Petua Susu Badan Banyak

By | June 20, 2014

Petua Susu Badan Banyak – Ramai ibu yang mencari cara terbaik untuk menambah dan membanyakkan susu badan. Ada yang mula risau apabila susu badan mula kurang daripada biasa tatkala ibu mula bekerja. Jujurnya, saya sangat seronok kerana kesedaran tentang penyusuan susu badan semakin meningkat di kalangan ibu muda dewasa ini. Mereka mula menggali ilmu penyusuan sejak mengandung lagi. Berbanding 3 tahun dahulu, semakin banyak blog yang berkongsi tentang ilmu penyusuan dan memudahkan ibu muda untuk belajar.

Saya sendiri sedang dalam proses menyusukan anak kedua saya, Ahmad Dayyin Afiq. Sebelum ini, saya sering mendengar kata-kata yang bayi lelaki lebih kuat menyusu berbanding bayi perempuan. Ternyata ianya benar sekali. Setiap anak mempunyai pola penyusuan berbeza. Ketika dalam tempoh berpantang, Afiq menyusu dalam jangka masa yang lama dalam setiap sesi penyusuan berbanding dengan kakaknya, Amni yang menyusu setiap sejam tetapi sekejap sahaja. Dengan pengalaman menyusukan Amni selama 2 tahun, saya jadi lebih matang dan yakin dengan isyarat badan mengenai kondisi susu badan saya.

Petua Susu Badan Banyak

(1)  Konsep Asas : Pengeluaran berkadar terus dengan keperluan

Petua pertama untuk susu badan banyak adalah dengan menjaga pengeluaran untuk memenuhi keperluan. Ibu perlu sentiasa menyusukan bayi atau mengepam secara kerap untuk menghasilkan susu badan yang banyak. Semakin kerap bayi disusukan, semakin banyak susu badan yang dihasilkan oleh badan. Bagi ibu yang bekerja, anda perlu menjaga jadual pam susu badan untuk mengekalkan permintaan sepanjang tempoh ibu berpisah dengan bayi. Ramai yang culas dengan jadual pam semasa berkerja kerana sibuk dengan kerja sehingga menjejaskan ritma pengeluaran susu badan.

(2) Sentiasa ceria dan gembira

Emosi ibu banyak mempengaruhi penghasilan susu badan. Berdasarkan pengalaman saya, apabila saya mula mengalami tekanan atau stress di tempat kerja, saya boleh lihat jumlah susu yang dipam juga akan berkurang. Ini berkait rapat dengan kadar hormon oksitosin ( hormon gembira). Untuk membantu susu badan banyak, ibu perlu memastikan hormon oksitosin berkadar terus dengan hormon prolaktin ( hormon untuk menghasilkan susu badan). Ibu perlu sentiasa tenang dan ceria ketika mengepam susu dengan cara berzikir atau melihat gambar / video bayi anda.

(3) Lakukan Power Pumping

Bagi ibu yang mempunyai masalah untuk konsisten pam minima 3 kali dalam waktu pejabat, anda perlu melakukan sesi power pumping selepas pulang ke rumah untuk memastikan badan tetap menerima signal permintaan yang sama. Waktu yang paling digalakkan untuk melakukan power pumping adalah di antara pukul 12 tengah malam sehingga subuh. Adakala anda akan pam angin sahaja tetapi jangan kecewa kerana tujuan utama melakukan power pumping adalah untuk meningkatkan signal pengeluaran susu badan kepada otak kita. KLIK di sini untuk keterangan lanjut tentang power pumping.

(4) Pengambilan air kosong yang banyak

Air adalah antara komponen penting dalam penghasilan susu badan. Untuk memastikan susu badan banyak, badan memerlukan air kosong minima 3 liter sehari. Apabila susu badan telah dipam, air kosong yang diambil akan menggantikan susu badan yang telah dipam.

(5) Badan sentiasa cergas

Keadaan ibu yang lemah dan penat akan mempengaruhi penghasilan susu badan yang banyak. Samada ibu yang bekerja mahupun surirumah, mereka perlu pastikan badan sentiasa “FIT” untuk menyusukan anak dan menjalankan aktiviti harian.

Bagaimana dengan makanan tambahan susu, milk booster, pil tambah susu ? Adakah ianya membantu susu badan menjadi banyak ? Adakah ianya berkesan ?

Para ibu perlu faham yang konsep asas penyusuan, supply vs demand adalah konsep mutlak untuk susu badan banyak. Penggalak susu yang bagus adalah yang dapat memberikan nutrisi kepada ibu secara menyeluruh. Bukan sahaja membantu untuk pengaktifan hormon susu badan, malah membantu badan ibu untuk cergas serta fit. Seperti petua susu badan banyak yang saya kongsikan di atas, kesihatan ibu itu sendiri memainkan peranan penting dalam penyusuan susu badan.

Ibu yang cergas, ceria dan tenang ==> Meningkatkan kadar hormon oksitosin ==> Meningkatkan kadar hormon prolaktin ==> Susu Badan Banyak

Jadi ibu bukan sahaja memerlukan pemakanan yang seimbang, malah nutrisi yang membekalkan vitamin serta mineral yang penting untuk tubuh dan juga emosinya. Di bawah ini adalah set penyusuan premium yang dapat membantu memenuhi konsep di atas.

Petua Susu Badan Banyak

Petua Susu Badan Banyak

 

Semoga petua susu badan banyak yang dikongsikan akan dapat ibu-ibu amalkan. Jika susu badan merudum teruk, anda perlu kaji semula petua no 1 sehingga no 5. In sha Allah, pasti anda akan jumpa jawapannya.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS | whatsApp 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

8 thoughts on “Petua Susu Badan Banyak

    1. mychibibox Post author

      cik denaihati, bukan suka-suka buat stok tapi itulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya..Untuk pastikan anak tetap dapat minum susu badan walaupun ketika ibu bekerja

      Reply
    1. mychibibox Post author

      petua ni boleh digunapakai untuk semua ibu yang menyusukan anak..ibu tengah pantang tu lagilah perlu tahu

      Reply
    1. mychibibox Post author

      alhamdulillah…tahniah untuk tuan dan isteri kerana berjaya dalam usaha menyusukan anak..memang beza banyak anak susu badan dengan susu fm terutama tahap kecerdasan dan antibodi badan

      Reply
  1. Nurul Fazeen Othman

    Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan usaha, saya masih lagi menyusukan anak dan pam semasa di pejabat. Teknik powerpumping sgt membantu. Syukur sgt2

    Reply
    1. mychibibox Post author

      yes betul..PP memang sangat membantu..kalau susu drop, wajib buat PP tu.. tahniah untuk fazeen masih berjaya meneruskan usaha menyusukan anak

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge