Kenapa Perlu Pakai Toner (Penyegar Kulit)?

By | September 5, 2014

Kenapa Perlu Pakai Toner (Penyegar Kulit)? – Bila sebut tentang penjagaan kulit wajah, rata-rata memang ramai yang rajin mencuci wajah dengan pencuci muka tapi sayang kerana ianya hanya terhenti di situ sahaja termasuklah saya sebelum ini.  Apatah lagi mahu menyapu toner ke muka. Memang jauh sekali. TETAPI, saya yang sekarang bukanlah saya yang dahulu ( Nyanyi ala-ala lagu tegar yea).

Segalanya berubah bila saya mengetahui betapa pentingnya perlu pakai toner untuk kulit wajah yang cantik hasil tarbiyah seorang kakak manis ini.Jadi sekarang saya mahu kongsikan dengan anda semua, kenapa perlu pakai toner ( penyegar kulit).

Apa yang pencuci muka lakukan pada muka kita?
Apabila kita mencuci muka, pencuci muka akan menanggalkan segala kotoran dan menghilangkan minyak dalam liang-liang pori di kulit. Hasilnya, liang-liang pori akan terbuka selepas dicuci. Jika anda sekadar mencuci muka sahaja, kebarangkalian untuk liang pori anda semakin membesar ataupun muncul jerawat-jerawat halus adalah lebih tinggi dan membawa kepada masalah kulit kering dan kusam. Untuk mereka yang memakai solekan di muka, pencuci muka sahaja tidak memadai untuk membuang baki solekan di muka anda, Di sini pentingnya untuk menggunakan toner yang ramai orang suka skip.

Kenapa Toner Penting Untuk Penjagaan Kulit Wajah ?(1)

(1) Imbang pH kulit

Kulit wajah kita adalah dalam keadaan berasid secara semulajadi di antara pH5~6. Rata-rata pencuci muka mempunyai sifat beralkali menyebabkan imbangan pH kulit terganggu selepas mencuci wajah. Jadi, kulit muka perlu bekerja lebih masa untuk mengembalikan pH asal dan mungkin membawa kepada masalah minyak berlebihan. Dengan menggunakan toner, proses ini dapat dilakukan dengan lebih cepat.

(2) Mengecilkan liang-liang pori 

Toner akan menutup kembali liang-liang pori yang terbuka selepas proses mencuci. Penggunaan toner secara konsisten setiap hari akan memberikan kulit dengan pori yang semakin kecil

(3) Membentuk lapisan pelindung di kulit

Toner membantu mengecilkan jurang di antara sel-sel kulit selepas mencuci kulit seterusnya mengurangkan risiko kotoran-kotoran daripada alam sekitar tersumbat di kulit wajah, Ia juga melindungi kulit muka terdedah terus kepada klorin dan mineral lain yang terkandung di dalam air paip

(4) Memberikan kelembapan kulit

Sesetengah toner mengandungi bahan pengekal kelembapan kulit bermakna, toner membantu untuk mengekalkan kulit yang lembab.

Rujukan : (1) http://www.today.com/style/6-reasons-why-you-should-use-facial-toner-I211682

Nota tambahan : Untuk golongan yang mempunyai masalah kulit berminyak, kulit berjerawat, sering menggunakan solekan ataupun menggunakan krim pelindung UV, anda WAJIB menggunakan toner.

Apakah toner yang sesuai untuk kulit wajah saya ?

Kulit muka saya adalah jenis kombinasi berminyak terutama di kawasan T-zone dan juga sensitif. Sejak daripada sekolah rendah, memang payah betul mahu cari toner yang sesuai, Kebanyakan toner di pasaran mengandungi alkohol yang menyebabkan kulit wajah saya akan menjadi sakit dan pedih. Ini pun antara faktor saya tidak suka pakai toner. Macam-macam jenis toner juga sudah saya cuba. Yang mahal, yang murah, hampir semua tidak serasi. Semasa belajar di Jepun, saya pergi ke kaunter Shiseido untuk dapatkan konsultasi kulit sebab rasakan kulit semakin kering dan kusam. Akhirnya yang saya diperkenalkan dengan toner jenama Eau Thermale Avène yang khusus untuk kulit sensitif. Memang sangat best sebab BEBAS ALKOHOL.

Balik ke Malaysia, setelah habis produk di tangan, saya tidak tahu di mana untuk mencari produk ini. Jadi berlarutan sehingga beberapa tahun, balik kepada rutin asal hanya sekadar cuci muka. Tambahan masa mengandungkan anak pertama, sifat malas mencuci muka itu menjadi-jadi seolah-olah pembawakan anak. Setelah sekian lama, tergerak hati untuk mula mencuci muka dengan pencuci muka Nutriwhite Deep Cleanser Foam setelah melihat banyak positive feedback daripada rakan-rakan lain. Cuma saya masih was-was untuk memilih toner yang mana satu. Pada saya, jika betul-betul mahu menjaga kulit wajah, sekurang-kurangnya 3 langkah asas:  Pencuci, Penyegar, Pelembab itu wajib dipenuhi. Akhirnya saya pilih Enfuselle Purifying Toner dan Balancing Moisturizer untuk digabungkan dengan pencuci muka terbaik nutriwhite. Hasil pada kulit saya, dukacitanya saya tidak serasi dengan purifying toner. Terus saya berhenti menggunakan toner lagi untuk hampir setahun.

Ingat dengan kakak manis yang saya kata tarbiyah tentang KENAPA PERLU PAKAI TONER di perenggan pertama?

Hasil hasutan kakak manis ini, saya sekarang sudah jumpa dengan toner yang sesuai dengan kulit wajah saya. Pilihan terkini adalah Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener. Yang paling penting adalah BEBAS ALKOHOLSekarang hampir 7 bulan saya konsisten gunakan set penuh SET NATURAL GLOW. Toner ini diformulasi dengan extract tumbuhan semulajadi hasil kajian oleh saintis Jepun dan US bersam-sama. Di bawah ini adalah gambar produk.

Kenapa perlu Pakai Toner

Toner Pilihan saya, Nutriwhite Soothing Radiance Toner

Ini adalah rupa saya sekarang. Lebih yakin untuk bergambar sebab selalunya mesti bercahaya ( sila baca sebagai berminyak ). Tahun 2012, saya hanya menjadi pengguna pencuci muka Nutriwhite yang tegar sahaja. Sejak awal tahun 2014, saya menggunakan SET NATURAL GLOW. Ramai yang puji kulit wajah saya nampak lebih lembab dan cerah ( Angkat bakul sendiri sebentar. Jangan Marah ).

Kenapa Perlu Pakai Toner

Testimoni Saya Sendiri setelah 7 bulan konsisten menggunakan toner

Untuk kulit yang cantik, lembab dan bersinar, tuan punya badan perlulah konsisten serta rajin. Saya sering juga mendapat panggilan daripada customer yang rata-rata berusia 40an menyatakan kulit wajah mereka kusam kerana tidak berapa rajin menjaga kulit muka daripada luaran. Mungkin peringkat awal rasa sangat renyah, bila sudah menjadi kebiasaan pasti jadi tidak betah jika tidak menggunakan set ini. Kadangkala saya terlupa juga untuk mencuci muka pada waktu malam. Walaupun sudah baring di katil, saya tetap bangun untuk cuci muka serta pakai toner dan pelembab.

Saya juga mahu kongsikan testimoni daripada mak shaklee saya, Master Arnie Genkimomma hasil usaha beliau konsisten dengan Set natural glow ini. Asasnya adalah untuk cuci muka 2 kali sehari.

Kenapa Perlu Pakai Toner

Liang Pori Semakin Kecil Selepas Menggunakan Set Natural Glow

Jemput untuk baca lebih banyak testimoni daripada pengguna set natural glow yang lain :

 Testimoni 1 : Semakin Yakin Untuk Selfie

Testimoni 2 : Kulit Kusam Jadi Berseri Untuk Wanita Usia 40an 

Jika anda sudah berpuas hati dan tidak sabar untuk mencuba Toner atau SET NATURAL GLOW ini, klik sahaja di bawah untuk order anda. Jangan lupa hubungi saya di 0127383040 untuk cara penggunaan setelah anda membuat order.

Tempah SEKARANG

Tempah SEKARANG

Semoga perkongsian pada kali ini akan membuka mata anda kenapa perlu pakai toner untuk menjaga kulit wajah anda.

14 thoughts on “Kenapa Perlu Pakai Toner (Penyegar Kulit)?

    1. mychibibox Post author

      kalau tetiba rasa Malas datang tu, nad ingat balik tau kesan bila tak pakai toner..kompem akan pakai sentiasa

      Reply
  1. Pingback: Panduan set kulit cantik shaklee | Pencuci Muka Terbaik

  2. Pingback: Cara Hilangkan Parut Jerawat | Cara Atasi Masalah Jerawat

  3. shah narz

    Kak .. Skrg sye pkai nutriwhite deep cleanser foam .. So skrg toner ap yg trbaik tuk saye ye .. Saye ad masalh klit brmnyk n jerawat.tkut salah plih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge