PERIA. 

Manusia mampu untuk berubah bila dia mahu berubah dan mula mencabar diri.

Saya belajar yang kita boleh lakukan sesuatu perkara di luar jangkaan kita bila HATI kita MAHU. Bukan dengan paksaan orang lain. Jadi untuk anda yang masih berada di zon selesa, cuba renungkan samada zon selesa anda itu benar-benar merupakan zon selesa ataupun sekadar penyedap hati anda.
Bagi mereka yang mula keluar dari zon selesa, TAHNIAH saya ucapkan. Teruskan berjuang kerana anda baru sahaja bermula. Konsisten dan pastinya, anda akan sampai ke puncak kejayaan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge