Seminar Shaklee 2014 : Zero To Hero

By | July 6, 2014

Seminar Shaklee : Zero To Hero – Puasa tidak bermakna kita perlu rehat dan melepak sahaja. Banyak aktiviti yang masih boleh dilakukan ketika berpuasa. Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Seminar Shaklee : Zero To Hero di bawah naungan Master Norita, pelopor kumpulan shaklee online business di Hotel Sri Petaling. Tahniah untuk semua yang telah berkorban masa untuk hadirkan diri ke seminar.

Sepanjang saya menyertai keluarga Shaklee, memang banyak seminar shaklee yang dijalankan untuk membuka mata dan minda tentang peluang yang Shaklee sediakan. Saya membuat pilihan yang betul dengan menyertai dunia business Shaklee. Memberi peluang untuk saya memajukan diri sendiri dan membantu lebih ramai rakan-rakan di luar sana untuk memajukan diri mereka juga.

Jujurnya, saya memang dibesarkan dengan mentaliti untuk bekerja dengan makan gaji. Belajar sungguh-sungguh, masuk universiti dan lepas graduasi , dapat kerja yang bagus. Masa zaman saya belajar, abah pesan untuk belajar sehingga peringkat Master sebab dalam masa beberapa tahun lagi, degree tidak mempunyai nilai lagi. Malah kerana ibu bapa saya bekerja dengan kerajaan, maka mereka juga seboleh-boleh mahu saya mengikut jalan yang sama.

Alhamdulillah, apa yang ibu bapa saya mahukan memang telah saya perolehi. Belajar sehingga peringkat Master. Bekerja makan gaji. Cuma bekerja di bahagian sektor kerajaan sahaja saya tidak penuhi kerana saya tidak mahu.

3 tahun lepas, segalanya berubah apabila saya mendaftar sebagai Ahli Shaklee. Saya berpeluang belajar di Jepun dan memang tahap kewangan saya memuaskan dengan biasiswa yang disediakan ditambah dengan peluang untuk membuat part time job. Memang duit sentiasa tidak putus. Bila mula bekerja dan berkahwin, saya mula nampak nilai duit itu sangat kecil buat masa ini. RM50 boleh habis dalam sekelip mata. Bila mempunyai anak, kita perlukan perbelanjaan tambahan dan itulah titik tolak saya untuk nekad melakukan business Shaklee ini. Terima kasih untuk Master Arnie GenkiMomma dan Master Norita kerana membimbing saya sepanjang perjalanan dunia shaklee saya.

Wah, panjang sungguh intro. Kelas semalam diadakan untuk mereka yang bergelar distributor dan Supervisor. Supervisor adalah tangga rank pertama di dalam Shaklee. Saya hadir ke kelas untuk menyokong anak cucu group mcb yang hadir kerana saya yakin merekalah bakal leader shaklee yang hebat untuk tahun 2014. Segalanya bermula dengan SATU IMPIAN untuk memajukan diri sendiri.

Dalam seminar shaklee semalam, banyak tips dikongsikan untuk kami pengedar Shaklee

  • Bagaimana untuk menjadi seorang Leader yang hebat
  • Demonstrasi produk Shaklee
  • Sharing kejayaan daripada mereka yang berjaya.
  • Membina keyakinan diri untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee

Selingan gambar semasa seminar semalam. Sebenarnya ramai juga yang risau untuk datang ke seminar kerana kebiasaannya, mereka perlu tinggalkan anak. TAPI, seminar shaklee kami sangat berbeza. Anda boleh bawa suami dan anak-anak datang ke kelas. Boleh lihat di gambar bawah ini yea. Anak saya pun hadir dan mereka bermain bersama-sama. Sudah rupa nursery dan adakala suara kanak-kanak riang ini lebih kuat daripada speaker.

Seminar Shaklee 2014 : Zero To Hero

Seminar Shaklee 2014 : Zero To Hero 

Seminar Shaklee 2014 : Zero To Hero

Seminar Shaklee 2014 : Zero To Hero

Perkongsian menarik daripada Makcik Maznah yang berusia 73 tahun. Pengalaman beliau berkongsi kebaikan produk shaklee kerana beliau sudah merasainya dan mahu berkongsi dengan lebih ramai orang. Jauh tau makcik maznah datang. All the way from MIRI, SARAWAK.

Seminar Shaklee 2014 : Zero To Hero

Sharing daripada Makcik Maznah, Pengedar Shaklee Miri

Akhir sekali sudah tentu gambar ahli kumpulan saya yang sangat disayangi. Mereka adalah orang yang HEBAT dan memilih untuk mengubah perjalanan hidup dengan Shaklee.

Seminar shaklee 2014 : Zero to Hero

Keluarga MCB. Saya yang mendokong anak.

 

Adakah anda semua masih mencari kumpulan Pengedar Shaklee yang ingin disertai ?

Saya jemput untuk menjadi sebahagian keluarga besar Shaklee MCB kerana saya komited untuk membimbing anda sehingga anda berjaya. Walaupun anda masih bekerja, atau surirumah sepenuh masa, saya boleh membimbing kerana saya memulakan Shaklee sebagai seorang wanita bekerjaya dan sekarang beralih profesion menjadi WAHM Shaklee. Seronok juga memegang title SURIRUMAH SHAKLEE ini. Lain daripada yang lain. Jika memilih untuk menjadi pengguna sahaja juga, sangat digalakkan menjadi ahli supaya saya dapat memberikan tunjuk ajar cara pemakanan shaklee yang berkesan untuk diri anda.

Cara jadi pengedar shaklee

Klik untuk menjadi ahli shaklee

Jumpa anda semua di puncak kejayaan.

7 thoughts on “Seminar Shaklee 2014 : Zero To Hero

  1. Pingback: Ramadhan 2014 : Seronoknya menjadi Surirumah | Mychibibox Vitamin Store

    1. mychibibox Post author

      sangat bertenaga.. jalan kaki pun kuat tau dan ceria sahaja orangnya.. memang respect sungguh

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge