Atasi Kolesterol Dengan Mudah

By | June 29, 2014

Atasi Kolesterol Dengan Mudah – Semasa bekerja dahulu, saya suka singgah di satu gerai berhampiran pejabat untuk membeli nasi berlauk untuk sarapan. Pilihan untuk sarapan pun pelbagai dan memang kegemaran ramai rakyat Malaysia. Nasi Lemak, Bihun Goreng, Mee Goreng dan Nasi putih. Antara lauk yang menjadi pilihan saya adalah sambal telur puyuh. Sekali ambil memang dalam 6-7 biji dan bila saya bersarapan di pantry, pasti ada rakan sekerja yang menegur begini.

Eh, banyaknya you ambil telur puyuh. Kolesterol tinggi tau. Sebiji pun dah tinggi, ni you ambil banyak.

Jawapan saya mudah sahaja, “Sekali sekala makan. Bukan setiap hari”. Sedangkan di dalam hati risau juga sebenarnya.

Bila memikirkan lagi corak pemakanan saya dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain, memang kurang sihat. Bila waktu tengahari, pilihan lauk pun banyak yang berminyak. Malah bila saya bertanya dengan kawan Jepun yang datang melawat Malaysia berkenaan apa yang mereka rasa menarik tentang Malaysia. Jawapan paling popular adalah MAKANAN MALAYSIA SANGAT SEDAP. Memang sangat sedap dan di sebalik kesedapan itu juga mengundang banyak penyakit kepada rakyat Malaysia termasuk masalah kolesterol.

Bagaimana Untuk Tahu Paras Kolesterol Anda ?

Ramai sebenarnya yang mengambil mudah tentang kepentingan untuk memeriksa tahap kesihatan kita. Untuk mereka yang memang diwajibkan oleh syarikat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh, anda memang bernasib baik. Tidak sukar untuk mengetahui tahap kesihatan kita. Anda boleh pergi ke mana-mana klinik kesihatan kerajaan berdekatan dan beritahu ingin melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk LIPID PROFILE untuk info kolesterol. Sebelum itu, anda perlu berpuasa di malam hari sehingga 8-10 jam sebelum darah anda diambil. Atau jika anda sibuk, boleh pergi ke klinik swasta di taman anda atau pejabat anda. Tempat lain yang menyediakan perkhidmatan ini adalah seperti pathlab. Di farmasi juga kita boleh periksa kolesterol cuma ianya kurang tepat kerana mesin di farmasi selalunya hanya memberikan JUMLAH KOLESTEROL yang menggabungkan kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL).

Yang anda perlu titikberatkan adalah paras kolesterol LDL anda. Ini yang merupakan SILENT KILLER untuk zaman moden ini.

Cara Atasi Kolesterol Dengan Mudah

Saya mahu kongsikan bagaimana anda boleh atasi masalah kolesterol dan pada masa yang sama masih boleh menikmati makanan malaysia yang sedap belaka itu. Sekali dua mungkin masih boleh menahan nafsu makan tapi kalau sudah sentiasa di depan mata, lama-lama mesti teringin mahu makan. Tambahan pula bila tiba bulan puasa dan musim perayaan, pelbagai jenis juadah mudah didapati terutamanya bila anda ke bazar Ramadhan. Kata kunci untuk penyelesaian masalah kolesterol adalah seperti di bawah.

MENCEGAH lebih baik daripada MERAWAT

Pada Shaklee National Conference 2014, Shaklee telah melancarkan satu produk baru yang memang sesuai dengan gaya hidup masyarakat Malaysia dan bukti Shaklee sayangkan kita. Jika sebelum ini terdapat produk seperti Garlic Complex, Lecithin, OmegaGuard, ESP, Vitamin E yang dapat membantu menurunkan kolesterol dalam darah. Produk terbaru ini bertindak sebagai PENCEGAH KOLESTEROL atau Cholesterol Blocker. Tidak perlu risau lagi untuk makan makanan kegemaran anda kerana jika anda ambil produk ini sebelum makan, ianya bertindak sebagai penghalang untuk kolesterol masuk ke dalam darah melalui usus.

Atasi Kolesterol Dengan Mudah

Pelancaran Phytocol ST dalam Utusan Malaysia

 

PHYTOCOL-ST adalah produk yang diperbuat daripada sterol tumbuhan yang dikenali sebagai Phytosterols merupakan sebatian semulajadi yang terdapat di dalam tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran. Molekul phytosterol yang menyerupai molekul kolesterol membolehkannya bersaing dengan kolesterol untuk menutup pintu masuk kolesterol ke dalam usus dan menghalang hampir 80% kolesterol. Lebih daripada 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam jurnal saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan Phytosterols untuk turunkan kolesterol LDL secara semulajadi.

  • Pengambilan 2000mg Phytosterol sehari dapat menurunkan 10-15% kadar kolesterol LDL telah terbukti secara klinikal. Tahukah anda, penurunan 10% kolesterol LDL menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 20%

Mesti ada yang macam berminat tapi boleh percaya ke? Saya kongsikan testimoni terbaru untuk produk ini oleh Mr Ethan Wang. yang merupakan Sales Director di Shaklee Malaysia.

Atasi Kolesterol Dengan Mudah

Testimoni Kolesterol LDL Turun Dengan Phytocol

Atasi Kolesterol Dengan Mudah

Testimoni Kolesterol LDL Turun

 

Bertindak hari ini untuk melawan pembunuh senyap anda, KOLESTEROL. Sedikit petua mudah untuk rendahkan paras kolesterol darah anda secara semulajadi.

  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
  • Lakukan senaman lebih kerap
  • Turunkan berat badan
  • Disyorkan mengambil phytosterol di dalam diet harian

Jika anda masih kurang yakin dengan testimoni ini, apa kata anda dapatkan sendiri phytocol-ST untuk menyelesaikan masalah kolesterol anda. Hubungi saya di 0127383040 (Tuty) untuk tempahan anda dan kami akan hantar produk dengan segera. Anda pasti suka hati dan lega untuk mengambil makanan kegemaran anda tanpa perlu memikirkan sangat tentang masalah kolesterol lagi.

8 thoughts on “Atasi Kolesterol Dengan Mudah

    1. mychibibox Post author

      memang nak cuba tapi belum pergi check LDL cholesterol.. dah umur camni, risau juga dengan kolesterol

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge