Kolesterol Baik Untuk Kesihatan

By | June 13, 2014

Kolesterol Baik Untuk Kesihatan – Bila sebut “kolesterol”, ramai yang akan mengatakan ianya merbahaya dan menjadi punca untuk pelbagai masalah seperti strok, sakit jantung dan lain-lain. Tahukah anda yang kolesterol penting untuk kesihatan kita juga?

Hampir 60-70% daripada kolesterol dalam badan kita dihasilkan di organ hati atau usus. Saya kongsikan bagaimana kolesterol baik untuk kesihatan manusia.

  • Apabila kulit terdedah kepada sinaran UV daripada matahari, kolesterol di bahagian kulit akan bertukar menjadi Vitamin D
  • Kolesterol membantu dalam metabolisma karbohidrat. Lebih banyak karbohidrat yang dimakan, lebih banyak kolesterol dihasilkan.
  • Kolesterol adalah sumber utama untuk membekalkan hormon steroid di kelenjar adrenal seperti kortison yang terhasil daripada tindak balas kepada stress. Ianya akan meningkatkan tekanan darah dan menyediakan badan untuk melawan stress.
  • Kolesterol adalah komponen untuk setiap membran dan penting untuk penghasilan hormon seks lelaki dan perempuan

Pasti anda terkejut betapa pentingnya kolesterol untuk kesihatan.

Paras Kolesterol Dalam Badan

Untuk mengetahui paras kolesterol di dalam badan, anda boleh melakukan ujian kolesterol di farmasi atau klinik. Kebanyakan farmasi hanya mempunyai mesin yang dapat memberikan jumlah kolesterol di dalam darah kita dan paras normal adalah tidak melebihi 200 mg/dl. Apabila melakukan ujian kolesterol, penting untuk kita mengetahui paras HDL dan LDL. Bagi mendapatkan keputusan yang lebih terperinci, anda perlu melakukan ujian darah dan berpuasa 10-12 jam sebelum ujian. Dua perkara di bawah adalah perkara yang perlu anda titikberatkan.

  1. Nisbah HDL : LDL
  2. Nisbah HDL : Jumlah kolesterol

High-density lipoproteins ( HDL ) dikenali sebagai kolesterol baik untuk mengangkut hampir 20% kolesterol dalam darah dan mengandungi lecithin.Bertindak untuk memecahkan plak dan boleh mengangkut kolesterol dalam darah tanpa menyumbat dinding arteri. Lebih tinggi paras HDL anda, semakin rendah risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.

Low-density lipoproteins (LDL) pula  mengangkut 65% kolestrol dalam darah dan merupakan kolesterol jahat yang membentuk plak di dinding arteri. Semakin tinggi paras LDL anda, semakin tinggi risiko anda mendapat penyakit jantung seperti serangan jantung dan juga strok.

kolesterol baik untuk kesihatan

kolesterol baik untuk kesihatan

Tahukah anda yang proses endapan plak pada dinding arteri (bayangkan paip air) bermula seawal umur 11 tahun. Boleh anda bayangkan bagaimana keadaan dinding arteri anda jika paras kolesterol dalam darah anda tidak dikawal daripada sekarang. Jadi bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila kita mendengar berita kematian melibatkan mereka yang berusia seawal 30-an dan ada yang lebih muda kerana masalah kolesterol bukan lagi berlaku pada usia 40 tahun ke atas pada masa kini.

Tingkatkan Kolesterol Baik HDL, Rendahkan Kolesterol Jahat LDL, Risiko Sakit Jantung Rendah

Apakah yang meningkatkan Kolesterol anda?

Alhamdulillah, saya pasti semakin ramai yang mula sedar tentang kepentingan menjaga kolesterol baik. Ada yang menjaga pemakanan harian dengan menghadkan makanan tertentu seperti daging merah, makanan laut. Ada yang mula mengamalkan supplement untuk mengawal paras kolesterol. Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil berat agar usaha anda itu tidak menjadi sia-sia seperti perkara di bawah :

  1. Merokok
  2. Kafein
  3. Stress
  4. Pil Ubat
  5. Gula Halus
  6. Bahan tambahan makanan
  7. Pencemaran Alam Sekitar

Kolesterol baik untuk kesihatan namun penting untuk kita tahu makanan yang membantu meningkatkan kolesterol baik dan yang mana merendahkan kolesterol jahat. Menolak kolesterol 100% juga tidak bagus untuk kesihatan kita. Kolesterol adalah pembunuh senyap kerana berat badan tidak menentukan anda mempunyai paras kolesterol baik yang tinggi. Saya nasihatkan untuk anda melakukan ujian darah bagi memeriksa paras kolesterol dan jangan terkejut walaupun berat badan anda ideal, anda mungkin mempunyai paras kolesterol tinggi. Puncanya tidak lain tidak bukan adalah MAKANAN MALAYSIA yang memang terkenal dengan kelazatan rasanya.

Mungkin anda rasa kos ujian darah adalah mahal ketika ini. Tetapi apabila anda sakit, sudah terlambat untuk menyatakan kos pencegahan itu sangat rendah berbanding kos memulihkan.

Jom bersama-sama untuk menjaga kolesterol baik kita.

2 thoughts on “Kolesterol Baik Untuk Kesihatan

    1. mychibibox Post author

      setuju sangat.. saya pun dah 2 tahun tak periksa kolesterol ni.. makan memang dah suka hari sangat..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge