Kulit Kusam Jadi Berseri Dengan Produk Penjagaan Muka Terbaik

By | June 23, 2014

Kulit Kusam Jadi Berseri Dengan Produk Penjagaan Muka Terbaik – Dalam suasana persekitaran yang semakin tercemar, penjagaan muka sangat penting samada untuk lelaki mahupun perempuan untuk mendapatkan kulit yang cantik, berseri dan segar. Namun, terdapat banyak produk di pasaran yang pastinya membuatkan anda pening untuk memilih.

Tidak dinafikan, saya sendiri juga sangat sukar untuk memilih produk kecantikan muka kerana mempunyai kombinasi kulit muka yang berminyak di sekitar T-zone dan juga kulit sensitif. Saya pernah gunakan produk yang berharga murah sehingga yang mahal seperti Cl***q** namun masih tidak serasi. Semasa di Jepun, saya menggunakan produk Avene kerana masalah kulit sensitif tetapi malangnya, produk ini agak sukar untuk didapati di Malaysia. Lama juga mencari produk pengganti sehinggalah berjumpa dengan Shaklee. Selama menggunakan produk Shaklee, saya ingatkan hanya vitamin sahaja yang ada. Rupa-rupanya produk penjagaan muka juga ada dalam rangkaian produk Shaklee. Memang menyeluruh sungguh. Mudah dan tidak perlu pening kepala lagi.

Produk Penjagaan Muka Terbaik yang saya syorkan adalah gabungan produk Nutriwhite dan Enfuselle yang sudah menjadi pilihan ramai pengedar Shaklee dan juga pelanggan kami. Di kumpulan kami, memang sudah banyak testimoni yang diterima dan rata-rata memang berpuas hati dengan perubahan kulit muka yang ketara. Almaklum apabila sering berkerja dalam keadaan yang stress dan sentiasa berada di dalam penghawa dingin, kulit yang lembab pun akan mula menjadi kering dan kusam. Saya bermula dengan pencuci muka dan sekarang sudah terjebak dengan set asas penjagaan muka iaitu pencuci muka, softoner dan pelembab.

Saya ingin kongsikan testimoni terkini yang saya terima daripada rakan biz saya, Kak Wani yang sangat teruja dengan kesan yang dialaminya. Dalam masa 2 minggu, kulit muka yang kusam menjadi berseri. Jangan percaya apa saya cakap, tapi sila lihat testimoni di bawah untuk meyakinkan diri anda.

Kulit Kusam Jadi Berseri Dengan Produk Penjagaan Muka Terbaik

Kulit Kusam Jadi Berseri Dengan Produk Penjagaan Muka Terbaik

Mesti excited dengan perubahan kulit wajah kak wani kan? Saya sendiri pun sangat teruja sebab sebelum menggunakan produk penjaga muka nutriwhite, kak wani hanya mengamalkan vitamin Shaklee. Satu perkara yang saya kagum dengan kak wani adalah beliau sangat prihatin dengan bahan-bahan yang terdapat dalam produk penjagaan muka yang beliau gunakan. Perkara pertama yang kak wani puji tentang produk penjagaan muka shaklee adalah BEBAS PARABEN. Saya pun sebelum kenal shaklee, tidak tahu pun tentang paraben.

Paraben adalah komponen kimia daripada para-hydroxybenzoic acid dan digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet. Ianya boleh dijumpai dalam shampoo, pelembap, deodoran, gel pencukur, uv suncreen dan banyak lagi produk penjagaan badan. Paraben dikatakan bahaya kerana apabila digunakan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kanser seperti kanser payudara. Saya berasa beruntung kerana walaupun saya tidak tahu tentang PARABEN sebelum ini, oleh kerana moto shaklee adalah SENTIASA SELAMAT maka produk penjagaan muka Shaklee juga adalah BEBAS PARABEN.

Apa kata kak wani tentang produk penjagaan muka terbaik ini ?

“Akak rasa memang best tuty, Dulu muka kering, sekarang ni lembab dan nampak bersih sikit. Suami akak kata nampak tegang sikit kulit muka akak. Yang paling best krim malam, bangun pagi muka memang rasa licin dan lembut je. Muka pun rasa cam cerah sikit dari dulu”

Kalau sampai suami pun sudah memuji, sudah tentulah si isteri suka kan ? Oh, kak wani ada kongsikan juga yang sekarang mudah untuk menyapu bedak kerana kulit muka lebih sekata. Kak Wani telah berjumpa dengan produk kecantikan muka terbaik untuk wanita berusia 40an. Produk ini kak wani kongsikan bersama-sama dengan anak perempuan yang berusia 15 tahun dan adiknya juga telah beralih kepada produk ini setelah melihat perubahan pada kak wani.

Produk penjagaan muka terbaik, Nutriwhite dihasilkan oleh para saintis Shaklee di Amerika Syarikat dan Jepun. Nutriwhite merupakan produk yang mempunyai formula paten eksklusif yang dikenali sebagai N-16, iaitu diekstrak daripada 16 tumbuhan botanik terpilih daripada seluruh dunia yang berfungsi untuk mencerahkan dan mengembalikan sinar keremajaan kulit. Antaranya adalah bearberry, aloe, soy bean, beech tree, rosemary, kudzu dan 10 tumbuhan botanik lagi. Nutriwhite juga mengandungi Vitamin C aktif yang membantu untuk meningkatkan kecerahan kulit dan seri muka untuk kulit sempurna secara semulajadi.

Masih terasa sangsi dengan produk kecantikan muka terbaik ini ? Anda boleh baca lebih banyak testimoni di bawah ini :

[Testimoni] Yakin Untuk Selfie Dengan Set Pencuci Muka Nutriwhite

Hubungi 0127383040 (Tuty) untuk produk kecantikan muka terbaik anda dengan segera. Kembalikan kulit menjadi muda remaja dengan produk kecantikan muka terbaik. Sesuai juga untuk bakal pengantin jadikan set produk untuk hantaran perkahwinan.

17 thoughts on “Kulit Kusam Jadi Berseri Dengan Produk Penjagaan Muka Terbaik

    1. mychibibox Post author

      meh cikgu guna produk ni, pencuci muka ni yang saya cakap orang lelaki pun berebut nak pakai sama..

      Reply
  1. Pingback: Panduan set kulit cantik shaklee | Pencuci Muka Terbaik

  2. rara lodin

    sy pengguna Avene..memang ok sgt..sebelum ni sy pkai produk collegen .kulit mengelupas dan kasar..tapi cleanser avene dalam 2 hari dah kurang kan kulit yang mengelupas..produk avene bole didapati di watson

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge