Tips Berjaga Malam Untuk Piala Dunia FIFA 2014

By | June 14, 2014

Tips Berjaga Malam Untuk Piala Dunia FIFA 2014 – Tahun ini, Brazil menjadi tuan rumah untuk piala dunia. Beza masa antara Malaysia dengan Brazil adalah 11 jam menjadikan waktu siaran perlawanan bagi peminat piala dunia fifa 2014 di malaysia adalah di antara pukul 12.00 am sehingga 6.00 am. Bagi peminat tegar, sudah tentu masa perlawanan tidak menjadi penghalang untuk berjaga malam.

Piala Dunia FIFA sememangnya dinanti-nantikan setiap 4 tahun sekali. Masih segar kenangan Piala Dunia 2002 kerana saya berada di Jepun ketika itu Cuma saya agak terkilan kerana walaupun Piala Dunia sedang berlangsung di negara Jepun, suasananya tidaklah semeriah mana. Bandar saya tinggal, wakayama juga menjadi tempat latihan untuk pasukan yang bertanding. Saya sampai ponteng 1 kelas kerana ingin menonton perlawanan England dan rakan-rakan Jepun saya pelik melihat keterujaan saya itu. Yang saya lihat, rakyat asing yang datang ke Jepun lebih excited daripada rakyat negara Jepun sendiri.

Berbalik kepada topik di atas, saya yakin ramai peminat tegar yang mahu menonton perlawanan piala dunia FIFA 2014 secara langsung. Baru perasaan itu lebih teruja kan?? Harus diingat, jangan sampai menjejaskan prestasi kerja pula yea. Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB KJ pun sudah mengingatkan kita. Kalau memang anda sudah terkenal sebagai kaki bola di pejabat, alasan cuti sakit memang sukar untuk dipercayai. Prestasi kerja wajib tiptop walaupun tengah demam piala dunia FIFA 2014,

Tips Berjaga Malam Untuk Piala Dunia FIFA 2014

Tips Berjaga Malam Untuk Piala Dunia FIFA 2014

Sebelum saya kongsikan tips untuk anda berjaga malam dan tetap segar ke pejabat selepas menonton Piala Dunia FIFA 2014, ada satu widget menarik untuk anda KAKI BOLA bagi mendapatkan keputusan Piala Dunia di blog anda sendiri secara LIVE. Untuk mereka yang mahu install, boleh pergi website hasrulhassan.com . Football results provided by WHATISSCORE . Menarikkan?? Jadi anda tidak perlu buang masa untuk google keputusan penuh piala dunia fifa 2014 lagi.Hanya perlu pergi ke laman web anda sendiri.

Tips Berjaga Malam Untuk Piala Dunia FIFA 2014

Tips Berjaga Malam Untuk Piala Dunia FIFA 2014

Tips Berjaga Malam Untuk Piala Dunia FIFA 2014

Panjang sungguh mukadimah untuk sampai ke topik utama. Saya sering juga berjaga malam untuk menyiapkan kerja-kerja kerana bila menjadi seorang surirumah bekerjaya, masa pada siang hari agak terhad dengan urusan anak-anak dan rumahtangga. Jadi saya rasa panduan ini sangat membantu bagi mereka yang masih bekerja dan dalam masa yang sama mahu berjaga menonton piala dunia.

(1) Elakkan untuk minum kopi – Kebanyakan daripada mereka yang perlu berjaga pasti mengamalkan kopi kerana kita merasakan kopi dapat memberikan tenaga untuk badan berjaga. Selalunya kita merasakan kesan peminuman kopi 15-30 minit selepas pengambilan dan badan berasa cergas dalam tempoh 3-4 jam. Bahayanya adalah selepas 4 jam anda akan mula rasa mengantuk dan menyebabkan anda jadi liat untuk pergi ke pejabat. Mata anda segar untuk menonton bola tapi anda mungkin mula mencari alasan untuk ponteng kerja.

(2) Rancang waktu tidur anda – Anda perlu tidur awal sekitar pukul 10 malam supaya badan menjadi segar bagi anda berjaga malam. Jika anda tidak mengambil tidur dan terus berjaga, akan membahayakan diri kerana badan tidak dapat rehat yang cukup. Selain itu, pastikan anda mengambil quick nap pada waktu tengahari dalam 30 minit. Percayalah anda akan terasa cergas selepas quick nap itu.

(3) Senaman ringkas selepas bangun tidur – bergerak setempat atau melakukan senaman ringkas untuk membantu peraliran darah. Senaman akan meningkatkan kuasa minda. Dr Sharon Keenan daripada University Stanford menyatakan, ” Apabila kita menggerakkan badan,otot akan bertindak balas secara automatik dan menghantar isyarat kepada pusat mekanisma otak untuk memperbaiki tahap kesedaran”

(4) Ambil minuman alternatif selain kopi – Saya mengambil Shaklee Cinch Tea Mix untuk memberikan tenaga apabila perlu berjaga malam. Cinch Tea Mix adalah gabunga teh hijau, Robooise Red Tea dan White Tea. Bukan sahaja mengurangkan rasa letih dan lesu, malah meningkatkan metabolisma badan kita.Boleh minum sejuk ataupun panas.

Saya kongsikan beberapa testimoni untuk mereka yang telah mencuba shaklee cinch tea mix

testimoni tips berjaga malam untuk piala dunia fifa 2014

Testimoni Cinch Tea Mix untuk berjaga malam melihat piala dunia

testimoni tips berjaga malam untuk piala dunia fifa 2014

Testimoni Cinch tea mix untuk kesegaran badan

Sumber Testimoni : mynutrisi.com

Untuk anda yang memang sudah berhajat untuk berjaga malam bagi menonton Piala Dunia FIFA 2014 tahun ini, diharapkan panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu. Bagi mendapatkan Shaklee Cinch Tea Mix, anda boleh hubungi saya di 012 738 3040 ( Tuty) . Jom tonton piala dunia fifa 2014 dengan senang hati.

6 thoughts on “Tips Berjaga Malam Untuk Piala Dunia FIFA 2014

    1. mychibibox Post author

      masa kerja dulu memang selalu tengok abang-abang yang kaki bola ni mata panda..kena jaga tidur supaya tidaklah tidur masa kerja..paling bahaya kalau tidur masa drive

      Reply
    1. mychibibox Post author

      tips ni bukan kaki bola je boleh gunakan..kalau suka berjaga malam untuk buat kerja, boleh amalkan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge