Panduan Untuk Anak Susah Makan

By | May 26, 2014

Panduan Untuk Anak Susah Makan

“Anak saya susah makan”
“Anak saya ni cerewet bab makan”

“Anak saya ni kurang selera makan”
“Anak saya tak mahu makan nasi”

Saya rasa ini adalah antara luahan rasa para ibu bapa zaman kini mengenai anak mereka. Memang pening kepala memikirkan masalah anak susah makan terutamanya yang cerewet memilih makan sampai ada yang putus asa  untuk memberikan anak mereka makan. Saya kongsikan beberapa panduan untuk membantu anda menangani masalah anak susah makan.

(1) Variasi makanan yang pelbagai
Berikan anak anda dengan pelbagai jenis makanan daripada tradisional sehingga barat. Kenali makanan yang anak anda suka. Jika anak anda menolak sekali, ulang lagi untuk beri makanan tersebut pada minggu hadapan. Warna makanan juga memainkan peranan. Pastikan hidangan anda colourful dan sering bercerita dengan anak tentang sesuatu makanan.

(2) Hidangkan dengan pinggan yang menarik
Warna serta corak pinggan hidangan juga memainkan peranan. Sekiranya anak anda menggemari animasi seperti spongebob atau upin ipin , anda boleh belikan anak anda pinggan yang mempunyai karektar animasi kegemaran mereka, Ini akan menambahkan fokus mereka kepada makanan di atas pinggan itu

(3) Makan bersama-sama anak anda
Penting untuk ibu bapa makan bersama-sama dengan anak yang susah makan. Anda boleh menerangkan kepada anak anda tentang setiap makanan yang dihidangkan dan kebaikan untuk badan mereka. Makan bersama-sama dapat mengeratkan hubungan dengan anak.

(4) Komunikasi dengan anak
Ketika anak anda sedang menonton rancangan kegemaran mereka, anda boleh kaitkan tentang pemakanan sesuatu makanan dengan karektar tersebut, Kanak-kanak mudah mengikut sesuatu yang mereka gemari. Contohnya jika anak anda sedang menonton cerita arnab dan kura-kura, anda boleh ceritakan dengan makan lobak merah mata mereka akan jadi bersinar seperti arnab.

(5) Ubah rupa asal makanan
Anda perlu menjadi kreatif untuk memberi anak anda makan. Anak yang susah makan selalunya akan terus menolak makanan yang mereka tidak gemari. Anda boleh ubah bentuk makanan asal kepada bentuk lain dengan menyagat dan masukkan ke dalam masakan. Saya selalu sagat lobak merah dan campurkan ke dalam lauk telur, cucur atau makanan seperti nasi goreng.

Adakah produk untuk membantu masalah anak susah makan ini?

Saya sering mendapat soalan di atas. Adakah produk Shaklee yang dapat membantu masalah anak susah makan ini. Anda boleh cuba memberi anak anda shaklee mealshake untuk menambah selera makan anak. Antara punca anak susah makan adalah kerana anak kita sering disogokkan dengan makanan segera seperti nugget, sosej dan makanan ringan lain. Sebelum itu, mari lihat testimoni pengguna yang berpuas hati dengan produk Mealshake dalam membantu masalah anak susah makan.

Testimoni 1 : Dahulu mahu minum susu sahaja, sekarang mahu makan nasi dan selera bertambah

Anak Susah Makan

Testimoni Anak Susah Makan

Testimoni 2 :  Ibu bapa mula senang hati kerana anak yang susah makan sudah mula mahu makan

Testimoni Anak Susah Makan

Testimoni Anak Susah Makan Sudah Suka Makan

Bagaimana Mealshake membantu masalah anak susah makan ?

Shaklee Mealshake adalah produk yang diperkaya dengan pelbagai multivitamin dan mineral serta serat dan protein untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan anak kita. Antara punca anak susah makan adalah kerana sel badan kekurangan nutrisi menyebabkan anak kita kurang selera makan. Pengamalan Mealshake dalam harian membantu sel badan mendapat nutrisi yang sepatutnya dan meningkatkan metabolisma sel kepada tahap normal. Jadi anak yang susah makan akan mula berselera kerana badan memberikan signal untuk mendapatkan kalori tambahan supaya seiring dengan kadar metabolisma badan.

Bagi ibu bapa yang mempunyai masalah anak susah makan, gabungan produk Mealshake dan panduan yang saya kongsikan diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah anak susah makan anda. Anak yang masih kecil perlukan pemakanan seimbang supaya tumbesaran badan mereka tidak terbantut. Miliki Shaklee Mealshake yang semakin menjadi pilihan para ibu bapa masa kini. Tahukah anda yang pelakon rita rudaini juga memilih Shaklee Mealshake untuk anak kesayangannya ?

2 thoughts on “Panduan Untuk Anak Susah Makan

    1. mychibibox Post author

      anak sulung saya masa 6 bulan, alhamdulillah bagi apa pun makan..mula dengan bubur nasi, puree sayur..cuma bila dah pandai memilih, mula pilih itu ini..jadi ibu ni kena lebih kreatif..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge