Cara Untuk Ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle

By | September 6, 2014

Cara Untuk Ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle – Shaklee HQ telah berpindah lokasi dari Empire Tower Subang ke Sunway Pinnacle berkuatkuasa pada 25 Ogos 2014. Di mana pula Sunway Pinnacle ni? Masa pertama kali dengar perkataaan Sunway, saya sudah terbayangkan mesti berada berdekatan dengan Sunway Pyramid. Kawasan yang agak sesak dan perlu bijak mengatur masa untuk pergi ke kawasan bandar Sunway.

Alamat Penuh :

Sunway Pinnacle, Level 9, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Tel : 03-5622 3188 Toll Free : 1800 88 6577

Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat Pukul 10.00am ~ 7.00 pm. Tutup pada hari ahad dan cuti umum.

Cara Untuk Ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle

Shaklee HQ di Sunway Pinnacle

Ada banyak cara untuk pergi ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle. Saya kongsikan beberapa cara untuk anda sampai ke Shaklee HQ.

Cara Untuk Ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle

Peta Untuk Ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle

(1) Paling mudah,jika anda mempunyai aplikasi navigasi THE WAZE, sila masukkan keyword “THE PINNACLE” dan jangan lupa untuk tekan SEARCH. Pilih pilihan yang menunjukkan lokasi The Pinnacle, bandar sunway dan The Waze akan tunjukkan jalan yang perlu anda lalui.

(2) Boleh masukkan koordinat Shaklee HQ : Latitude 3.06971 , Longitude 101.60960 pada sebarang GPS yang anda gunakan.

(3) Jika anda menggunakan Lebuhraya Persekutuan, sila susur keluar ke arah bandar sunway di Jambatan yang menyerupai Jambatan Pulau Pinang dan terus himpit ke kiri. Anda akan sampai di simpang empat dan belok ke kanan ke arah Sunway Pyramid.

(4) Jika anda daripada arah Subang Jaya, anda boleh pergi ke bandar Sunway daripada pelbagai arah. Sekiranya Sunway Pyramid berada di sebelah kanan anda, anda perlu U-Turn untuk ke sunway Pinnacle.

Bagi cara no (3) dan (4), setelah anda belok ke kanan atau U-turn ke arah Sunway Pyramid, susur perlahan supaya anda tidak terlepas simpang belok ke kiri di mana terdapat construction pembinaan MRT.  Anda boleh nampak signboard kecil menunjukkan simpang ke Sunway Medical Center. Dalam 800 meter selepas anda belok ke kiri, anda akan melepasi satu traffic light dan anda akan nampak bangunan tinggi berwarna biru di sebelah kanan. Belok ke kanan selepas jumpa traffic light pertama dan jika terlepas simpang untuk belok ke kanan, anda perlu terus ke hadapan dan buat U-Turn di hadapan.

Jika anda terlepas simpang ini, anda boleh belok ke kiri juga di simpang bersebelahan Sunway Pyramid. Susur terus jalan tersebut melepasi Sunway Resort & Spa.

Tidak sukar untuk pergi ke Sunway Pinnacle cuma perlu berhati-hati dan saya nasihatkan untuk elak pergi ke kawasan bandar Sunway ketika waktu rush hour.

Sekarang saya kongsikan tips-tips setelah anda berjaya sampai ke Sunway Pinnacle.

(1) Jika anda pergi bersama-sama dengan anak-anak, sila cari parking berdekatan dengan Lift Lobby yang terdapat di LGb, B1b, B2b, B3b, B4b dan B5b. Jika parking di tingkat dengan hujung xxa, anda perlu turun ke lift lobby di tingkat xxb menggunakan tangga. Ada 2 Lift Lobby dan saranan saya untuk parking di Lift Lobby di hujung kanan untuk lebih mudah akses ke Ground Floor. Lift Lobby lagi satu boleh juga ke Ground Floor tapi akan berada di luar bangunan ( Lif kecemasan), Simpan tiket parking dengan selamat kerana denda sebanyak RM50 dikenakan untuk kehilangan tiket parking.

Cari Untuk ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle

Parking di Sunway Pinnacle

(2) Periksa dompet anda samada anda bawa MYKAD atau Passport. Anda perlu mendaftar di ground floor untuk dapatkan kad akses pelawat. Boleh gunakan Kiosk Layan Diri atau ke kaunter. Jika menggunakan kiosk layan diri, pastikan anda periksa baki kad pelawat sebelum menggunakannya.

Cara Untuk ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle

Daftar untuk dapatkan kad akses pelawat

 

(3)  Guna kad pelawat untuk melalui laluan sekuriti. Sistem Lif di bangunan The Pinnacle ini sangat canggih. Shaklee HQ berada di Tingkat 9. Tekan no 9 dan dalam beberapa saat anda akan nampak huruf. Contoh seperti di gambar, 9 – C bermakna pintu lif C akan terbuka. Sila bergerak pantas. Jika terlepas, anda perlu tekan semula no 9. Walaupun ketika anda mahu naik, ada beberapa orang yang lain, jika mereka pergi ke tingkat yang lain, anda perlu tekan no 9 kerana di dalam lif TIDAK ADA kekunci untuk anda pilih. 

Cara Untuk Ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle

Lif Akses ke Shaklee HQ

(4) Anda sudah sampai ke Shaklee HQ. Selamat datang. Ada 2 pintu utama. Masuk pintu yang mempunyai kaunter yang panjang seperti di dalam gambar di bawah, Masa menunggu lebih pendek kerana terdapat 8 kaunter order dan 4 kaunter ambil produk. Ambil no giliran dan borang order berhampiran dengan kaunter 1. Terdapat 2 stesen untuk Shaklee Online Center disediakan juga. 

Cara Untuk Ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle

Cara membeli di Shaklee HQ

Bilik seminar yang luas serta banyak ruang legar disediakan untuk para pengedar Shaklee . Paling seronok untuk anak-anak disediakan playground. Silap-silap tidak mahu pulang ke rumah pula. Sememangnya BISNES SHAKLEE adalah bisnes mesra keluarga. Sambil ibu ayah berurusan bisnes, anak-anak boleh bermain dan berkenalan dengan kanak-kanak shaklee yang lain. Menarikkan ?

Cara Untuk Ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle

Playground untuk anak-anak di Shaklee HQ

Seronok sungguh dengan lokasi Shaklee HQ yang baru ini dan semoga saya akan dapat berjumpa anda di sana untuk lebih banyak perkongsian tentang Shaklee. Memang tidak dapat jumpa bisnes sebegini kerana kebanyakan bisnes tidak membenarkan kanak-kanak untuk hadir ke seminar ataupun aktiviti syarikat.

Ingin merasai sendiri kelebihan Shaklee Effect ?

Jom jadi ahli Shaklee bersama dengan Mychibibox Team samada untuk kegunaan anda sendiri mahupun untuk memulakan perniagaan Shaklee anda.

Hubungi saya di 012 738 3040 melalui whatsApp / sms atau boleh LIKE FANPAGE saya. Saya adalah pengedar Shaklee di Bandar Puncak Alam, Saujana Utama dan Sungai Buloh.

7 thoughts on “Cara Untuk Ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle

  1. ayu

    Asben pernah pergi mmg sexurity die ketat skit, tp best jerk tempatnye hehe..tq info..

    danishdamiadaris.blogspot.com

    Reply
  2. Farah

    Bismillah,

    bestnya dapat gi HQ.
    thx penulis, info ni sungguh detail dan memudahkan pada siapa yang belum pernah sampai HQ Sunway.

    Reply
  3. latifah suleiman

    Terima Kasih atas keterangan yang sangat details..ia sangat membantu kami..

    But to be honest..Belian ONLINE direct via website lagi senang dari walk in ke HQ or branch. Semuanya dihujung jari gitew..

    Terima Kasih Shaklee sebab bagi kemudahan kepada pengguna&pengamal produk ini seperti kami.

    Jimat masa, tenaga dan petrol juga.
    latifah suleiman recently posted…KISAH SEBENAR DIBUANG OVARI KERANA SHAKLEE????My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge