Ramadhan 2014 : Seronoknya menjadi Surirumah

By | July 11, 2014

Ramadhan 2014 : Seronoknya menjadi Surirumah – Sejak kecil, jika ditanya apa cita-cita saya apabila dewasa, antara jawapan yang saya berikan adalah menjadi seorang doktor, jurutera, cikgu dan pernah juga bercita-cita untuk menjadi peguam. Kenapa ? Ini adalah kerana masyarakat di sekeliling saya memang begitu lumrahnya. Sedari kecil saya dibesarkan dengan minda untuk makan gaji. Menjadi SURIRUMAH itu memang jauh sekali daripada jangkauan akal fikiran. Mentaliti saya dahulu adalah kenapa saya yang telah belajar di peringkat tinggi dengan penat lelah perlu menjadi seorang surirumah.

Kini, saya bangga menjadi seorang surirumah. Eh, bukan surirumah tangan kosong. Saya secara rasmi mengisytiharkan diri saya sebagai Work-At-Home-Mom. Rumah adalah pejabat saya sambil menjaga anak-anak. Mencabar serta menyeronokkan. Jadi, saya masih mempunyai pendapatan sendiri walaupun bergelar surirumah sepenuh masa SHAKLEE.

Seronoknya menjadi WAHM terutama pada bulan Ramadhan tahun ini. Genap 4 tahun mendirikan rumahtangga,ramadhan 2014 adalah yang paling seronok setakat ini.  Sejak berkahwin, boleh dikatakan setiap hari lauk berbuka dan sahur saya adalah hasil belian di Pasar Ramadhan. Memang tidak sempat untuk memasak pada hari bekerja kerana rutin harian kerja saya menyebabkan saya sampai ke rumah sekitar pukul 7 malam. Jadi, setiap hari suami akan beli juadah di Pasar Ramadhan sehingga kami tidak tahu apa yang mahu dibeli lagi. Memang bosan kerana hampir setiap hari menu yang sama sahaja. Tambahan dengan nilai wang yang semakin kecil, RM50 itu bagai air paip yang lalu sahaja. Sekelip mata sudah habis.

Berbeza untuk ramadhan 2014, setiap hari saya seronok untuk menyediakan juadah berbuka. Sentiasa memikirkan menu baru, Jika ada terlintas di fikiran, saya akan bertanya kepada Mr Google untuk resepinya. Sekarang ini sungguh mudah kerana di sana sini akan terdapat resepi masakan samada melalui blog mahupun facebook. Seboleh-bolehnya saya akan memasak sendiri dan memastikan lauk dalam keadaan panas ketika dihidangkan.Alhamdulillah, setakat ini hanya sekali sahaja saya membeli juadah berbuka di pasar ramadhan kerana menghadiri seminar Shaklee pada minggu lepas. Suami masih ke pasar ramadhan tapi untuk membeli air buah yang memang saya suka. 100% pure fruit juice yea.

Ikan Bakar Kuah Percik Kelantan

Ikan Bakar Kuah Percik Kelantan

Masakan melayu tidaklah sukar untuk dimasak. Sebenarnya apabila kita masak sendiri, kita boleh jimat banyak perkara. Jimat belanja dan dapat elakkan pembaziran. Adakala apabila sering ke pasar ramadhan, nafsu menguasai diri berbanding akal. Semua yang kita lihat, semua nampak sedap. Esok harinya tong sampah jadi tumpuan. Malah, ianya juga bagus untuk kesihatan kita sendiri. Gambar di atas adalah antara lauk yang saya berjaya masak untuk pertama kali. Selalunya membeli sahaja di kedai. Ikan Bakar Kuah Percik Kelantan, resepi daripada Puan Yana.

Mahukah anda juga menjadi seperti saya ?

Mungkin ada yang memandang rendah kerjaya seorang surirumah. Hakikatnya, surirumah adalah satu kerjaya yang sangat sibuk dan tidak mempunyai time off. Sejak bangun tidur sehingga masa tidur, tetap bekerja. Jika anda mahu menjadi SURIRUMAH BERPENDAPATAN SENDIRI atau WAHM, klik borang di bawah. In sha Allah, saya akan tunjukkan caranya dan anda perlu berusaha kuat untuk mencapai impian anda.

surirumah Shaklee

Klik untuk menjadi bakal surirumah shaklee

Seronok apabila kita mampu menghantar sendiri anak pergi dan balik ke sekolah.
Seronok apabila buka mata, anak berada di sisi dan saya tidak perlu angkat anak yang masih tidur ke rumah pengasuh.
Seronok apabila dapat bergolek-golek dengan anak di waktu siang hari ketika orang lain sibuk bekerja dari pejabat.

Untuk penutup, saya sertakan tips untuk anda menjadi surirumah merangkap WAHM yang dedikasi. Klik di sini

6 thoughts on “Ramadhan 2014 : Seronoknya menjadi Surirumah

    1. mychibibox Post author

      sekarang ni ramai memilih untuk kerja dari rumah sambil menjadi surirumah aka WAHM (nama Glemer)..hilang serabut mengharung traffic jem setiap hari

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge