Atasi Masalah Susu Merudum Ketika Puasa

By | July 5, 2014

Atasi Masalah Susu Merudum Ketika Puasa – Tahun ini sekali lagi saya berpeluang untuk menyusukan anak kecil saya, Afiq usia 4 bulan dalam keadaan berpuasa. Berdasarkan pengalaman lalu, berpuasa sebagai seorang  IBU MENYUSU adalah lebih MENCABAR berbanding berpuasa sebagai ibu hamil. Apatah lagi jika anda hamil dan menyusukan anak anda. Semasa tahun 2011 juga saya mengharungi bulan puasa sebagai ibu menyusu kepada Amni usia 4 bulan dan ada beberapa pengajaran yang telah saya perolehi. Jadi, untuk tahun 2014 ini saya lebih bersedia untuk atasi masalah susu merudum ketika puasa.

Saya kongsikan petua untuk elak susu merudum ketika puasa supaya anda semua akan lebih cekal dan tidak melakukan kesilapan seperti saya pada tahun 2011. Kesilapan saya telah menyebabkan susu badan merudum dengan teruk SELEPAS BULAN PUASA dan memang perlu bekerja keras balik selepas itu. Alhamdulillah, saya berjaya lepasi masalah itu dan menyambung penyusuan Amni sehingga usianya mencecah 2 tahun lebih.

Panduan Atasi Masalah Susu Merudum Ketika Puasa

(1) Kekalkan Momentum Jadual Pam Dalam Sehari

Untuk memenuhi konsep asas penyusuan, supply vs demand , anda WAJIB kekalkan momentum jadual pam anda dalam sehari. Jika sebelum bulan puasa, anda pam sebanyak 3 kali sehari semasa waktu bekerja, maka semasa bulan puasa juga anda perlu kekalkan kuantiti pam yang sama. Ini bagi membolehkan badan anda tetap berada pada ritma penyusuan yang sama kerana jika anda TIDAK PAM atau mengurangkan kekerapan anda pam pada bulan puasa, badan akan mula menyangka yang permintaan susu badan semakin menurun. Ini membawa kepada akibat akhir iaitu susu badan merudum kerana penghasilan susu badan juga berkurang seiring dengan pengurangan sesi pam anda.

(2) Minum air kosong 2 ~ 3 liter pada waktu malam

Anda tetap perlu mengambil air kosong sebanyak 2~3 liter sehari pada sebelah malam bermula selepas waktu berbuka sehingga waktu sahur. Elakkan mengambil air manis yang banyak. Anda boleh sediakan botol yang anda ketahui sukatannya bagi memudahkan anda untuk mengetahui jumlah air kosong yang telah diminum. Elak untuk minum air kosong yang banyak dalam satu masa. Minum secara berdikit-dikit sepanjang malam. Saranan saya untuk meletakkan 1 botol air kosong di tepi katil anda supaya anda boleh minum selepas menyusukan anak apabila terjaga malam

(3) Makan SAHUR

Jika sebelum ini anda mengambil mudah tentang sahur, anda WAJIB mengambil sahur sebagai seorang ibu menyusu. Sahur sangat penting untuk memberikan badan kita tenaga. Cadangan saya adalah untuk anda makan nasi dan gabungkan bersama-sama dengan minuman protein. Tidak lupa juga untuk mengambil kurma minima 3 biji. Sahur yang lengkap dengan karbohidrat kompleks (nasi), sumber protein dan serat (kurma) membantu badan kita untuk berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama berbanding sekadar minum air kosong sahaja. Jangan minum air kosong yang banyak ketika waktu sahur kerana ianya akan menyebabkan anda cepat dehidrasi akibat kerap membuang air kecil di siang hari.

(4) Lakukan Sesi Power Pumping

Berbalik kepada tips no 1 di atas, jika anda mengalami kesukaran untuk kekalkan momentum jadual pam ketika puasa, anda WAJIB untuk lakukan sesi POWER PUMPING pada waktu malam di rumah. Power Pumping adalah cara paling efektif untuk stimulasi payudara dengan cepat. Mungkin anda rasa renyah tapi percayalah, anda tidak akan menyesal melakukan Power Pumping. Malah jika anda mahu susu badan mencurah-curah juga, inilah teknik paling cepat, pantas dan berkesan.

(5) Berdoa kepada Allah

Susu badan kita adalah rezeki daripada Allah untuk anak kita. Jadi, kita perlu berdoa untuk diberikan rezeki susu badan yang banyak untuk anak. Bulan Puasa adalah antara bulan yang doa mustajab.

(6) Amalkan membaca Ayat Al-Quran dan Zikir

Bagi yang muslim, terdapat beberapa surah amalan yang boleh diamalkan. Antaranya adalah membaca Surah Hujurat, Surah Al-baqarah Ayat 60, Surah Al-Kauthar. Zikir yang disarankan adalah Ya Matin dan dibaca ketika sesi pam atau menyusukan anak. Pengalaman saya dengan surah al-kauthar adalah ketika baru bersalinkan anak saya, amni susu badan tiada pada hari pertama. Malam harinya, saya letakkan kedua-dua tangan di payudara dan membaca surah al-kauthar serta berdoa untuk dikurniakan susu badan sebagai rezeki untuk Amni. Subhanallah, esok paginya susu badan saya sudah keluar.

(7) Amalkan vitamin untuk kecergasan badan

Mungkin ada yang rasa tidak perlu tapi jujurnya, saya memang mengambil vitamin untuk membantu penyusuan semasa bulan puasa. Badan selalunya akan cepat letih dan tambahan dengan cuaca panas dek fenomena el-nino, badan kehilangan air dengan lebih cepat. Tekak pun menjadi lebih cepat haus. Hakikatnya, badan yang hilang air atau dehidrasi akan lebih cepat penat dan letih berbanding badan yang berasa lapar.

Atasi Masalah Susu Merudum Ketika Puasa

Set Puasa Ibu Menyusu yang minima

Alhamdulillah, sepanjang 6 hari berpuasa saya sangat suka dengan set ini. Ada vitamin lain juga yang saya ambil seperti Vitalea untuk memberikan nutrisi lengkap kepada badan saya. Satu perkara yang menarik pada saya adalah, saya dapat kawal selera makan ketika berbuka. Siang harinya Afiq menyusu seperti biasa dan saya boleh dengar bunyi tegukan air susu sehingga Afiq lepaskan sendiri puting susu. Breast memang terasa penuh sentiasa dan kadangkala baju basah sebelah.Saya sekarang adalah WAHM jadinya pukul 3 petang sudah masuk ke dapur untuk memasak. Memang ketuk-ketuk kuali sampai berbuka sampai melayan amni dan afiq jadi terasa seperti ENERGETIC SUPERMOM.

Kenapa saya suka sangat sebab PERUT KENYANG LAMA, TEKAK KURANG DAHAGA, BADAN CERGAS dan paling penting, SUSU BADAN MERIAH.

Untuk ibu menyusu semua, jangan risau untuk berpuasa kerana pengalaman saya sendiri, susu badan tetap ada. Bezanya samada kita menjaga semua perkara yang saya kongsikan di atas. Semoga panduan dan tips untuk atasi masalah susu merudum ketika puasa ini akan membantu menjayakan misi anda untuk berpuasa di bulan ramadhan sambil menyusukan anak kesayangan.

Cara Order Shaklee

Klik Untuk Order Set Puasa Ibu Menyusu

 

Sebelum terlupa, anda layak untuk mendapatkan jadual pemakanan yang berkesan ketika puasa untuk setiap pembelian set puasa ibu menyusu daripada pihak mychibibox.com serta RESEPI BF MOM SHAKE yang saya amalkan.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS /whatsApp/ call 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupaLIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

4 thoughts on “Atasi Masalah Susu Merudum Ketika Puasa

    1. mychibibox Post author

      setuju sangat-sangat..Ibu sebenarnya yang memainkan peranan penting dalam penyusuan susu badan ni..banyak kena jaga, kesihatan diri, kesihatan emosi,

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge