Shopping Raya Dengan Maybankard Points

By | July 23, 2014

Shopping Raya Dengan Maybankard Points – Bila tiba hari raya, kanak-kanak yang paling gembira. Tahun ini persediaan hari raya bertambah dengan kehadiran si kecil, Afiq. Selalunya pada musim perayaan, wang tunai sangat diperlukan. Jadi bila ada alternatif lain tanpa perlu menggunakan wang tunai di tangan, pasti ianya akan lebih seronok dan menggembirakan. Memandangkan saya berniaga secara online, transaksi banyak menggunakan kad debit maybank. Yang gambar ceri di depan tu. Baru-baru ini saya cuba check berapa maybankcard point yang saya ada. Seronoknya saya sebab point yang terkumpul dapat saya tukar dengan voucher shopping.

Shopping RayaIni adalah hasil belian saya dengan maybankard points. Mungkin ramai yang tidak tahu yang menyangka hanya belian menggunakan KREDIT KAD sahaja akan mendapat point. Sebenarnya dengan debit card juga anda boleh mengumpul point. Bukan sahaja dengan Maybank, malah dengan CIMB Debit Card juga. Plan asal adalah untuk pergi ke SOGO tapi setelah memikirkan jarak dan masa serta saya rasa renyah untuk pergi dengan anak kecil, saya pergi ke PARKSON sahaja di Subang Parade. Quick Raya Shopping with my little afiq while babywearing him.

Mesti ada yang super dooper excited dengan berita ini kan ? Jika anda ingin tahu berapa point terkumpul anda sekarang, boleh login ke m2u menggunakan komputer atau browser jika menggunakan mobile phone, klik pada reward. Taraa, anda sudah tahu berapa point anda. Untuk voucher redemption, anda perlukan 12,500 points untuk dapatkan voucher RM50. Boleh tebus dengan Parkson, Metrojaya, Sogo dan beberapa tempat lain. Dulu point diperlukan lebih rendah.

Bagaimana untuk tebus maybankard points?

Untuk pengguna maybankcard, anda boleh terus pergi ke kaunter Customer Service di Parkson untuk tebus voucher anda. Berikan maybankcard dan staff akan periksa berapa RM voucher yang layak untuk anda tebus. Kemudian, anda hanya perlu berikan kad pengenalan untuk pengesahan dan anda akan terima voucher anda. Kali ini, saya tebus voucher sebanyak RM300. Seronoklah shopping baju raya untuk amni afiq.

Tips untuk mengumpul maybankard points

Anda boleh gunakan debit card anda untuk buat belian di sebarang tempat. Kebanyakan tempat memang menerima debit card termasuk untuk online shopping. Jika anda menggunakan KREDIT KAD Maybank, pastikan anda alert dengan promosi di stesen petronas kerana selalunya petronas akan memberikan 5x point untuk belian minyak menggunakan kad kredit. Jika anda hanya ada debit card sahaja, anda perlu ke kaunter untuk menggunakannya kerana jika anda swipe terus di pam, anda akan ditolak RM300 terus sebagai deposit dan wang itu akan dipulangkan balik 3 hari kemudian. Ini yang saya alami 4 tahun lalu.

Jika anda memiliki kredit kad AMEX Maybank, banyak tempat memberikan anda 5x mata ganjaran dengan setiap belian. Berbelanja di TESCO pun saya gunakan debit card. Punyalah malas nak pegang cash di tangan kan.

Maybankard Points vs CIMB card point

Sebenarnya, anda boleh juga tebus voucher menggunakan cimb card point. Cuma saya kurang pasti samada anda boleh tebus on-the-spot atau perlu isi borang dengan cimb untuk membuat penebusan. Untuk CIMB Card, anda hanya perlukan 11,600 points untuk tebus voucher RM50 dengan parkson, Cuma satu sahaja yang saya tidak berapa suka dengan cimb kerana point yang terkumpul mempunyai tarikh luput. Maknanya pada tarikh tertentu, jika anda tidak menggunakan point anda, sejumlah point akan luput dan anda rugi.

Berbanding dengan Maybankard points, TIADA TARIKH LUPUT untuk point anda walaupun anda perlu point yang lebih banyak untuk menebus voucher RM50. Antara perkara menarik yang saya lalui adalah, saya telah menutup kredit kad maybank saya dan bertukar debit card saya lebih daripada sekali, tetapi semua point saya telah maybank transfer kepada kad baru saya. Selagi saya tidak menebus point tersebut, point saya akan tetap terkumpul. Anda boleh gunakan beberapa kad dengan maybank dan point akan dikumpul sekaligus.

Setiap bank memberikan offer tertentu untuk pengguna debit card dan kredit kad mereka. Ada yang menawarkan cashback dengan belian anda. Anda perlu bijak dan mengetahui apa yang akan anda perolehi dengan menggunakan kad anda. Tidak salah menggunakan kredit kad. Macam saya, 2 in 1. Sambil berbelanja, saya kumpul point. Bila cukup, boleh tebus barang ataupun voucher untuk membeli belah.

Jadi pengguna, haruslah bijak berbelanja. Lepas ini, anda boleh mula kumpul maybankard points anda yea.

One thought on “Shopping Raya Dengan Maybankard Points

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge