Pindah Dari Blogger Ke WordPress

By | May 21, 2014

Pindah Dari Blogger Ke WordPress

Setelah hampir 3 tahun saya menggunakan platform blogger untuk domain mychibibox.com , akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhijrah kepada platform wordpress yang bakal menjadi medan baru perkongsian saya. Sebenarnya saya sudah mengupah seseorang setahun yang lalu untuk membantu proses perpindahan ke rumah baru tetapi atas masalah teknikal, sehingga sekarang tergantung begitu sahaja. Jadi, untuk azam cycle shaklee 2014/2015 saya belajar untuk melakukannya sendiri. Peringkat awal masih mahu upah orang juga.

Hasil carian di Mr. Google , rakan-rakan biz serta mak pak Shaklee saya, saya sudah nampak konsep yang dikatakan hosting. Selama ini memang sangatlah blurr bila orang sebut pasal hosting. Bagi yang masih blurr macam saya dulu, contohnya begini. Domain merupakan alamat rumah kita, hosting adalah tapak rumah kita dan website adalah rumah kita. Tanpa tiga komponen ini, anda tidak akan dapat melihat website mychibibox.com dengan wajah baru.

Proses pindah rumah ini juga tidaklah susah. Jangan risau yang segala isi blog lama anda akan hilang. Ada satu plugin dipanggil blog importer. Serius, saya pun tergelak bila sudah siap pindah rumah. Punyalah banyak sangat berfikir sebelum ini kan. Masa mahu beli hosting pun ambil masa sebab survey hosting mana yang terbaik dan mampu milik. Ada yang luarnegara dan ada juga dalam negara. Antara hosting luar negara yang popular adalah bluehost, hostgator, ipage, dreamhost dan banyak sangat lagi. Setiap satu menawarkan pakej yang menarik cuma untuk hosting provider berkenaan, anda perlu ambil untuk tempoh 3 tahun bagi mendapatkan harga pakej yang murah.

Untuk rumah baru mychibibox.com , saya telah memilih hosting dengan syarikat GB Network Solution. Local company dan pakej yang disediakan menarik hati saya berbanding NetKL yang mempunyai reputasi baik juga. Servis setakat ini sangat bagus dan setiap pertanyaan saya berkenaan CPanel dijawab dengan cepat. Harga juga berpatutan dan sekarang ada promosi untuk 10% diskaun untuk belian shared hosting.

Untuk domain pula, pada mulanya saya mahu menggunakan domain provider yang asal. Kalau anda mahu guna domain provider asal, hanya perlu ubah sedikit DNS setting di domain management site. Hasil belajar kali ini, saya baru tahu yang domain provider saya adalah eNom.com dan google apps adalah reseller kepada eNom. Memandangkan domain saya akan expired pada awal bulan Jun, jadi saya putuskan untuk pindahkan sekali domain saya kepada syarikat GB Network Solution. Anda hanya perlu dapatkan EPP code / Authorization code daripada domain provider asal dan serahkan kepada new domain provider anda. Mereka akan uruskan.

Hosting

Alhamdulillah, semalam seharian saya uruskan daripada pembelian hosting, domain setup sehinggalah blog wordpress setup. Segalanya berjalan lancar. Theme anda boleh gunakan Mr Google. Untuk mencari yang berkenan di hati, memang mengambil masa. Ambil masa agar anda tidak perlu ubah theme anda banyak kali selepas ini. Sebenarnya jika anda mahu hosting provider anda lakukan proses pindah dari blogger ke wordpress pun boleh sahaja.

Kenapa saya pindah dari blogger ke wordpress ?

  1. Jawapannya adalah untuk menaikkan blog saya supaya lebih MESRA SEO ( SEO Friendly). Bagi yang mahu berpindah rumah ke wordpress dan masih berfikir-fikir, nasihat saya senang sahaja. Beli hosting dahulu kemudian terus buat. Jika tidak beli hosting, kita masih akan bertangguh-tangguh.
  2. Saya jeles dengan rakan-rakan biz lain yang menggunakan wordpress dan mereka sentiasa bercakap tentang plugin yang mudah digunakan.
  3. Untuk bisness, wordpress adalah lebih sesuai berbanding blogger.

Sekarang hati saya sudah lega sebab proses pindah rumah dari blogger ke wordpress sudah hampir selesai. Proses baru pula untuk saya belajar menggunakan interface wordpress untuk perkongsian lebih banyak tentang shaklee dengan anda semua. Stay tune.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge