HQ Shaklee Malaysia Tutup

By | September 2, 2014

HQ Shaklee Malaysia Tutup – Rentetan daripada pelbagai isu sepanjang bulan julai sehingga ke ogos berkaitan dengan syarikat Shaklee termasuk isu BOIKOT SHAKLEE, pada hujung bulan ogos kami dikejutkan dengan berita yang HQ Shaklee Malaysia Tutup. Besar sungguh impak yang diterima sehingga membawa kepada penutupan HQ Shaklee yang berada di Empire Subang Gallery, Subang Jaya.

Shaklee telah bertapak di Malaysia hampir 20 tahun dan mempunyai 7 cawangan di seluruh negara termasuk ibu pejabat di Selangor. Sebelum bertempat di Empire Subang Gallery, HQ Shaklee Malaysia berada di lokasi berdekatan iaitu Temasya Industrial Park, Glenmarie. Setelah hampir 4 tahun di Subang Jaya, akhirnya HQ Shaklee terpaksa ditutup.

JANGAN PANIK. Tutup di Subang Jaya, bukan bermakna tutup untuk selama-lamanya.

Untuk menampung peningkatan jualan Shaklee dan aktiviti bagi para pengedar Shaklee, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi pejabat yang lebih luas. Lokasi kali ini yang menjadi pilihan adalah Sunway Pinnacle di bandar sunway. Berdekatan dengan Sunway Pyramid, Sunway Lagoon, Sunway Resort & Spa serta Sunway Medical Center.

HQ Shaklee Malaysia Tutup

Notis Perpindahan HQ Shaklee Malaysia

 

Untuk anda yang pergi ke Empire Subang Tingkat 3A, jangan terkejut bila lihat pintu pejabat Shaklee tertutup. HQ Shaklee Malaysia beroperasi di The Pinnacle, Sunway pada 25 Ogos 2014 secara rasmi. Bagi yang pertama kali untuk pergi ke pejabat baru, anda boleh gunakan aplikasi THE WAZE dan cari “THE PINNACLE” serta tekan butang search. Kalau lupa tekan, nanti anda jumpa the pinnacle dekat oversea pula.

Oh, sebelum terlupa. Jangan lupa bawa KAD PENGENALAN supaya anda dapat akses masuk ke bangunan The Pinnacle. Lokasi baru ini memang sangat luas dan siap ada playground untuk anak-anak. In sha Allah, saya akan kongsikan cara untuk pergi ke The Pinnacle supaya anda sampai dengan selamat ke HQ Shaklee Malaysia dengan selamat.

One thought on “HQ Shaklee Malaysia Tutup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge