Tragedi MH17 Malaysia Menangis Lagi

By | July 19, 2014

Tragedi MH17 Malaysia Menangis Lagi – Semalam semasa melihat kaca televisyen seawal pagi, saya berasakan seperti dejavu kerana melihat Captain Nik sedang membuat ulasan. Sangkaan saya ketika itu adalah berita mengenai MH370 yang mungkin telah dijumpai. Selang beberapa ketika, saya melihat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib membuat ucapan tapi tidak berapa jelas kerana suara televisyen saya perlahankan. Apabila melihat ke WhatsApp, baru saya tahu berita sebenar. Apa yang sedang berlaku.

Tragedi MH17 Tweet DS Najib

Tragedi MH17 Tweet DS Najib

Ya Allah, ujian daripada-Mu untuk Malaysia sekali lagi. Setiap kali membaca berita atau laporan berkaitan MH17, mata terasa berair.

Tragedi kali ini sangat terkesan di hati saya. Setiap kali menaiki pesawat, saya pasti berasa gundah gulana dan berdoa semoga selamat sampai ke destinasi terutamanya apabila cuaca buruk.

Takziah untuk semua keluarga penumpang MH17 dan anak kapal. Lebih menyayat hati kerana salah seorang krew penerbangan adalah adik kepada jiran saya. Al-fatihah untuk semua yang muslim dan semoga roh mereka dicucuri rahmat. Penerbangan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur berakhir di sempadan Ukraine- Rusia.

Tragedi MH17 kali ini bukan sahaja diratapi oleh rakyat Malaysia, malah seluruh dunia. Semoga segala persoalan akan terungkai dengan jelas dan para keluarga tabah menghadapi ujian ini.

Seperti kata Datuk Seri Najib, tahun 2014 adalah tahun tragik untuk Malaysia. Kita semua harus bersatu padu dalam menghadapi ujian ini.

Teringat kepada seorang rakan yang juga dalam perjalanan pulang untuk beraya dengan keluarga, hati berdebar menjenguk ke FB beliau. Alhamdulillah, mereka selamat dan mengambil penerbangan Emirates dari Amsterdam.

Untuk menyalahkan MAS dalam insiden ini adalah tidak munasabah kerana saya secara peribadi juga menyukai penerbangan MAS berbanding lain. Diharap beberapa perkara dalam MAS akan dapat diubah pada masa hadapan. Mungkin juga ini teguran daripada Allah untuk kita.

Ikuti Laman Facebook MH17 Updates di LINK ini.

3 thoughts on “Tragedi MH17 Malaysia Menangis Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge