Krim Untuk Masalah Ruam Bayi

By | September 9, 2014

Krim Untuk Masalah Ruam Bayi – Berdasarkan pengalaman dengan amni masa berpantang, cuaca pada bulan 3 adalah panas dan bayi mudah untuk naik ruam. Samada ruam panas, ruam susu mahupun ruam lampin. Jadi saya sudah lebih bersedia untuk Afiq dengan memastikan salah satu “item” yang wajib ada dalam bakul afiq adalah krim kesukaan sebab saya juga akan berpantang pada bulan 3.

Telahan saya benar belaka. Kali ini memang lebih menakutkan berbanding dengan Amni. Dalam tempoh beberapa hari selepas lahir, ruam mula naik di bahagian leher Afiq. Bukan sekadar biji-biji merah tetapi banyak mata yang bernanah. Saya panik juga pada mulanya sebab pertama kali lihat ruam begitu. Risau jika chicken pox. Saya juga risau untuk pecahkan nanah tersebut kerana nanti akan merebak ke bahagian kulit yang lain pula. Apabila nurse datang untuk memeriksa kami di rumah, saya tunjukkan kondisi Afiq dan nurse cakap tidak perlu risau. Normal untuk bayi kecil.  Bawa jumpa dengan doktor pun, doktor kata tidak perlu risau. Tapi, naluri ibu menyebabkan saya tidak senang duduk.

 Krim Untuk Masalah Ruam Bayi

Masalah Ruam Bayi

Dalam tempoh awal berpantang itu, saya usahakan beberapa cara untuk memastikan ruam nanah Afiq cepat sembuh. Antaranya adalah :

  1. Saya pastikan kulit di kawasan ruam sentiasa kering. Masalah untuk Afiq kerana ruam berada di kawasan pelipat leher. Jadi payah juga untuk kering sentiasa. Sekerap mungkin saya akan lap leher Afiq.
  2. Saya gunakan KRIM yang saya ceritakan di atas iaitu SHAKLEE HERBAL BLEND CREAM. Saya sapu di mata nanah setiap kali lepas mandikan Afiq.
  3. Saya gunakan tepung ubi kayu untuk sapu di leher Afiq. Tidak perlu bancuh dengan air. Sapu tepung seperti pakaikan bedak.

Alhamdulillah, dalam masa seminggu ruam nanah di leher Afiq semakin hilang. Mata nanah pun kecut sendiri. Ruam susu di pipi masih ada kerana tabiat Afiq yang suka lepaskan nenen ketika menyusu apabila berlaku Let Down Reflects ( susu memancut keluar dengan laju ). Sampai sekarang saya masih gunakan herbal blend cream untuk kegunaan Afiq.

  • Kena ruam lampin, saya sapu  herbal blend cream
  • Kena gigit nyamuk, saya sapu herbal blend cream
  • Urut badan Afiq, saya guna herbal blend cream
  • Balik kampung, saya sapu tangan dan kaki Afiq dengan herbal blend cream untuk elak gigitan nyamuk.

Rupa-rupanya bukan saya sahaja yang alami masalah yang sama. Rakan saya, Pn Midah juga alami masalah ruam bayi dengan anak kecilnya semasa berpantang. Jom lihat testimoni beliau di bawah. Saya setiap kali lihat gambar ini, pasti teringatkan keadaan yang Afiq lalui. Meremang badan.

Testimoni Krim Untuk Masalah Ruam Bayi

Testimoni Ruam Bayi Pulih dengan Krim Shaklee

Ramai ibu bapa mengalami masalah yang sama dengan kami juga. Shaklee Herbal Blend Cream tidak mengandungi STEROID dan BEBAS PARABEN. Sepanjang saya menjadi pengedar shaklee, herbal blend cream semakin dikenali dan sentiasa sold out dengan pantas. Malah saya sendiri juga menggunakan untuk diri sendiri untuk masalah tumit pecah. Bau yang lembut. Ada juga ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah ekzema yang berasa gembira kerana kulit anak mereka lebih lembab dan tidak terlalu kering.

Untuk para ibu yang bakal melahirkan anak atau masih mempunyai anak kecil, saya sangat sarankan untuk anda memiliki Shaklee Herbal Blend Cream untuk rumah anda. 1 tiub boleh digunakan untuk seisi keluarga. Hanya klik ORDER di bawah untuk krim anda. Jika anda mempunyai soalan tambahan, boleh hubungi saya di 012 738 3040 ( Tuty ).

Krim Untuk Masalah Ruam Bayi

Order Shaklee Herbal Blend Cream

*Disclaimer
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee anda di PUNCAK ALAM, Saujana Utama, Alam Budiman, dan Sungai Buloh. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi mychibibox@gmail.com atau SMS/WhatsApp/Call ke 012 738 3040.

7 thoughts on “Krim Untuk Masalah Ruam Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge