Servis MyeG Terbaik Dan Mantap Untuk Perbaharui Insurans Kereta Serta Road Tax

By | May 19, 2014

Servis MyeG Terbaik Dan Mantap Untuk Perbaharui Insurans Kereta Serta Road Tax

Saya sudah dengar tentang servis myeg ni sejak tahun 2009 lagi. Ramai rakan-rakan yang syorkan untuk guna. Tapi, untuk saya yang tidak pernah menggunakan tambahan bayaran yang perlu dibuat adalah 4angka menyebabkan saya jadi kurang yakin. Sehingga tahun lepas, saya mengambil jalan mudah dengan membiarkan ejen menguruskan kerana lokasi ejen berkenaan sangat dekat dengan tempat kerja saya.
Tahun ini memandangkan saya sudah bekerja dari rumah, jadi untuk pergi ke pejabat ejen menjadi satu kesukaran.Senang cakap, saya jadi malas untuk keluar rumah dan seboleh-bolehnya semua kerja mahu diuruskan di depan komputer sahaja. Mulalah saya bertanya dengan rakan-rakan biznes tentang insurans yang ditawarkan Etiqa Takaful. Bila semuanya memberikan kredit untuk Etiqa Takaful dan siap dapat duit daripada etiqa, sungguh terpikat rasa hatiku.
Siang tadi, saya sudah berjaya menggunakan MyeG. Mulanya mahu beli insurans di MyeG. Info daripada hasil google, Etiqa akan beri tambahan diskaun 10% untuk NCD. Malangnya saya tidak menerimanya melalui MyEG. Jadi saya google dan jumpa dengan website Motor Takaful yang tertera iklan 10% tambahan diskaun NCD. 10% tu besar juga ya untuk saya lebih daripada RM100. Dengan menggunakan info daripada Surat Peringatan untuk perbaharuai insurans daripada MSIG , saya isi borang pembelian Insurans Etiqa Takaful secara online sahaja. Memang mudah sangat dan sudah tentu saya gembira sebab dapat diskaun tambahan kan?? Satu perkara baru yang saya belajar adalah tentang LOADING CHARGE. Ini dikenakan kerana kereta saya sudah berusia lebih 7 tahun. Bayaran boleh menggunakan maybank2u, kredit kad. Saya gunakan debit card. Segalanya berjalan lancar. Cover Note dari Etiqa dihantar ke email. Paperless.
Bila pembelian insurans selesai, pihak etiqa takaful akan terus hantar info berkenaan kepada JPJ. Seterusnya hanya login ke Myeg , pilih JPJ dan pilih servis perbaharui road tax. Isi segala info dan buat bayaran. Anda hanya perlu tunggu road tax anda sampai di pintu rumah. Sangat jimat masa dan untung kerana saya boleh gunakan 10% extra NCD diskaun untuk membayar caj road tax RM100. Kos penghantaran adalah RM6. Pada saya sangat murah kerana saya tidak perlu bersusah payah naik kereta yang melibatkan kos minyak dan masa untuk urusan kali ini.
Saya buat semua di atas dalam pukul 1230 tengah hari. Tanya dengan kawan-kawan, esok baru saya dapat salinan baru road tax. Tiba-tiba dalam pukul 6 petang, ada bunyi loceng, Bila saya jenguk nampak seorang despatch yang memakai baju logo MyEG. Eh, cepatnya dalam hati saya. Lepas verify identiti dengan IC, terus dapat Road Tax. Memang sangat pantas dan terbaiklah.
 
Servis MyeG Terbaik Dan Mantap Untuk Perbaharui Insurans Kereta Serta Road Tax
Tahun depan kita buat secara online sahaja.

Pengajaran daripada pengalaman menggunakan MyEG

(1) Berani untuk mencuba perkara baru. Jika sekadar mendengar, membaca tetapi tidak dipraktikkan, kita tidak akan belajar perkara baru.
(2) Servis secara online perlulah mantap dan terbaik kerana pengguna adalah testimoni kita. Jadi dalam bisness Shaklee juga sangat penting menjaga servis kepada pelanggan.
(3) Teori sahaja tidak memadai. Praktikal yang menentukan kejayaan teori tersebut.
(4) Pecahkan TEMBOK KETAKUTAN untuk kita maju ke hadapan.
Konsep yang sama juga untuk bisness Shaklee. Bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyungnya manakan mendapat sagunya.
Selamat mencuba khidmat MyEG. Memang puas hati. Sebelum itu perlu daftar akaun myeg dulu yea.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge